Suntikan Kedua Vaksin Sudah Selesai!

Alhamdulillah selesai juga akhirnya! Setelah sekian lama menunggu panggilan vaksin, 31 Julai 2021 baru dapat untuk suntikan pertama. Dan hari ini 21 Ogos 2021, telah selesai untuk suntikan kedua. Sejujurnya aku sangatlah nervous second dos vaksin ni. Tak tahulah teman kenapa teman nervous.


Baca disini: Selesai Dos Pertama Vaksin 



Nervous dia tak adalah sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Itu hiperbola semuanya hahaha. Sebab apa nervous? Sebab takut dapat kesan sampingan yang teruk. Jenis aku kalau demam, memang demam teruk sungguh. Bukanlah nak cakap orang lain demam tu demam olok olok. Tapi jenis aku memang macam tu. Sekali demam, suhu boleh cecah 39 darjah celcius. Sebab tu aku jarang demam. Bila dah demam, memang teruk demamnya.


Tapi itulah, semuanya bergantung kepada diri sendiri kan? Lain orang, lain kesan sampingannya kan? Suntikan kedua vaksin ni hanya melalui drive-thru sahaja. Sangatlah memudahkan sebab tak perlu melalui beberapa proses macam suntikan pertama tempoh hari. Tak perlu berpanasan di bawah khemah yang penuh dengan orang ramai, cukup dengan hanya menunggu di dalam kereta.


Proses cucuk tu memang laju sungguh, dalam lima minit menunggu dah setel cucuknya. Lagipun aku pergi time orang tak ramai dah dekat dekat pukul 1 tengah hari. Tapi yang lamanya proses nak ambil kad vaksin. Dekat 30 minit juga menunggu, sebab apa yang lama sangat pun tak boleh dikenalpasti. Tapi tak kisah pun sebab menunggu dalam kereta. Tak panas. Yang panasnya tukang bagi kad vaksin tu, berdiri tengah panas. 


Hari Khamis tempoh hari dapat panggilan daripada nombor yang tak dikenali. Angkat juga sebab takut hal emergency ke apa ke. Rupa-rupanya staff yang bekerja bahagian vaksin ini yang membuat panggilan. Sekadar nak maklumkan hari Sabtu iaitu hari ini merupakan tarikh suntikan dos kedua aku dan tanya boleh hadir ke tidak.


Nervous sis ingatkan scammer! Nasib baik lah bukan scammer kikiki. Dah selesai suntikan kedua vaksin, maknanya hanya perlu menunggu empat belas hari untuk fully vaccinated! Boleh dine-in! Ahhhh jangan beranganlah nak dine-in. Tak kuasa aku nak dine-in dengan kes yang makin banyak ni. Walaupun dah cucuk vaksin dua kali, tapi aku tetap takut. Baik aku teruskan tradisi aku yang akan membeli di foodpanda dan makan di dalam rumah sahaja hehehe. Lagi best


Cukuplah aku dengar cerita daripada kakak ketiga aku tentang pesakit Covid-19 yang terpaksa makan ubat beberapa biji sehari walaupun dah negatif Covid-19. Bagi diri aku yang sangatlah susah nak telan ubat jenis pil, memang minta dijauhkanlah dari Covid-19 ni. Itu tak masuk macam mana kesan Covid-19 terhadap paru paru kita. 


Jadi, sesiapa yang belum register vaksin tu cepat-cepatlah register ya. Paru-paru orang yang dah vaccinated tak teruk seperti paru-paru orang yang belum terima suntikan vaksin kalau positif Covid-19.


Tiba-tiba rasa macam rugi pula tak ambil gambar masa suntikan pertama vaksin tempoh hari sebab suntikan kedua hanya di dalam kereta. Aku malas nak ambil gambar di photobooth masa suntikan pertama tempoh hari sebab orang ramai, bersesak sesak dalam dewan, panas dan aku pun dah slow slow sakit kepala, jadi aku batalkan niat untuk bergambar. Tapi tak apalah, janji vaksin! 


Buat masa sekarang, masa entri ni ditulis dan dipublishkan, aku tak mengalami kesan sampingan yang teruk. Cuma lenguh tangan sikit sikit dan minor headache. Harap harap esok lusa dah tak ada apa apa. Adios!

24 comments

  1. Alhamdulillah dah setel vaksinasi. Harap Malaysia dapat capai herd immunity secepat mungkin.

    Saya memang akan elakkan 100% dine-in. Bukan tak support peniaga, tapi belum ada keperluan untuk makan kat kedai. Selagi boleh tapau, kita tapau.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah settle dah second dose. Senang dapat vaksin drive thru je. Selagi kes tak surut jangan haraplah kan nak keluar tanpa ada urusan. Takut tu maenghantui diri. Saya harini dah lengkap 14 hari after vaksin. Syukurlah tak de effect yang teruk. Rehat dulu Atiqah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dh dpt lesen utk bebas sikit hehe..

    ReplyDelete
  5. tahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi

    ReplyDelete
  6. Hehe Atiqah terus tulis selesai suntikan ke-2. Mesti rasa lega sangat.
    Terima kasih atas nasihat kesihatan.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Lega rasanya kan Atiqah.
    Bawa-bawa berehat dulu sehari dua ini.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah settle cucuk dose kedua .

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah! lg sng kalo vaksin drive thru.. xpyh keluar jmpa org ramai..
    xpela xdpt bergmbr.. nt selfie je ngn kad vaksin.. hihi

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah takde kesan sampingan yang tak diingini :D

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah semua selesai.. yg penting kita dah usaha..

    ReplyDelete
  12. Tahniah tiqah!! Alhamdulilah bila dh setel ni mcm rasa lega la sikit kan.. Tp best arr buat drive thru je.. X yah bersesak2

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah! Done! Lega bila dah dua dos.. kan... tunggu tempoh matang, tak risau sangat nak keluar.. tapi still ikut SOP semua.. Moga terus bebaik aje keadaannya okay... Amin

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah dah settle.
    Tempat paling selamat sekarang kat rumah sendiri je.. Kes makin tinggi ni memang tak keluar la..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah dah selesai, laju je dia cucuk kan hehe

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah. Alhamdulillah. Syukur dah selesai dua dos. Betul lain orang lain kesannya. Ada kesannya lambat. Ada cepat. Ada tak ada kesan langsung lepas suntikan.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah. Harap usaha kita ni dapat menyumbang kepada herd community. Akak jumaat ni 2nd dose. So nervous

    ReplyDelete
  18. Mungkin berbagai kesan yang dihadapi, alhamdulillah tak lama mengigilnya. Syukur dah beikhtiar, terus bertawakkal.. InshaAllah

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah dah selesai dah boleh plan g Langkawi😆

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah, dah setel 2 dos..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah AN dah selesai 2nd dose..kak shida lambat lg..bulan 10 nanti..gara AZ Clans ^_^

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah dh selesai.. jaga diri sbb masih boleh dijangkiti

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)