Kapal Terakhir di Dunia oleh Teme Abdullah

Semalam di entri ini, aku ada bagitahu yang aku tengah menunggu tiga buah buku baru sampai. Dan akhirnya, dua hari lepas buku tersebut telah selamat sampai! Yahoooooooo! Siapa yang follow aku di instagram, mesti nampak story aku pasal buku ni hehehe. 


Aku tak tahulah kenapa aku excited sangat menunggu parcel, tapi aku rasa bukan aku sorang je yang excited setiap kali check tracking, 'parcel out for delivery'. Semua orang excited juga even beli guna duit sendiri sebab ibarat bagi hadiah kepada diri kita hehehe. Self-reward orang cakap.


Macam biasa sebelum membayar, aku akan search dulu feedback atau review dari orang lain. Dua tiga hari juga baca review orang, akhirnya beli juga buku karya Teme Abdullah. Siapa Teme Abdullah? Tak pernah kenal? Penulis baru ke? Nak tahu siapakah Teme Abdullah? Mari sambung baca.


Sedikit info tentang Teme Abdullah

Muncul di internet sekitar tahun 2008 sebagai seorang penulis blog bertemakan komik dan doodle. Dilahirkan, dibesarkan dan juga tamat pengajian menengah di negeri Selangor Darul Ehsan. Tamat Sijil Pelajaran Malaysia, Teme menyambung pengajian tinggi Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di United Kingdom dan sekarang bekerja di sebuah firma senibina di London.


Menggunakan nama samaran yang diberikan oleh rakan-rakannya ketika sekolah menengah sebagai nama penanya sehingga ke hari ini. Abdullah pula ditambah sendiri oleh Teme ketika pertama kali menulis buku pada tahun 2016. Cara sebutan Teme adalah sama dengan cara sebutan perkataan 'teman' dalam loghat Kelantan. Ringkasnya, Teme Abdullah membawa maksud 'saya hanyalah hamba Allah'.

Memang sampai sekarang tak ada orang tahu nama sebenar Teme sebab Teme guna nama penanya sahaja. Muka Teme pun tak tahu macam mana rupanya sebab Teme akan blur kan mukanya di social medianya. 



Teme Abdullah

Begitulah muka Teme setiap kali dia upload gambar di social media. Memang tak pernah ditunjuk mukanya. Tak kisahlah tunjuk muka ke tidak, janji karya dia hebat hebat belaka. Memang ramai yang minat dengan buku-buku yang dihasilkan oleh Teme.

Setakat hari ini, Teme dah hasilkan 11 buah buku iaitu Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan, Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama, Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama, Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua, Kapal Terakhir di Dunia Episode IKapal Terakhir di Dunia Episode II dan Kapal Terakhir di Dunia Episode III.

Dan aku baru berjinak jinak dengan buku-buku karya Teme. Baru beli buku Kapal Terakhir di Dunia. Nanti dah habis baca, baru sambung beli buku Teme yang lain-lain lagi. 


Kapal Terakhir di Dunia Episode I, Episode II dan Episode III

Baru baca beberapa muka surat semalam untuk Episode I, jadi tak boleh nak cakap lebih lebih lagilah sebab tak selesai baca ketiga-tiga buah buku lagi kikiki. Ini kalau fokus baca, dalam masa dua hari boleh habis. Tapi kita usahakan untuk habis baca secepat yang mungkin. 


Kapal Terakhir di Dunia Episode I


Kapal Terakhir di Dunia Episode II


Kapal Terakhir di Dunia Episode III

In case sesiapa yang berminat nak beli juga, boleh search di shopee. Memang ramai seller yang menjual. Cuma kena pandai tengok harga. Aku beli tiga buah buku ini dalam RM 58.00. Tolak shopee coins RM 19.00. Kalau ikut harga asal untuk satu buah buku berharga RM 30.00. Tapi ada seller yang jual dalam RM 25.00 sahaja. Jadi, memang kena pandai survey mana paling murah dijual. Tapi kalau tak kisah bayar mahal, tak jadi masalah hehehe.

Nota jemari: Siapa dah pernah baca buku Kapal Terakhir di Dunia ni? Ok ke tak ok? 

28 comments

  1. Nanti dh habis baca buat review ya..mcm menarik tajuk buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah saya buat review nanti, tapi tak tahulah review saya tu dapat membantu ke tidak hahaha

      Delete
  2. Berkebolahan si Teme ini seorang arkitek. Boleh menulis dan melukis.
    Menarik tajuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang berkebolehan. Dalam sibuk bekerja, masih sempat hasilkan buku.

      Delete
  3. Nanti Atikah buat review tau...nak tau citer dia macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kak SA nanti saya buat review setiap buku hehehe

      Delete
  4. menarik nampak naskhah ni atiqah, low profile penulis nya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. First impression saya pun nampak buku ni menarik sebab cover buku dia lawa!
      Betul tu, memang low profile sungguh teme ni :D

      Delete
  5. Betul. KTD ni memang best. Siapa yang suka baca novel English young adult, pasti akan suka dengan stail novel KTD ni. Antara penulis novel Malaysia yang saya kagumi selain Ramlee Awang Murshid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel Ramlee Awang Murshid best eh? Macam berminat jugak nak try baca novel dia, tapi tak terbeli beli hahaha.

      Delete
    2. Sangat best. Novel RAM, saya prefer baca siri Lasamana Sunan (ada 8 novel) dan trilogi Tombiruo (ada 4 novel) plus novel Magis.

      Delete
  6. Ermmm lama nya x baca buku2 mcm ni hehhee.. Skrg ni kepala hotak hanya bole terima buku2 jalan citer yg ringan2 aje hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak ret hahaha. Saya selalu baca novel melayu yang romantik tu but sekarang takmau dah. Jemu. Ni nak baca novel teme ni memang kena fokus bebetul sebab takut tak faham hahaha

      Delete
  7. tak pernah baca buku2 by Teme ni tapi pernah baca review buku Pelukis Jalanan..tak ingat dlm blog mana...

    curious jg nak tahu kisah kapal terakhir ni..lps ni buat review ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah nanti saya buat review setiap buku tapi tak tahulah menjadi ke tidak review saya nanti hahaha >.<

      Delete
  8. Nak tunggu review dulu la best ke tak...tengok tajuk dengan cover buku macam menarik. Tak pernah lagi baca karya Teme ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Cover dia menarik perhatian saya jugak sebab nampak lawo hehehe.
      Samalah, ni pun first time nak baca karya teme, harap harap kenalah dengan citarasa saya hahaha

      Delete
  9. Selamat membaca Atiqah. Mesti best. Jangan lupa kongsi ceritanya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harap begitulah kak amie. In shaa Allah nanti saya kongsi bila dah selesai baca hehehe

      Delete
  10. Saya tahu nama Teme ni kat twitter. Tengah popular planner yang dia jual masa tu. Tak tahu pulak dia penulis yang hebat rupanya. Selamat membaca Atiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu kak fiza, planner dia popular tapi sekarang dah tak jual dah kalau tak silap saya. Teme siap jumpa dan bagi dekat Permaisuri Agong lagi planner dia tu dulu.

      Delete
    2. Planner 2021 ni dia tak jual sebab covid kan. Ada baca gak post dia tu. Tapi rasa macam ad tapi limited quantity kot kalau tak silap. Cantik planner dia. Cuma tak sempat grablah. Terlajak laris betul.

      Delete
  11. CCL pernah juga beli buku karya teme abdullah ni . Memang best sangat karya dia becerita . Buku kisah kapal terakhir di dunia ni CCL belum baca

    ReplyDelete
  12. Tak pernah beli. Niat nak beli ada lepas tu lupa. Tp buku Teme ni memang ramai yang suka..

    ReplyDelete
  13. macam best je. Buku Teme ni memang banyak yang best seller. Selamat membaca

    ReplyDelete
  14. OH..pertama kali kenal beliau..baru nk tanya kenapa muka dia gitu hehee

    ReplyDelete
  15. kenal teme ni pn sbb org retweet��selamat membaca tau����

    ReplyDelete
  16. Huarghh akak tengah tak sabar nak pegang set buku Teme yang ini. Ada kawan akak hadiahkan tapi dia pos ke rumah lain. Kena tunggu balik sanalah jawabnya.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)