Empat hari berlalu selepas suntikan kedua vaksin dan aku masih mengalami beberapa kesan sampingan vaksin. Dalam pukul 12 lebih tengah malam, tiba tiba aku menggigil kesejukan. Memang betul-betul mengejut menggigil tu sebab sebelum tu memang tak menggigil langsung, tak sejuk langsung. Macam aku tulis dalam entri sebelum ni, aku sekadar minor headache dan lenguh tangan je.
Baca disini: Selesai suntikan kedua vaksin
Aku tengah blogwalking masa tu, tengah blogwalking blog kak fiza. Awal awal aku macam okey lagi tapi tak sampai 10 minit, dah rasa tak mampu nak mengadap laptop lagi, aku terus shutdown laptop dan selubung bawah selimut. Ingatkan selubung bawah selimut bolehlah redakan kegigilan (betul ke term aku pakai ni?) tapi tak berjaya. Aku still menggigil. Nak tutup kipas kan rasa lemas pula nanti sebab tak ada pengudaraan, tapi bila buka kipas rasa sejuk gila. Last last aku buka kipas juga tapi volume 1 dan pusingkan kepala kipas. Bagi kena sikit je dekat badan aku.
Lama juga lah aku cuba tidur tapi tak tidur tidur. Tapi tak adalah tak tidur sampai ke subuh. Last aku tengok jam pukul 1:40 pagi. Celik mata pukul 3 pagi tapi sekejap je. Sambung tidur balik. Celik lagi pukul 3.20 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.45 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.55 pagi dan berterusan sampai pukul 5 pagi. Aku anggarkan dalam 20 kali kot aku terkejut dari tidur. Aku gelisah tak tahu nak apa.
Padahal masa tu dah tak menggigil dah. Cumanya, aku rasa lama sangat dah aku tidur. Aku rasa macam lambat lagi ke nak subuh? Padahal baru tidur 3 jam macam tu. Sudahnya lepas sedar pukul 5 pagi tu aku tak sambung tidur balik. Aku termenung sampailah pukul 6.30 pagi, baru aku pergi solat subuh.
Second day selepas cucuk vaksin yakni dua hari lepas (hari Ahad) dah tak menggigil dah. Cumanya rasa badan suam suam panas bila masuk waktu malam. Lenguh tangan pun dah tak ada dah. Dah boleh mengiring belah kanan macam biasa dah. Tak ada demam demam dah. Harap harap dah tak ada kesan sampingan vaksin lah ya. Risau juga kadang kadang kalau berlarutan. Aku ni dahlah penakut dengan tempat yang bernama 'Hospital', 'Klinik' dan seangkatan dengannya kikiki.
Apa yang aku ceritakan ni bukanlah nak menakut-nakutkan orang yang tengah menunggu suntikan vaksin. Sekadar untuk berkongsi pengalaman aku selepas selesai cucuk suntikan kedua vaksin. Kalau aku demam, tak semestinya orang lain akan demam juga. Lain orang, lain kesan sampingannya. Dont worry, jangan takut untuk ambil vaksin. Vaksin tu dikira ikhtiar kita untuk selamatkan diri dan orang lain daripada Covid-19. Kita dah usaha dengan ambil vaksin, jaga SOP, itu dan ini. Selebihnya, kita serah pada Allah s.w.t.
Nota jemari 1: Kata anti-vaccine, kita yang ambil vaccine ni lagi takut dengan vaccine daripada Allah s.w.t. Kepada anti-vaccine yang takut nak ambil vaksin sebab fikir haram, tapi mencuri atau menipu buat sijil vaksin palsu macam mana pula ya? Jeng jeng jeng...
Nota jemari 2: Line internet menguji kesabaran sungguh ya :/
Betul tu lain orang lain kesan sampingannya . Semoga baik2 sahaja
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sihat sepenuhnya dah :)
DeleteBetul, memang lain-lain. Even dos pertama dan ke-2 pun kesan tak sama.
ReplyDeleteSekarang geng antivac dah kalut tak boleh bebas. 🙄
Depa semua duk kalut dahh tak bebas nak pergi mana mana, sebab tu sanggup buat sijil tipu tuuu :/
DeletePelik kan pemikiran otak anti vac ni. Geram betul...
ReplyDeleteKan kak naniey, tak boleh nak brain dengan pemikiran geng antivax ni >.<
DeleteMoga terus sihat yee..Vaksin salah satu ikhtiar je... Nona niat inject tu demi negara.. terpaksa pun amek jee.. Haha..
ReplyDeleteAlhamdulillah rasanya dah sihat dah ni hehehe. Hahaha demi kita semua kannn, dikira usahalah jugak untuk hapuskan covid19 ni kan nona kan :D
DeleteYaaa.. follow the flow jee.. Memudahkan kita jugak..
DeleteMudah-mudahan Tiqah baik² aje hendaknya. Akak pun sejenis takut hospital Dan klinik. Kalau boleh nak elakkan. Hahaha
ReplyDeleteGeng lagi! Hahaha, betul tu kak fiza, kalau boleh elakkan, memang nak elakkan sangat. Seram bethol kalau jejak kaki dekat hospital >.<
DeleteAlhamdulillah kesan sekejap sahaja.
ReplyDeleteItulah patutnya jangan tipu ada sijil vaksin.
Sebab tu orang cakap hati hati kalau share sijil vaksin tu sebab no batch tu penting, orang antivax ambik nak buat sijil tipu nanti
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteWak takde pulak apa2 kesan sampingan selepas cucuk ke-2 dulu
lain org lain kesannya kan.. ammi alhamdulillah takde rasa pun bab demam, lapar, gigil semua tu..cuma mengantuk mcm 3 hari tak tidur. duduk tertidur, sambil masak pun ngantuk bukan main lagi.
ReplyDeleteBetul tu, lain orang lain kesan sampingannya. Pehh mengantuk dia memang tak boleh bawa berbincang eh, sambil masak pun boleh ngantukkk. Bahaya gak tuu kalau time drive kann, takut tertidur. Kalau saya, tak de pulak lapar ke ngantuk ke, cuma rasa macam nak demam gitu aje hehehe
Deleterabia makan panadol malam tu
ReplyDeletejantung rabia berdegup kencang
sebabnya biasanya lepas balik vaksin tu rabia makan ubat awal
tp rabia degil tak dengar cakap umi makan lewat malam panadol
jantung berdegup kencang lama2 oklah
fikir juga aku nak mati dah ke
Saya tak suka makan panadol, selagi boleh tahan, saya tahan hehehe.
DeleteUishhh, sampai ke mati ya rabia fikir, tapi ada betul jugak, bila dah kena macam tu, baru ingat pasal kematian kan >.<
anti vac ni elok di tempeleng pun ok gak haha
ReplyDeleteHAHAHA setuju sangat tuuu kak syaz
DeleteBetul..lain orang lain kesan sampingannya...akak ni plak..lagi pelik...setiap hari pagi sampai tengahari akan batuk...tekak tak sakit..tapi akan batuk...padahal x makan apa pun....vit semua makan...dah 2 minggu macam ni
ReplyDelete2 minggu tu lama jugak tuu kak SA, tak try pergi klinik ke kak SA, check apa apa yang patut.
DeleteAlamak, tiba tiba rasa bersalah pulak bila nama disebut. Rasa blog macam punca pulak. Adoiii..fikir jauh nau. Lama jugak kesan second dose tu. Sekarang dah okay tak? Harap harap okay dah. Ke sebab cuaca sejuk dua tiga hari ni hujan je.
ReplyDeleteAneh aneh perangai golongan tu.
Ehhhhh bukan salah kak fiza pun, dont worry kak fiza >.<
DeleteSaya tak ada niat apa apa masa mention nama kak fiza tu, sekadar nak cakap tengah blogwalking blog kak fiza je masa tuuuuuu hihihi. Alhamdulillah sekarang dah okey dahhh. Boleh jadi jugak sebab cuaca tu sebab kat rumah saya ni memang hujan selalu.
Semoga semuanya baik2 sahaja, Atiqah. Eh, yg nota jemari 1 tu, kita setuju sangat2
ReplyDeleteAlhamdulillah, maceh Sk! Hahaha kannnnn! Cucuk vaksin kemain cakap takut vaksin, yang dia menipu sijil tu tak takut Allah ke :D
DeletePenerimaan badan setiap kita tak samakan. Bertindak balas dengan cara masing-masing. Ada yang sekejap aje kesannya.. ada yang berhari-hari.
ReplyDeleteTolak satu yang haram..eh buat pulak haram yang lain rasanya satu tindakan yang tidak bijak..lebih sedih orang bijak yang buat.
Mungkin vaksin tu tengah build immube sistem awak so tu yang demam sikit tu. Nervous plak akak nak second dose Jumaat ni. Harap Atiqah sihat dan dijauhkan dari virus covid ni
ReplyDeleteHaah saya pun fikir macam tuuu, orang cakap baguslah kalau ada kesan sampingan bila cucuk vaksin. Tapi kalau tak ada kesan sampingan, jangan fikir tak bagus pulakkk sebab lain orang lain kesannya kannn kak sal. Moga moga yang baik baik saja untuk kak sal, saya pun nervous gak haritu masa second dose >.<
Deletekebanyakan yg terkena simptom ni lps 2nd dos. alhamdulillah... x teruj smpi menjejaskan kesihatan...
ReplyDeletepedulikan antivaxx tu. kalau diorg kena covid pandai2 laa berubat sendiri. pandai2 laa kebumi sendiri
Haah ada jugak baca pengalaman orang lain, first dose ok je. Masuk second dose baru la rasa kesan sampingan yang agak teruk sikit. Tapi sekejap je, bukan makan berhari hari. Kannn, suruh geng mereka jugaklah kebumikan bila dah meninggal nanti huhuhu.
Deleteyg kedua ramai kena simptom demam2
ReplyDeletecam cik nor jga
Nasib baikk saya demam kus kus ajeee hehehe
DeleteSemoga sihat-sihat sahaja.. Saya dulu masa dah 2 dos takde apa-apa kesan sampingan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, lain orang lain kesan sampingannya kan encik fairus.
DeleteTiqah dah OK ke tu?
ReplyDeleteBadan still rasa demam gigil lagi ke?
semoga cept sihat k
Alhamdulillah dah ok sangat dah harini kak ret hehehe
Deletesemoga kembali sihat..
ReplyDeleteAlhamdulillah dah sihat dah harini , terima kasih kak nohas ;)
DeleteMoga sihat-sihat saja.
ReplyDeleteKak Amie dos pertama, demam sikit.
Dos kedua tak demam tapi asyik lapar!
Alhamdulillah harini dah ok dahhh kak amie hehehe. Saya dos pertama, lenguh tangan aje. Dos kedua je rasa macam nak demam sikit. Hahahaha lapar setiap masa ke tu kak amie hehehehe
Deletepanjang perjalanan dia mggil tu..ALhamdulillah dah xde pape..betul la tu..lain bdan lain kesan..harap time kak shida xla teruk mcm dos 1..
ReplyDeleteyang kedua ni dia lain sikit...dari pengalaman kena sinovac...lenguh juga dalam dua hari...tak sakit tapi lenguh...jalan pun tgn kiri terseret ke tanah
ReplyDelete