Siapa sini suka jauhkan diri dari kawan kawan bagi mengelakkan sakit hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut mahupun dari perbuatannya? Kalau tanya aku, aku tak akan jauhkan diri dari kawan-kawan yang mulut puaka, senang kata mulut puaka atau mulut tak ada lesen hahaha. Cakap ikut sedap hati dia saja.
Tapi, kalau 'dia' memang dah melampaui batas, aku akan jauhkan diri juga bagi mengelakkan kesihatan mental aku terganggu. Selagimana aku masih boleh tolerate, aku bertahan dan bersabar. Sebab jenis aku, lantak kau lah. Janji dia tak cuba cederakan aku, aku masih okey.
Perbuatan menjauhkan diri dari kawan-kawan bagi mengelakkan diri kita daripada sakit hati dengan kata-katanya dan perbuatannya adalah suatu perkara yang dianjurkan disisi syarak. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn 'Amru R.Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya."
Riwayat Al-Bukhari (6484)
Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Mu'adz bin Jabal R.A., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,
"Lima perkara yang mana jika seseorang itu melakukan salah satu daripadanya maka dia akan mendapat perlindungan dari Allah iaitu seseorang yang menziarahi orang sakit, keluar mengiringi jenazah ke perkuburan, keluar berperang di medan jihad, pergi kepada seorang pemimpin dengan tujuan untuk menghormati dan memuliakannya atau seseorang yang duduk di dalam rumahnya lalu manusia selamat dari kejahatan lidah dan tangannya dan dia juga selamat dari kejahatan lidah dan tangan manusia lain."
Riwayat al-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir (55)
Ini adalah isyarat yang zahir bahawa perbuatan duduk di rumah itu merupakan suatu bentuk penjarakan social bagi mengelakkan keburukan berlaku ke atas diri kita dan sebaliknya. Dibenarkan untuk seseorang itu menjauhi individu-individu yang menyakitinya tak kisah dari segi lisan mahupun perbuatan bagi mengelakkan perkara yang lagi buruk berlaku antara kedua-dua belah pihak.
Bahkan menjauhkan diri dari bermajlis bersama seseorang yang menyakiti kita dalam hal keduniaan atau agama merupakan suatu perkara yang dituntut disisi syarak. Tapi, jangan lupa untuk berikan teguran dalam cara yang baik agar dia boleh berubah daripada mengguris perasaan dan menyakiti orang lain.
Sumber: Al Kafi li al-Fatawi
Sekarang kan kita lagi banyak habiskan masa duduk di dalam rumah jadi tak adalah jumpa ramai orang sangatkan. Normal dalam kehidupan, mesti ada kawan kawan yang perangai suka sakitkan hati orang. Kadang kadang dia tahu je apa yang dia cakap tu akan sakitkan hati orang, tapi dia tetap pilih untuk guriskan perasaan kawan kawan dia.
Kadang-kadang dalam group whatsapp pun boleh juga dia sakitkan hati kita. Cakap macam kita tak wujud dalam group whatsapp tersebut. Yang join dua kaki dua tangan mengata orang tu lagilah tak habis fikir. Tak rasa bersalah ke? Kalau kau buat group whatsapp lain tak apalah juga. Ini mengata orang yang ada sekali dalam group whatsapp tersebut.
Tapi itulah, mulut orang kita tak boleh nak tutup kan? Kalau boleh jahit, lama dah dijahitnya. Jadi kita yang matang ni abaikan saja mulut-mulut orang yang cakap buruk pasal kita. Itu saja yang mampu kita buat melainkan bagi teguran. Tapi kalau dah tegur tetap sama, memang tak boleh buat apa lah. Berdoa agar suatu hari nanti dia boleh berubah.
Haha..tak kuasa nak layan si mulut puaka..
ReplyDeleteBetul, kita buat donno je akak. Tak sakit kepala hahaha
DeleteBetul tu..xyah lah layan x kuasa pun..hahaaa
DeleteHaha akak sekarang dengan saudara-mara. Ada hikmah juga kena kurung memang tidak selalu jumpa. Kalau tidak tahan hati dan buat bodoh atau senyum.
ReplyDeleteKannn, ada hikmah kena kurung. Betul tu akak, kalau tak memang kena fake smile selalu dan buat buat bodoh walaupun sakit hati
Deletesetuju. cara yang paling bagus kita jauhkan diri daripada toxic people ni. Daripada diri kita sakit hati baik kita jauhkan diri. Hati tak sakit, tak de la rasa berdosa. Kalau tak rasa nak cili cili je mulut tu. Haishhh..
ReplyDeleteKann, kalau boleh cili, memang lama dah cili tapi takpelah. Kita jauhkan diri pun cukup dah kan kak naniey hehehe
Deletei selalu avoid negative vibe.. takut terpengaruh hihi
ReplyDeleteItu pun betul jugakk, takut terpengaruh. Bahaya tuuuuu.
DeletePada masa yang sama, sebelum menjauhkan diri eloklah ambil kesempatan muhasabah diri. Mana tahu tanpa sengaja kita pun ada tersalah kata dan terlanjur bicara tanpa kita sedar. Cepat-cepat mohon maaf.
ReplyDeleteBetul kata kak amie, kita tak sempurna, jadi kita mungkin ada buat salah dan silap jugak. Terima kasih atas peringatan kak amie :)
Deletebetul tu, boleh cuba jauhkan diri dari orang yang beri aura negative. supaya kita pun tak "ter" negative sekali..kalau tak dapat lari jauh pun, paling-paling kita senyumkan je lah :)
ReplyDeleteBila dah ternegative tu bahaya tu kannnnn.
DeleteBetul, senyum aje yang mampu bila keadaan tak menyebelahi kita hehehe
mama setuju.. try elakkan berkawan dgn org2 toksik ni
ReplyDeleteKan mama kan, kalau boleh elakkan, kita elakkan berkawan dengan toxic people ni.
Deletekalo blh elak kita elak..
ReplyDeletekalo tu terbaik utk rawat ati kita..
dr sakit hati baik jauhkan diri.. haaa gittew.. haha
Betul betul betul, daripada kita sakit hati, sakit kepala, better jauhkan diri jelah hahaha
Deletekalau cik nor memanggg taklah dkt dgn org mulut puaka ni
ReplyDeleteno nooo
baik jauhkan je
tp selalu kena geng mulut puaka satu tmpt keja
adusssss
Aduhhhh satu tempat kerja tu memang tak boleh larikk la cik nor, tapi sekarang kalau cik nor wfh, kurang la bersemuka dengan mereka semua kannnn.
DeleteTapi, harap harap cik nor bertabahlah.
Orang macam ni kena dijauhkan.Sebab sometimes perangai toxic diorang ni boleh berjangkit & melekat dekat kita jugak,especially bila dah selalu sangat terkena dengan saka mulut puaka ni 😆.
ReplyDeleteBetul tu kak syu, takut kita pun terpengaruh sekali, alamakkkkk bahaya tuuu >.<
DeleteOrang pompuan biasa macam tu kan.. Ops...
ReplyDeleteLaki tak de eh macam ni encik fairus hahaha
DeleteSekarang dah tak payah pakai mulut.
ReplyDeleteHujung jari pun dah tajam macam mata pedang
Betul tu wak😅
DeleteSetuju wak, zaman sekarang jari pengganti lidah yang tajam hahaha
DeleteAkak jauhkan diri dgn org mcm ni
ReplyDeleteTak nk effect pada diri kita sendiri
Carilah kwn tak toksik
Kawan biarlah ikhlas
Betul, kawan biar sedikit janji berkualiti kann rabia ;)
DeleteKadang malas nak fikir sangat apa orang cakap atau malas nak ambil peduli. nanti stress. Abaikan je. lama lama dia pun faham. Harapnya lah. Mulut orang susah nak tutup. Harap apa yang keluar dari mulut kita pun tak menyakitkan hati orang lain juga. Risau terrr kadang.
ReplyDeleteAda je orang macam ni, terutama dunia pekerjaan. Tak nak layan, tapi limit kat kerja jelah. Nak lepak sekali lepas kerja ke, lunch sekali ke memang tidak lah. Bagi akak, biar circle kita kecik, dari nmapak gah ramai kawan tapi dalam diam tak suka each other.
ReplyDeletemanusia sebegini ada di mana2. kdg mmg skt hati kalau layan kerenah mcm ni. kite jd penat. better ambil langkah berdiam diri. menjauhkan diri dr dosa pn ya
ReplyDeleteSadly, manusia toxic begini memang akan ada di sekeliling kita. Jadi, kita sendiri yang kena kuat semangat. Tak perlu layan... tak perlu react dan jauhkan diri. Untuk kebaikan kita juga.
ReplyDeleteSamaaa... kalau saya, ikut mood.. mood elok, layan aje la... mood x elok, memnag betah balik apa dicakapnya tu.. huhu..
ReplyDelete