Mula-mula dapat email macam terkejut jugalah sebab fikir ada masalah yang ingin dikhabarkan oleh pihak NetKL kepada aku mengenai domain blog aku. Tapi lepas baca isi-isi dalam kandungan email, terus rasa lega. Rupa-rupanya pihak NetKL email sekadar untuk memberitahu bahawa harga domain akan naik bermula 01 September 2021.
Harga asal - Domain - Harga Baharu
- RM45.00 - .com - RM50.00
- RM49.00 - .net - RM55.00
- RM52.00 - .org - RM55.00
- RM60.00 - .biz - RM65.00
Double lega sebab harga naik sebanyak RM5.00 sahaja untuk .com. Tak naik banyaklah. Seram juga kalau naik RM30.00 dan ke atas. Tapi naik RM5.00 ni kira okey lah. Masih boleh diterima hihihi. Beli domain blog ni pun salah satu investment untuk blog.
Aku pernah beritahu sebelum ni yang aku terbeli domain sebab tak boleh tidur. Dan sampai hari ini, aku boleh cakap aku tak menyesal bertukar dari bilagadiskidal.blogspot.com kepada atiqahnajihah.com. Rasa macam wow! Website aku sendiri! Hehehe.
Baca disini: Blog bertukar nama
Penglibatan aku dalam dunia blog ni mostly kaum keluarga aku tak tahu kecuali kakak ketiga aku (yang sama sama menyewa dengan aku). Bukanlah tak tahu langsung tapi bagi mereka, dunia blog ni sekadar suka-suka sahaja. Persepsi mereka sama macam sesetengah orang lain iaitu, "Blog masih relevan ke sekarang ni?"
Kes "blog masih relevan ke?" samalah macam course aku iaitu Building Surveying. Tapi bukan masih relevan lah soalannya. Soalannya ialah "Building Surveying ni Quantity Surveying ke?" Tidak teman teman. Lain. Yang sama ialah Surveying, tapi Building dengan Quantity itukan benda yang berbeza. Walaupun letih nak menjawab, aku akan tetap jelaskan yang sebetulnya.
Jadi teman teman, kalau nak tukar domain blog dengan NetKL dan menggunakan harga lama, bolehlah buat sekarang sebelum 01 September. Tak lama dah. Berbaki 11 hari sahaja lagi sebelum masuk harga baru. Yang nak renew domain dari NetKL untuk beberapa tahun sekaligus dengan menggunakan harga lama pun boleh buat sekarang. Maksimum tahun boleh renew ialah 1 hingga 9 tahun.
Nota jemari: Kalau tukar domain, kena get ready untuk re-apply AdSense sebab AdSense di blog akan menghilang
Baca disini: Lulus AdSense selepas tukar domain
Rabia tak pernah main dgn domain2 ni
ReplyDeleteHehe
Nanti kalau rabia ada duit lebih, boleh try tukar blogspot.com kepada .com.
DeleteBagi saya, berbaloi tukar hehehe
adeh dah naik ye harganya
ReplyDeleteMujurlah naik RM 5 sahaja hehehe
DeleteHehe nanti renew sampai 9 tahun untuk dapat harga lama itu.
ReplyDeleteKannn senang renew 9 tahun terus hahahaha
DeleteYa.. Naik RM5.00 kalau tak silap..
ReplyDeleteBetul, naik 5 hinggit je
DeleteSama lah AN , kak shida pun terima email yg sama..tahun depan dah kena bayar harga baru hehee ^_^
ReplyDeleteHaah kak shida, kalau nak renew sekarang pun bolehhh, dapat harga lama lagi before 01 sep hehehe
DeleteNaik harga dah kan.. naib baik hari tu renew terus utk 2 tahun
ReplyDeleteHaah nurul, naik 5 hinggit je. Wah senang gak renew untuk banyak tahun terus.
Deletebkn barang keperluan je naik hrga..
ReplyDeletedomain pon naik hrga jgk.. hehe
Dia pun nak ikut naik jugak akak hahahaha, mujurlah sikit aje harganya naikkk
DeleteWak pakai yang free aje
ReplyDeleteYang free pun okey wak, tak de masalah pun, tapi saya tukar sebab teringin nak blog saya jadi .com hehehe
DeleteSekurangnya ada juga pilihan, masih releven, media berita seakan blog juga, cuma komersial.
ReplyDeleteKann, blog masih relevan, tapi itulah sekarang orang lagi fokus dekat social media yang lain lain
DeleteWow. hehe. Naik juga netkl harga baharu. huhu
ReplyDeleteHaah naim, naik sikit aje hehehe
DeleteAda 5 domain. 1 dah renew. Ada lagi 4. Kalau request invoice now dan bayar boleh jimat RM20 juga tu.
ReplyDeleteBanyakkkkkknyaaaaaaaa domain kak naniey! Kak naniey urus semua ke? Cayalah!
DeleteKann, better invoice now, jimat banyak gak tuuuuuu.
igt td naik byk��
ReplyDeleteItulahh pasal, ingat naik banyak gak, tapi mujurlah naik 5 hinggit aje hahaha
Deleteharga naik hrp service lbh improved laa kan😊
DeleteMujurlah kenaikannya masih boleh pejam-pejam mata kan...
ReplyDeleteHAHAHAHAHA betul tu kak farrah! Mujurlah masih boleh pejamkan mata, kalau naik banyak, lingkup lah domain saya ni >.<
DeleteBetul, kak PC pun terima email juga.
ReplyDeleteBoleh renew untuk banyak tahun terus kak PC, jimat sikit hehehe
DeleteDomain ni macam setiap tahun naik harga kan. Baru teringat tahun depan nak expired dah. Renew 2 tahun. Saya guna ihosterZ, tahun lepas RM43 setahun. Pasni nak renew lama sikit lah.
ReplyDeleteEh setiap tahun naik harga ke kak fiza? Saya pun tak pasti sebab this year baruuuu beli domain sendiri. Kalau naik sikit boleh diterima lagilah. Kalau naik banyak, alamak lingkuplah domain saya sekarang ni >.< Ohhhh murah la guna ihosterZ, saya first time dengar ihosterZ ni. Biasa dengar NetKL dengan GoDaddy aje.
DeleteSo far sejak guna mesti akan naik. Mula dulu RM30 kot. 2018 RM44.99, 2019 RM42 last year RM43. Sebelum 2018 tu ada kenaikan juga tapi tak ingat dah. Murah sikit je. ihosterZ saya guna since 2011. Lebih kurang je harga domain semua.
DeleteYaa.. naikkan.. Ok ler rm5.. masih dalam bajet.. hoho.. Baru tahi tukar domain kena apply balik adsense ek.. Seram jugak tu.. Harap tak lupa nak renewa nanti ni.. bulan 12... Nak renew lama sikit terus tapi risau lepas dua tiga tahun terlupa nak renew kang... Hahahaa.. So buat year by year je dulu memula ni..
ReplyDeleteBetul masih dalam bajet hahahaha, kalau terlebih bajet, lingkup domain saya sekarang ni hahahaha. Haah, memang kena re-apply adsense sebab link blog dah bertukar. Saya haritu 15 hari menunggu untuk lulus adsense lepas tukar domain. Renew jangan tak renew hahaha, memang senang renew banyak tahun terus, takut terlupa aje dah renew ke belum.
DeleteHarap tahun-tahun akan datang jangan lah naik mencanak-canak. Cukup lah sampai RM50 je. 😌
ReplyDeleteharga masih reasonable..nak kena reapply adsense tu yg fikir 2,3 kali..huhu..
ReplyDelete