Sambungan daripada entri lepas. Baca disini: Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part I
Ingat nak jadikan satu entri je tapi macam panjang sangat dah entri sebelum ni. Jadi, apa salahnya kita jadikan dia menjadi dua entri kikiki. Dah dipaksa buat poster kemerdekaan, benda pertama kita kena tahu ialah tema merdeka pada tahun ini. Kita tengok juga requirement pertandingannya apa.
Mula mula kakak aku cakap buat ala kadar sahaja. Senang kata, buat syarat je. Menang kalah tak peduli. Yang dia peduli, merit. Memandangkan dia tengah housemanship, jadi ada merit kalau dia masuk sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh hospital tempat dia bekerja.
Aku ni tak ada idea nak buat poster macam mana sebab memang tak pernah buat poster kemerdekaan ni. Gigih search di google contoh contoh poster kemerdekaan yang pernah orang lain buat sebelum ni. Buka Tiktok, nampak ada seorang perempuan ni ajar macam mana cara nak buat poster menggunakan canva. Bukan main ya siap download lagi video Tiktoknya sebab senang nak buat rujukan masa buat poster nanti. Dah semangat dah bila dah tahu nak buat poster apa, pergilah ke website canva. Maka terhasil lah poster pertama aku seperti gambar di bawah.
Mula-mula sedih sebab akaun canva aku tak premium. Kiranya tak boleh access semua gambar. Kalau nak access semua gambar, akaun kena jadi Canva Pro. Sedih. Kita dah excited nak buat tapi gambar yang kita nak tu tak boleh guna. Kalau gambar free itu ada, tapi tak cantik. Macam low resolution gitu. Senang kata, memang tak cantiklah.
Last last, geram sangat aku pun tukar akaun canva yang lama kepada akaun Canva Pro. Dapat trial akaun Canva Pro selama satu bulan. Masuk bulan kedua, dah kena bayar sebanyak RM 29.90 untuk satu bulan kalau tak silap. Tapi, kalau tak nak teruskan akaun Canva Pro pada bulan kedua, sila unsubscribe sebelum dia deduct pada bulan depan.
Kakak kedua aku cakap hodoh poster pertama aku HAHAHA. Dia cakap zaman bila dik oi orang buat poster letak gambar orang tengah tuai padi tu. Kalau 10 tahun yang lepas mungkin masih valid kalau letak gambar orang tuai padi tu. Tapi sekarang dah 2021. Orang tak letak dah gambar sebegitu. Aku buat suka suka je untuk poster pertama ni. Fikir lagi dan lagi dan lagi, terhasil pula poster kemerdekaan yang kedua seperti gambar dibawah.
Aku yang buat, aku yang nampak pelik bila tengok balik poster kedua ni. Pelik dekat bahagian bendera Malaysia. Bukanlah pelik dengan rupa bendera tersebut, tapi nampak pelik bila tengok bendera duduk di bahagian tepi poster tersebut. Tapi poster kedua ni bagi aku much better than poster pertamalah. Setuju tak? Kikiki. Dan akhirnya, muncu lah poster ketiga aku yang official menjadi poster kemerdekaan kakak ketiga aku.
Bolehlah daripada poster pertama dan kedua tadi. Nak buat cantik cantik macam orang lain buat memang tak mampu. Kita ni bukannya graphic designer hihihi. Kakak ketiga aku pun dah berpuas hati dengan poster diatas ni kira okey lah tu. Dia memang cerewet banyak, selagi tak kena, selagi itulah aku kena edit poster. Bila dia cakap okey tu kiranya okey lah kan?
Semua pakai mask. Bersesuaian dengan diri kita sekarang ni yang diwajibkan untuk memakai mask apabila keluar dari rumah. Logo Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), logo Malaysia Prihatin dan juga logo Hospital Sultanah Nur Zahirah wajib letak dalam poster. Mula mula aku tak letak sebab tak ada ditulis dalam requirement pertandingan, tiba-tiba dapat format poster baru, pihak penganjur suruh letak. Small matter sahaja.
Antara frontliners yang aku letak dalam poster ialah bomba, polis, doktor dan juga rider penghantar makanan. Nak letak askar tapi tak jumpa askar pakai mask. Macam tak sesuai kalau askar tak pakai mask bilamana yang lain-lain semuanya pakai mask hehehe. Sebagai pengganti askar, kita letak sepasang suami isteri pakai mask. Kiranya mereka berdua mewakili rakyat Malaysia. Nak letak pelbagai kaum kan takut tak muat dalam poster. Sudahnya, begitulah hasilnya.
Tiba-tiba housemate call. Macam dah boleh agak HAHAHA. Dan betul sangkaanku. Housemate nak minta tolong aku buatkan poster untuk dirinya juga. Maka terhasillah poster keempat dari aku seperti gambar dibawah.
(A)
(B)
Ya teman teman, konsep yang sama dengan poster kakak aku 😂 Tak sempat dah nak fikir konsep lain sebab housemate minta last minit. Petang Rabu baru dia call suruh buat. Memang tak sempat nak buat konsep lain. Sudahnya pakai konsep yang sama dengan poster kakak aku.
Adalah beza dia sikit dari segi pemilihan warna, ayat dalam poster, barisan frontliners dan juga bangunan-bangunan di dalam Malaysia. Aku saja buat dua jenis poster kemerdekaan untuk housemate. Perbezaannya ialah bangunan-bangunan di dalam Malaysia. Tapi aku tak tahulah dia pilih yang mana antara dua tu. Bagi aku, cantik poster (A) berbanding (B). Kakak aku pun puji poster ni cantik hehehe. Nasib baik dia tak minta aku tukar lagi poster dia sebab masa tu dia dah muktamad dan berpuas hati dah dengan poster kepunyaannya.
Jadi, poster yang mana satu cantik dimata para pembaca? Ke semua tak cantik HAHAHA 😜
Tak tahulah menang ke tidak. Tapi menang kalah itu adat pertandingan. Kalau menang, Alhamdulillah. Kalau kalah pun tidak mengapa. Bukan dua tiga orang je yang join, ramai kot yang join. Jadi, persaingan itu sengit. Nanti kalau menang, aku update entri kikiki. Kalau senyap tu faham faham lah ek hehehe.
Mencabar nak design poster ni sebenarnya kan. lagi lagi melibatkan bendera Malaysia. kena tahu kedudukan bendera Malaysia yang boleh diletakkan. Kalau nak buat bendera menegak tu, kalau tak silap bulan dan bintang tu di kedudukan atas dan guna design bendera untuk menegak. design bendera macam tu untuk melintang. Boleh check semula nanti. Saya pun ingat ingat lupa dah lama tak design. Saya pilih design poster B. kalau letak bendera berkibar belakang tu dan reduce opacity yang sesuai cantik juga. Tak nampak kosong sangat nanti.
ReplyDeleteEhh, baru saya tahu pasal kedudukan bulan dan bintang tuuuu. Nasib baik la tak letak kedudukan yang salah untuk bendera malaysia tu, kalau tak mahu kena kecam satgi. Terfikir gak nak buat harituuuu macam kak fiza cakap tu, tapi takut serabut pulak banyak benda diletak. Last last cancel, tak jadi letak hehehe
DeleteTerserlah kemahiran graphic design tu, menarik dengan menepati tema dan isu semasa, Berlatar belakang mercu tanda lagi. Tahniah.
ReplyDeleteYa allah, tinggi sangat tu kata kata 'terserlah kemahiran graphic design' sebab saya masih bertatih hahahaha. Memang tak kreatif, buat ni pun ala kadar sahaja hehehe.
DeleteCantiknya poster2 ni semua.
ReplyDeleteMacehh ibu cida! ;)
Deletesemua cantik kat mata k.naniey..
ReplyDeleteHehehe maceh kak naniey ;)
DeletePoster 3 paling lawa. Sejuk mata memandang. Poster 4 tu dah cun. Tapi kalau background kuning tukar kepada biru (macam poster 3) tu lagi lawa.
ReplyDeleteSebab nak nampak lain dengan poster 3, sebab tu poster 4 warna background dia jadi warna kuning hahaha. Satgi sama warna, takut juri tertukar pemenang pulakkk ehhh perasan menang pulak dia ni :D
Deleteposter yang no.3 tu cantik.Hi3.
ReplyDeleteBerbunga hati kita kikiki :P Maceh kak syu!
Deletex tau nak pilih mana satu..mata akak nampak semua cantik...hahaha...boleh x macam tu
ReplyDeleteBoleh sangat kak SA hahahaha! :D
Deletemmg sakit pale la pk design walaupon utk poster je..
ReplyDeletekalo akk mmg dh give up.. haha
baru kena dgn tema "malaysia prihatin" kalo ltk gmbr frontliners..
dh cantik dh poster tu.. =)
Betul tu akak, memang sakit pale la nak nak orang tak kreatif macam saya ni. Mula mula macam frust gak bila kena paksa buat poster, tapi lama lama tu rasa syok pulak hahaha. Kannn, sekarang ni memang sinonim la poster dengan frontliners sebab covid masih ada kannnn.
DeleteCantik-cantik posternya tu Atiqah.
ReplyDeleteAlamakkk segan pulak kita hehehe, apa apa pun maceh kak amie! ;)
DeleteSemua cantik..semua ada maksud tersendiri..Tahniah AN berjaya juga buat poster hehee
ReplyDeleteMaceh kak shida! Design biasa biasa boleh la, kalau luar biasa tuu memang tidakk lah hahaha >.<
DeleteKalau ada pereka yang masuk, memang payah orang-orang biasa nak menang..
ReplyDeleteBetul dah tuuuu, memang kalah la saya ni yang design poster macam budak sekolah aje hahaha
DeleteNo 2 tu kak suka
ReplyDeleteEhh yang itu lawa eh? Hihihi
Deleteposter 3 dengan poster 4 cantik :D
ReplyDeleteMaceh! Memang dah jadi official poster untuk kakak saya dengan housemate hehehe
DeleteNo 3 bagi akak cantik. Yang penting kena make sure jalur bendera dan bucu bintang tu cukup. Huhu
ReplyDeleteKann, tenang je tengok background biru tuuu hehehehe. Haah betul gak tu, masa design haritu pun kena tengok bebetul sebab takut salahhhhh.
DeleteSemua poster boleh digunakan.. kalau tuai padi tu boleh tunjuk kt anak2 muda zaman skrg cara org dulu hasilkan padi. Semua cantik
ReplyDeleteKalau tanya saya antara satu dan dua, satu designya lagi menarik, sebab alunan kibaran jalur gemilang tu boleh nampak. Sebab yang kedua tu nampak front liner sedikit pelik lagi lagi abang bomba.
ReplyDeleteKalau antara empat - empat, poster no 3 paling lawa. Warna pun ngam . No 4 tu okay je tapi sebab background kuning kot. haha. Btw nice!
Eh tidak perasan tulisan ini.
ReplyDeleteHaha bagi akak comel sahaja poster. Hehe cerewet juga Kakak ke-3 Atiqah padahal suruh orang lain buat.
Amboi patut minta upah ini.
cantik belaka poster, boleh ke sy guna?
ReplyDeletesaya suka poster yang pertama.
Delete