Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga dapat vaksin! Dan berjaya cucuk vaksin pada 31 Julai 2021, pukul 12.50 tengah hari. Alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar. Walaupun ketibas (baca: ketiak basah) juga lah tunggu giliran nak masuk dewan utama 😂
Aku pergi pukul 10.20 pagi, beratur tak sampai lima minit, aku balik rumah semula sebab panjang sungguh barisannya! Memang terkeluar dari khemah. Dan cuaca pun agak panas walaupun baru pukul 10 lebih waktu pagi. Nasib baik rumah dekat, tak ada masalah untuk pergi dan balik hehehe.
Datang semula pukul 11.30 pagi. Untuk dos pertama, dah tak ada barisan panjang, siap ada kerusi kosong lagi. Okey kalini tak balik. Terus duduk dan tunggu giliran untuk masuk dewan utama. Nasib baik sampai awal sikit, sebab lepas aku sampai dan duduk, fuhhhhh terus ramai orang beratur untuk dos pertama.
Dos kedua tak payah cakap, memang lagi panjang barisannya. Oh ya, aku nampak dekat whiteboard, total penerima vaksin haritu ialah seramai 1198 orang. 498 orang untuk dos pertama iaitu Pfizer dan dos kedua seramai 700 orang untuk vaksin Sinovac. Tak kisahlah vaksin Pfizer ke Sinovac ke Astra ke janji vaksin. Betul dak? Hehehe
Dah sampai giliran masuk dalam dewan utama, segala proses berjalan dengan lancar. Ada ramai jugalah yang mengalami masalah dengan MySejahtera. Dan yes, kebanyakannya orang tualah yang alami masalah tersebut. Kasihan bila tengok sebab disebabkan ada masalah dengan MySejahtera, proses nak cucuk vaksin jadi lambat. Tapi nasib baik lah staff situ semua baik baik belake. Terang satu persatu kepada mak cik pak cik yang agak blur. Tolong tuliskan bila ada seorang mak cik ni tak reti menulis.
Setel isi borang apa semua, pap! Selesai cucuk di tangan kanan. Aku pilih tangan kanan sebab aku fikir waktu tidur, aku banyak mengiring belah kiri. Waktu lain? Aku tak fikir HAHAHA. Walaupun aku kidal, tapi aku banyak juga gunakan tangan kanan. Kadang bila difikirkan balik, ish apa hal aku pergi minta cucuk tangan kanan, tapi tak apalah. Dah cucuk dah. Dah selamat dah masuk dalam badan aku. Second dos nanti try cucuk kiri pula. Tengok macam mana hehehe.
"PFIZER merancang untuk meminta Badan Kawal Selia Amerika Syarikat meluluskan dos vaksin tambahan ketiga atau booster (penggalak) pada bulan hadapan. Dalam kenyataannya, Pfizer menjelaskan ia adalah berdasarkan bukti terdapat risiko jangkitan semula yang lebih tinggi setelah enam bulan menerima suntikan. Menurut Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Doksten, faktor penyebaran varian Delta yang mudah menular juga menjadi penyebab perlu dos booster itu."
Ada baca juga mungkin perlu dicucuk setiap tahun. Aduhai, nak buat macam mana kan kalau betullah apa yang ditulis. Bukan saja saja cucuk kan? Ala setakat cucuk ni okey lagilah, bukan kena bedah pun! So chill. Small matter begituuuu kauuuuu hehehe. Apa apa pun, aku doakan yang masih menunggu panggilan vaksin pertama akan segera dapat panggilan vaksin.
Kalau boleh walk in, walk in je. Aku pun walk in juga ni. Hari kejadian baru naik di MySejahtera tarikh appointment untuk dos pertama. Aku dapat vaksin inipun sebab anjuran negeri Terengganu. Kalau bukan sebab ni, tak tahulah bila aku akan dapat vaksinnya. Jadi akhir kata, semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Take care dan stay safe semuanya!
Nota jemari: Maaf ya tak sempat nak blogwalking lagi. Tunggu online pakai laptop, baru aku terjah blog semua orang! Inipun update pakai telefon, agak tak best ya
Alhamdulillah, semoga cepat la kita dapat bebas macam dulu...
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletemoga kita cpt capai herd immunity soon!
Alhamduillah, rezeki awal dapat vatsin. Naim stil waiting list kot haha
ReplyDeleteOh ingat senyap pasal suntikan.
ReplyDeleteTahniah. Oh boleh pilih suntik kiri atau kanan.
Untung sangat tu dapat dekat. Senang boleh balik kejap masa que panjang. Jenuh juga nak beratur. Sesetengah PPV ada yang laju proses dia. Alhamdulillah settle juga dapat 1st dose vaksin. Harapnya taklah sampai dose 3 dan kena cucuk setiap tahun. Semoga covid cepat berakhir. Aaminnn...
ReplyDeleteAlhamdulilah tiqah dh dpt 1 vaksin... Take care
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTertanya tanya jugak mana atiqah pergi ya
Berapa kali bw blog tgk hari ini ada update blog ya
Alhamdulillah dah settle dos pertama. Akak dulu siap sendal bantal di belah kiri sebab akak tido lasak. hehe. uit, laptopnya gi mana? tak kisahlah inject berapa kali pun, kita usaha jelah. semoga sihat-sihat aje ya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Syukur. Setuju dengan Fiza. Harapnya cukup sekadar dua dos. Namun kalau keadaan mengharuskan kita ikut mana yang terbaiklah.
ReplyDeleteAkak lusa kena cucuk.Takut pun hado ni😅.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini.
ReplyDeleteAlahamdulillah..tahniah Atiqah...akak 2nd dose nanti 26 September 2021..akak dapt vaksin AstraZeneca..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sabar menanti dos 2 pula.
ReplyDeleteSenangnyaaa dah dapat suntikan vaksin nih :). Sayapun sudah, tapi baru yang pertama. Nanti suntikan kedua 30 August, karena saya dapatnya vaksin AZ, jadi agak lama jangka waktu dengan suntikan kedua.
ReplyDeleteTapi memang di sinipun ada suntikan booster, pakai vaksin moderna. Tapi setakat nih baru untuk tenaga medis saja. Belum untuk publik. Yang publik cukup 2 suntikan dulu. Saya rasa kalo yang publik nak booster, harus pakai biaya sendiri Lah. Tak apa, sayapun kalo booster ketiga dah terbuka buat umum, walau harus bayar sendiri, pasti saya ambil juga.
Alhamdulillah .
ReplyDeleteBetul. Kalau boleh walk in, walk in je.
ReplyDeleteKalau takde update dalam MySejahtera selepas 3 hari, better contact helpdesk diorang. Nanti tak pepasal nama naik untuk dos pertama lagi.
Alhamdulillah buat tiqah dh dpt vaksin.. semoga kita dilindungi semua
ReplyDeleteAlhamdulillah dah selesai dos pertama..
ReplyDeleteturn sy hari ni yeayyy😊
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniahhhhh! Moga kita semua terhindar dari Covid 19 selalu . Amin
ReplyDelete