Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-64

Dekat dekat nak merdeka ni, macam macam jenis kuiz muncul. Jadi bila dah ada kuiznya, kita pun dengan senang hati cuba menjawab. Nak tengok sejauh manakah tahap pengetahuan kita tentang kemerdekaan negara. Tapi serious talk, memang banyak benda dah aku lupa.

Sebelum sebelum ni bukan main lagi ya seketul atiqah najihah cakap suka sejarah, suka sejarah. Nah sekali bila jawab kuiz pasal kemerdekaan negara, hancur. Dah lupa semuanya. Apa benda yang ingat pun tak tahulah. Dulu masa sekolah, pantang ditanya oleh cikgu yang mengajar subjek Sejarah, memang laju je mulut menjawab dengan betul. Tapi tadi masa jawab kuiz, terkerut kerut dahi memikirkan jawapan apa yang betul HAHAHA. Dan hasilnya bolehlah tengok gambar dibawah hehehe.

Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-64
Aku berjaya menjawab 14 soalan dengan betul dan salah 11 soalan. Yang betul itupun soalan-soalan senang, memang semua orang tahu jawapannya. Contoh soalannya, siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia, berapakah jalur putih dan merah dalam bendera Jalur Gemilang, tahun bilakah Malaysia merdeka, berapa lamakah Malaysia sudah merdeka dan sebagainya. Memang senang. Kalau soalan begitu pun boleh salah, boleh dah slow slow tukar kewarganegaraan. Okeyy kita gurau hehehe.

Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-64
Confident level seketul atiqah najihah tinggi sungguh ya bila aku jawab lima bilah keris dalam jata negara itu mewakili lima prinsip Rukun Negara. Mentang-mentang Rukun Negara ada lima, ingat lima bilah keris itu mewakili Rukun Negara lah? Salah ya teman teman. Lima bilah keris itu sebetulnya mewakili Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Yang bagus tentang kuiz ni, dibawah setiap soalan, ada diberikan penjelasan kenapa jawapan dia sekian sekian. Baguslah, sekurang-kurangnya kita boleh tahu kenapa jawapan dia Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri mana yang tergolong dalam negeri-negeri Melayu tidak bersekutu. Sebab apa dan sebagainya. Semuanya ada dijelaskan dibahagian bawah soalan tersebut.

Tak banyak pun soalannya, ada 25 soalan sahaja. Bolehlah jawab sekejap. Sekadar nak uji pengetahuan kita tentang kemerdekaan negara. Santai santai saja. Nak jawab, boleh click sini: Kuiz Kemerdekaan Negara. Selamat menjawab! Nanti sharelah berapa betul dan berapa yang salah ;)

41 comments

  1. Replies
    1. Nanti try la jawab rabia, tengok rabia dapat berapa pulakkk hehehe

      Delete
  2. best jgk layan kuiz ni.. akk dpt 15 mrkah..
    yg paling teruk negeri terbesar pon akk jwb salah.. rs menyesal plak jd rkyat malaysia.. hahahahaha.. maluuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih satu daripada saya hahaha. Soalan tu pun saya confuse jugak mula mula, nyaris nak jawab Pahang tapi tergerak hati pilih Sarawak, nasib betul! Takpe kak, kuiz santai santai aje, atleast kita mencuba :D

      Delete
  3. sedih kann dh 64 tahun merdeka tapi ramai kaum lain yg ckp bahasa kebangsaan pon pelat.., org2 bangla pon ckp lebih bagus., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun saya setuju wak, padahal bahasa melayu bahasa kebangsaan Malaysia kannnn. Yang bukan kewarganegaraan malaysia pun lagi fasih cakap bahasa melayu huhuhu

      Delete
  4. Akak dapat 20. Malu kalau kurang dari tu sebab dulu akak kerja bahagian arkib. Tiap-tiap tahun buat pameran pasal kemerdekaan. Hihi. Selamat hari kemerdekaan ye Atiqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakk gak tuuu 20! Soalan mana tu kak sal salah? Ohhhhhhh pernah jaga bahagian arkib. Seronok takkk kerja bahagian gitu kak sal? Selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia jugak kak sal :D

      Delete
    2. nama pencipta bendera tu akak terbalikkan, suruhanjaya cobold And apa entah lagi tiga dah lupa. Seronok jugak kerja arkib. Menangis lah masa kena pindah department. Haha

      Delete
  5. Aduh berkarat dah otak ni ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak PC, mujur la ada jugak jawapan betul hehehe

      Delete
  6. Bagus juga ada kuiz kemerdekaan macam ni . Ad least boleh uji kita punya IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, boleh uji tahap pengetahuan kita tentang sejarah Malaysia hehehe

      Delete
  7. Hehe lupa sudah pasal negeri-negeri bersekuru atau tidak kalau Atiqah tidak tulis balik. Hehe mengingati negeri-negeri yang tidak bersekutu.
    Kena ulangkaji untuk ingat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena baca balik buku sejarah tingkatan 4 dan 5 ni hahaha. Memang dah lupa semuanya >.<

      Delete
  8. Throwback ni terkapai-kapai hehe..
    Ada info sini senang buat rujukkan.. Selamat Hari Merdeka Atiqah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, try lah jawab nanti, tengok dapat berapa hehehe.
      Selamat menyambut hari kebangsaan Malaysia jugak ;)

      Delete
  9. Dah lama tinggalkan alam persekolahan..dah lupa semua fakta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punn banyak jugak dah lupa fakta, dah lama tinggal. Akak lagilah lama tinggal zaman persekolahan kannn

      Delete
  10. nak try jwb la kejap...to see my level....hehehe

    ReplyDelete
  11. Kuiz macam ni yang lemah. Kadang kita tahu je jawapan tapi bila spontan nak jawab tu yang gelabah. Last-last banyak salah. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betul gak tuuu hahaha. Macam soalan yang tanya tahunnn, ingat tapi bila tengok dua tiga kali, jadi tak yakin. Pilih jawapan salah hahaha >.<

      Delete
  12. Tak beranilah nak bukak
    Takut banyak salah nanti

    ReplyDelete
  13. Harap tak berkarat la otak kalau jawab nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, saya yang baru tinggal zaman persekolahan beberapa tahun pun dahh lupa banyak benda >.<

      Delete
  14. Berkarat juga jawab soalan ini sebenarnyaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kita geng la nadia, sama sama karat >.<

      Delete
  15. Replies
    1. Kuiz santai santai aje kita jawab tu hehehehe

      Delete
  16. Kena buat ulangkaji untuk jawab soalan hahahaaa.
    Kadang-kadang soalan mudah tapi lupa fakta!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak amie, kadang kadang soalan mudah je, tapi disebabkan keliru dengan aneka jawapan, terus lupa! Hehehehe

      Delete
  17. Terus buat jugak. Dapat 19 je betul. Haha..lawak pun ada bila soalan mudah ada jawab salah. Adehh berkarat otak ni jawab sejarah. huhu..Mujur dapat cop rakyat patriotik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak gak betul tu kak fiza! Itulah pasal, soalan mudah je tapi bila tengok aneka jawapan, terus tak tahu mana satu jawapan betul. Kadang kadang ingat ingat lupa, tapi endup terpilih jawapan salah hehehe >.<

      Delete
  18. dapat 15 je..hehe..bab tarikh mmg fail..

    ok jg kuiz ni kan, dapat byk fakta ttg negara kita..

    ReplyDelete
  19. Aku dapat 20, negarawan. Huhuhu... Tapi ada la 2-3 soalan tembak, kebetulan betul.

    ReplyDelete
  20. syok juga kuiz ni boleh tauh sejauh mana pengetahuan kita

    ReplyDelete
  21. Hello, Rakyat Patriotik! Heheheh

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)