Mood malas makin menjadi jadi lepas cucuk suntikan kedua vaksin tempoh hari. Tak tahu mana pergi mood rajin aku. Alhamdulillah, dua tiga hari lepas cucuk baru rasa sihat. Dont worry, hari ini dah sihat sepenuhnya. Perasan sungguh seketul atiqah najihah, ingat ada orang risau dekat dia ya kikiki.
Hari ini nak cakap pasal kemerdekaan negara. Tak lama dah kan negara kita iaitu Malaysia nak sambut Hari Kemerdekaan yang ke - 64. Pejam celik, pejam celik, hampir mencecah 64 tahun negara kita bebas daripada penjajah-penjajah yang pernah datang menjajah Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Nak cakap pasal sejarah kan, mahu mengantuk semua yang membaca entri ni nanti.
Jadi, kita skip pasal sejarah negara. Kita cakap pasal poster kemerdekaan. Ya, poster kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang selalu dianjurkan atau dipertandingkan dalam bulan kemerdekaan termasuklah membuat poster kemerdekaan mengikut tema tahun tersebut.
Bukan aku yang masuk pertandingan membuat poster kemerdekaan, tetapi kakak ketiga aku. Hospital di tempat dia bekerja ada anjurkan pertandingan sempena hari kemerdekaan negara iaitu pertandingan membuat poster kemerdekaan dan mendeklamasikan sajak.
Bersajak? Memang tidaklah jawabnya hahaha. Tak ada pilihan lain, dia masuk pertandingan membuat poster. Senang. Yang susahnya bila dia suruh aku buat. Orang Terengganu cakap 'jeng sungguh'. Memang jeng lah sebab aku ni manalah kreatif! Walaupun orang kidal sinonim dengan gelaran manusia kreatif, tapi aku tak tergolong dalam kalangan manusia kreatif tersebut HAHAHA.
Nasib baik kakak aku bagitahu awal awal, kalau dia bagitahu last minit, memang tak sempat buat lah jawabnya. Hari Ahad dia bagitahu suruh buat poster, hari Selasa dan Rabu baru pulun buat. Malam rabu siap terus hantar dekat kakak aku sebab hari Khamis semalam dia nak pergi print poster dan terus hantar kepada pihak penganjur.
Sebagaimana kita sedia maklum, tema kemerdekaan negara pada tahun ini masih sama seperti tema kemerdekaan pada tahun lepas iaitu 'Malaysia Prihatin'. Sedikit info mengenai tema kemerdekaan negara pada tahun ni,
'Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke - 64 dan Hari Malaysia ke - 58 tahun 2021 adalah untuk menghargai keprihatina, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara pada masa kini.'
Logo Hari Kebangsaan 2021 dan 2020 Malaysia
Keterangan Logo
- Logo berbentuk hati: Melambangkan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum.
- Warna biru tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
- Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
- Bintang pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.
- Tujur jalur merah putih berbentuk hati menjadi latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
- Stigma bunga raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan.
- Lima titik merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Lagu tema 2021 & 2020
Tajuk lagu: Malaysia Prihatin
Penyanyi: Siti Sarah, Alif Satar, Aina Abdul, Syamel
Ciptaan: Dato' Mokhzani Ismail
Lirik lagu Malaysia Prihatin
Kedamaian
Milik kita bersama
Amanah bangsa
Junjung selamanya
Abadikanlah
Jiwa dan ragamu
Teguh
Sinar cahaya
Satukan jiwa
Semarakkan api cinta di hati
Pada setiap insan kita gapaikan
Agar gemilang
Mekar di persada
Satu langkah satu hati
Untukmu pertiwi
Dimana bumi dipijak
Disitu langit dijunjung
Kita gunungkan
Semangat sejiwa
Walau dimana saja berada
Makmurnya seiringan
Agar teguh tulus ikhlas dizahirkan
Malaysia Prihatin selamanya
Negara bangsa diutamakan
Khidmat diberi dengan penuh rela
Tanah air yang tercinta
Namamu harum di puncak dunia
Payung mahkota teras pertiwi
Di persada nan gemilang
teringat zmn sklh dlu..
ReplyDeletekalo bulan kemerdekaan ade la pertandingan buat poster ni.. haha
Saya paling tak suka sebab tak reti dan tak kreatif >.<
DeleteDah lama rasanya takde perarakan hari merdeka...kalau tak pg2 dh terconggok dpn tv..alahai dh 2 th rupanya covid melanda..
ReplyDeleteRindu kan zaman sebelum covid melanda kann, kalau sekolah dulu dulu memang wajib la masuk perarakan tuuu.
DeleteZaman sekolah paling best bila masuk bulan kemerdekaan. Tiap-tiap tahun, setiap kelas wajib lukis dan cat banner tema kemerdekaan. Lepas tu gantung kat koridor kelas. 😂
ReplyDeleteRindunyaaaa masa sekolah dulu dulu kannnn. Memang meriah lah setiap kelas sebab duk hias kelas masing masing sebab nak menang kelas paling cantik untuk hiasan merdeka.
DeleteDah tak beberapa hri lagi nak sambut kemerdekaan .
ReplyDeleteCantik pulak ccl tengok logo kemerdekaan dengan tema malaysia prihatin
Tak lama da h kan CCL, lagi 3 hari je lagi. Sekarang dah tak ada sambutan meriah macam dulu lagi dah sebab covid la kannnn
DeleteWhoaaa.. tak sabar nak tengok air tangan muuuu.. Hehehee... Mesti cantikkkk tu ..
ReplyDeleteAlamakkkk ahahaha segan pulak kita :P
DeleteTak cantik mana punn, janji ada je hahaha >.<
Salam kemerdekaan!
ReplyDeleteSelamat hari merdeka!
DeleteSelalu tertanya-tanya siapa buat logo hati. Kreatif.
ReplyDeleteHarap menang. Jadi semangat lagi untuk masuk lagi buat poster.
Semoga berjaya.
Menang kalah tu adat pertandingan, tapi kakak saya aim nak menang jugak. Tak tahu lah tu dapat menang ke tidak hahaha. Rasa macam lucu pulak kalau menang
DeleteLagu tema tu cam ssh je nak follow hhehe
ReplyDeleteCamne nak nyanyi ni, muzik dia cam ssh nak nynayi ramai2 hehe.. So mampu dgr je la ye
Patut la ada terbaca org komen.. Camne nak pupuk semangat ni, lagu tema je cam lagu sedih gitu hehehe
DeleteKannnnnnnn kak ret kannnnn. First time saya dengar, awat lagu macam sedih je ni. Nak nyanyi pun terbantut sebab lagu sedih macam tu hahaha
DeleteSelamat menyambut bulan kemerdekaan
ReplyDeleteSelamat hari merdeka wak!
DeleteWahh excited nak tengok hasil poster yang Atiqah buat tu.
ReplyDeleteSegan pulak kita hahaha, poster biasa biasa aje kak fiza >.<
DeleteRindu zaman sebelum pandemik bila nak sambut bulan kemerdekaan ni. Meriah..
ReplyDeleteKan kak naniey kann, sekarang dah hilang kemeriahannya sebab covid hmmm :')
DeleteMerdekaa merdeka
ReplyDeleteSemangat!
DeleteTak lama dah nak merdeka. Bendera dah beli.Sampai kesudah tak gantung2 lagi.Hu3.
ReplyDeleteSaya pun tak gantung lagi benderanya hahaha, tak tahu nak gantung mana sebab duduk rumah bertingkat kan
DeleteMemang meriah sambutan kemerdekaan kalau ada poster.
ReplyDeleteSekarang pun sibuk Firdaus mewarna poster kemerdekaan.
Wahhh semangat ya firdaus mewarna poster kemerdekaan. Mesti cantikkk hasilnya nanti!
DeleteAlaa teringat time kat tuisyen dulu..mesti buat aktiviti bersempena kemerdekaan..
ReplyDeleteRinduuu kann zaman before covid ni kan kak shida, dulu tiap tahun boleh tengok perarakan kemerdekaan, sekarang takde dah :')
DeleteBagus ada pertandingan seperti ini..
ReplyDeleteSetahun sekali aje pertandingan poster kemerdekaan ni ada hehehe
DeleteNanti share tau poster yang menang. Akak curious
ReplyDeleteIn shaa Allah kak sal, kalau menang saya gitauu. Tapi kalau senyap tu, tak menang lah tu HAHAHAHA >.<
DeleteKalau ada dua pertandingan antara poster dan sajak. Saya akan memilih sajak, saya suka deklamasikan sajak. Pernah bersajak depan cikgu, cikgu menangis mendengar sajak tersebut
ReplyDelete