Buka tutup buka tutup aplikasi foodpanda. Terasa nak makan kepci tapi tak tahu nak makan apa. Bukan kisah hari ini, tapi kisah beberapa hari yang lepas. Beli cheezy popcorn bowl dengan banana ball.
Pernah makan banana ball sebiji je, memang ingat ingat lupa rasa dia macam mana, sebab tu aku beli banana ball. Nampak dari illustration gambar macam menarik! Tapi biasalah, gambar tak pernah tak gempak hihihi.
Abaikan request aku tu hehehe. Jumlah semua sekali ialah RM14.48. Ini kalau beli satu jenis lauk dah kenyang dah ni dengan nasi. Extra air teh peng. Tapi tak apalah, sekali sekala. Aku pun tak ada selera nak makan nasi sebab ulser dekat bibir.
Terseksa nak makan oi. Dan rasa nak makan makanan mengarut. Mengarut bukan la makanan haram ye, mengarut macam makan kepci ke McD ke burger tepi jalan ke. Yang pasti bukan nasi. Tapi tetap makan nasi juga walaupun sikit. Sebab takut perut masuk angin.
Cheezy Popcorn Bowl
Okey kembali kepada cheezy popcorn bowl, memang tak dapat dinafikan lagi, memang sedap! Makan time panas panas lagi double sedap! Aku lagi suka fries kepci. Sebab fries kepci memang lagi sedap dari fries McD 😂 Siapa setuju dengan aku? Angkat tangan sikit, kita geng! Hehehe. Ayam popcorn pun sedap! Tapi sikit sangat. Adalah dalam tiga atau empat ketul. Selebihnya fries.
Banana Ball
Banana ball? Bagi aku biasa biasa je. Sekali beli je. Lepas ni tak beli dah kot 😂 Baik aku beli cheezy popcorn bowl. Murah pun murah. Banana ball ni aku ambil yang lima ketul. Dia ada dua pilihan iaitu tiga atau lima ketul. Aku fikir pisang kan, dan makanan yang berunsurkan pisang memang favorite aku, jadi aku ambil lima ketul.
Dan lagi sekali, macam aku cakap, banana ball ni biasa biasa aje. Dia macam tak capai expectations aku. Entah. Macam ada kuranglah sikit. Inti pisang dekat dalam macam sikit je. Tapi overall okey je. Bukan aku cakap tak sedap langsung. Sedap tu sedap. Tapi biasa biasa je. Tapi kalau makan panas panas memang sedap.
Untuk beli kali kedua ke ketiga ke, tak akan beli dah kot. Tapi kalau cheezy popcorn bowl, memang antara menu sampingan wajib beli kalau beli makanan di kepci. Ini sekadar pendapat dari aku. Lain orang, lain citarasanya. Nak tahu, boleh cuba sendiri. Adios!
Nota jemari: Bilalah boleh blogwalking ni :/
Haritu mmg nak try dh sekali ngan kulit ayam sekali dia ckp dh tamat masa order.. Hahaha terus x order2 lg smp skrg heheh
ReplyDeleteSamalah kita. Saya pun suka fries KFC.
ReplyDeleteAtiqah pergi mana?
ReplyDeleteAkak tertunggu tunggu mana nya entry terbaru
Akak nak baca
Rinduu
lama dah tak makan kfc
ReplyDeletelast makan bulan puasa hari tu je lah
byk jgk review banana balls ni.. ckp biasa2 je.. xpernah cuba lagi..
ReplyDeleteSetuju kentang goreng KFC gebu.
ReplyDeleteBelum lagi cuba bebola pisang. Takpe baca huraian bloggers dahulu.
Cheesy popcorn tu memang sedap..
ReplyDeleteCheesy popcorn memang best makan panas2
ReplyDeleteSekali sekala makan boleh le.. Tak pernah pekena lagi..
ReplyDeleteKak PC tertarik dengan cheezy popcorn.
ReplyDeleteakak pun kurang gemar banana bowl. hari tu makan pun sebab dah masuk dalam set. semoga cepat sembuh ulser. teringin makanan mengarut tu biasalah kan, sekali-sekala tukar selera
ReplyDeleteSesekali kalau tak ada selera memang suka makan mengarut. Kadang tak puas hati gak benda sikit tapi mahal. Tak dapat nak rasa banana ball ni sebab habis masa tu. Dapat ganti yang lain tapi tak tahu apa flavour dia inti hitam. Setuju gak, fries KFC lagi sedap.
ReplyDeleteMenu kulit ayam tu cepat sold out la...kulit ayam pun KFC jual skrg kan..habis ayam2 yang lain tu kulit dia ada tak agaknya...xde kulit x sedap kan?
ReplyDeleteCheezy Popcorn Bowl sedap kannnnnn! Menu wajib. Haritu masa dorang stopkan uishh kuciwa
ReplyDeletefries kepci memang lagi sedap dari fries McD .Saya setuju dan menyokong 100% dengan kenyataan ini. Lahh tibahhh jadi mcm berdebat
Lama dah tak beli KFC. Teringin pulak bila tengok. Nak²cheezy popcorn. Huhu
ReplyDeleteni pun satu dah lama tak makan. tengah mood burger king ja sekarang. tak burger king secret recipe.
ReplyDeletebanana ball tu baik makan cekodok kenyang sikit hahaha. Dulu fries mcd sedap tau dia tak greasy sangat lepastu lembut je. Sekarang ni entahlah cepat pulak lemaunya, kfc lagi sedap
ReplyDeleteSejujurnya, saya dah lama tak makan kfc sejak saya rasa ayam dia makin mengecil. mood saya memang ke McD je
ReplyDeleteAgal lama juga tak order KFC. Terasa-rasa aromanya yang sedap tu! Kalau rajin nanti nak order cheezy popcorn. Nampak sedap tu.
ReplyDeleteBetul. Banana ball tu rasa macam tak ngam pulak. Tu pun jenuh nak habiskan satu set. Mungkin KFC boleh buat dalam bentuk pie.
ReplyDeleteSetuju.. fries kepci lagi sedap dari Mcd even dah sejuk..
ReplyDeleteBanana ball tu tak pernah makan..
penah try sekali je hahah sbb sy kalau g kfc ni sy cuma order loaded potato bowl je😊
ReplyDeleteSekarang memang tengah teringin dua-dua ni terutama sekali popcorn bowl tu. Hari ni akak jadi couch potato lagi. Tiba-tiba terbayang sedang menikmati cheezy popcorn.
ReplyDeleteTak pernah cuba banana ball .
ReplyDelete