Lama dah berhasrat nak bagi surprise box untuk kawan aku yang bernama Aisyah tapi tak tahu alamat rumahnya. Takkan nak tanya dia kan? Macam tiba-tiba je tanya alamat dia. Kalau aku jadi dia, confirm aku boleh tahu mesti nak hantar hadiah 😂 Fikir punya fikir, teringat dulu masa praktikal diploma, aku pernah guna alamat rumah dia masa membeli di shopee.
Gigih ya scroll dekat bahagian 'my purchase' dalam shopee sebab nak cari alamat rumah Aisyah. 2018 aku praktikal diploma dan sekarang dah 2021. Aku pun lupa barang apa aku pernah beli guna alamat Aisyah. Kalau aku tahu, boleh je search dalam my purchase tu. Tak payah scroll sampai ke tahun 2018.
Dan finally, jumpa pun! Setel masalah! Tak payah dah minta alamat rumah dia hehehe. Siap setting address Aisyah dan terus beli surprise box sempena birthday dia. Birthday dia bulan June, tapi bulan Ogos baru aku bagi hadiah. Bukan main lama eh. Hahaha.
Dan hari ini, surprise box belated birthday sudah selamat sampai ke tangannya.
Dia upload di story whatsapp HAHAHA. Aku rasa macam berdosa kejap sebab tak nak mengaku surprise itu dari aku. Tak berdosa kan kalau tak mengaku? Ke macam mana? Surprise box biasa biasa je aku bagi. Chocojar juga hahaha. Ingat chocojar, ingatlah daku. Ingat daku, ingatlah chocojar HAHAHA. Aku dengan chocojar memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Eh betul ke peribahasa tu?
Selain chocojar, ada tambahan makanan lain sikit dalam surprise box tu. Aku beli chocojar sebab aku tahu semua orang mesti makan. Kalau bagi makanan lain, takut ada yang tak makan ke apa ke. Jadi, nak selamat aku bagi chocojar hehehe. Bolehlah makan sambil sambil tengok korean drama. Sambil sambil tengok Park Seo Joon.
Minat betul dia dengan Park Seo Joon tu. Yang paling penting, harap harap dia tak mesej lah aku tanya aku ke bagi surprise tu. Nanti kantoi! Aku tak reti nak menipu kalau bab bab surprise ni 😂
Kalau dia baca entri ni, maka dia akan tahulah siapa pengirimnya. Itupun kalau dia baca. Tapi harap harap tak bacalah sebab tu aku berani update dekat blog. Berhasrat juga nak bagi dekat kawan kawan yang lain, tapi tak ada alamat rumah mereka semuanya. Kalau boleh tak nak lah mesej mereka tanya alamat. Tapi tak apa, nanti aku usahakan juga untuk dapatkan alamat mereka hehehe.
Kepada Ecah (in case dia baca): Ingat daku dalam doamu. Dah lama tak jumpa, dah lama tak lepak sama sama, dah lama itu dan dah lama ini. Rindu. Stay safe. Take care 💖
hahahha smapai ke sudah dia x tau ke suprise tu dari tiqah?
ReplyDeleteSetakat malam ni, dia tak tahu lagi kak ret HAHAHA
DeleteRancang-rancang bila nak bagitahu tu? ��
Deletegigih cari alamat kawan demi nak bagi hadiah. tulah, lain kali buat stail kami generasi lahir 80-an, suruh isi buku biodata. hehe. tapi kalau member pindah rumah tak dapatlah.
ReplyDeleteDulu sekolah rendah buatlah, pastuuuu bukunya hilang entah tak tahu kemana hahahaha.
Deleteakak rasa tua pulak, sebab last buat buku biodata ni masa di matrik. hehe
DeleteEh tak ada tua lah kak sal, masih muda gituuuu hahahaha
DeleteDan akak rasa berkali ganda tua. Last buat buku biodata masa Form 3 huhuhu
Deleteakk pon suka suprisekan kwn2.. kwn happy akk rs bahagia.. hihikk
ReplyDeleteeh akk pon minat si park jeo soon tu.. ensem.. hahaha..
tp kesian si aisyah.. mesti xleh tido fikir sape pnya keje bg suprise box kat dia.. kehkeh
Hahahaha seo joon tu memang handsome kan! Saya pun minat gak HAHAHAHA.
DeleteSaya dah bagitahu dah dekat dia, kesian pulak sebab dia tak makan selagi tak tahu siapa pengirimnya hahahaha.
Hahaha. Nasib baik dia terima walaupun tak tahu siapa yang bagi.
ReplyDeleteTerima tu terima, tapi tak makan makan selagi tak tahu siapa pengirimnya hahaha :')
DeleteKalau akk, suspense..tapi best dpt hadiah..haha..
ReplyDeleteBetul tuu suspense tetap suspense. Tapi bila orang bagi hadiah, memang best and sukalah hahahaha
DeleteSurpeise betul ni birtday bulan 6 dapat bulan 8 haha. Murah rezeki seorang atiqah ya
ReplyDeleteRasanya dia tahu tu siapa yang bagi. hehe
HAHAHAHA masa tu tengah fikir alamat dia lagi, bulan 8 baru teringat dah ada dah alamat dia hahahaha. Sampai sudah tak tahu ain HAHAHAHA.
DeleteHehe.. Betul kata Salbiah. Buku biodata zaman sekolah dulu masih ada tapi tu la alamat banyak yang dah bertukar.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki Atiqah kongsi rezeki buat surprise gembirakan rakan. :)
Dulu zaman sekolah rendah ada jugak kumpul, tapi buku tu dah hilang entah kemana dah hahaha.
DeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, semoga kak naniey dan keluarga pun dilimpahkan rezeki yang berterusan :)
Amboi takkan hendak rahsiakan selama-lamanya? Haha memang terkejut sangat itu dapat hadiah misteri. Nasib baik selamat sampai. Kut Aisyah duduk tempat lain. Atau dia senyap sahaja tidak beritahu terima hadiah.
ReplyDeleteSaya dah bagitahu dah tadi akak hahahaha. Sedihh dia duk mencari cari siapa yang bagi. Tak makan selagi tak tahu siapa yang kirim hahahaha.
DeleteBaiknya atiqah ni
ReplyDeleteSampai kesudah lah dia cari siapa pemberi surprise box tu
Hahaha dia dah tahu dah rabia, sedih tengok dia duk cari siapa yang hantar, tak nak makan selagi tak tahu siapa yang bagi hahahaha.
DeleteWah.. bestnya..
ReplyDeletesuka betul dia dapat hantar suprise kan kawan ye.. Tapi seronok juga buat suprise macam nie.. Hehehe..
Seronok kak sha! Happy tengok kawan happy hehehe. Tak boleh jumpa, lepak, jadi kita hantar hadiah sebagai tanda ingatan kepadanya :D
DeleteBetul tu. Macam pelik pula kalau tiba-tiba minta alamat kawan. Mesti dia tahu kita nak hantar sesuatu.
ReplyDeleteKannn jannah kann! Hahahaha, bohong lah kalau tak boleh agak kan hahahaha
DeleteBertuah tuan badan. Hi2😁.
ReplyDeleteSekali sekala kak syu belanja kawan hehehe
DeleteHuyooo.. Nice!! Tak pernah buat gini dan dediam lelama.. Hahaha.. Rasa macam nak tinggalkan alamat jugaklahhh.. Kahkahhh!
ReplyDeleteSmooth je nona cakap 'rasa nak tinggalkan alamat jugaklah' HAHAHAHAHA
DeleteBoleh nona boleh :P
MashaAllah baik hatinya Atiqah suka memberi, inshaAllah dimurahkan rezeki Aamin. Sure Aishah happy dapat hadiah chocojar tu mungkin dia akan tahu..??
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin, happy tu happy tapi dia takut nak makan selagi tak tahu siapa pengirimnya, last last saya bagitahu sebab kesian pulak hahahaha
Deleteso smpi laa ni aisyah dah tau ke siapa yg hntr?😊
ReplyDeleteMesti gembira kawan tu terima kejutan daripada Atiqah. Moga persahabatan kalian akan kekal sampai bila-bila :)
ReplyDeleteMesti sampai sekarang dia tak tahu siapa yang bagi. Betul betul surprise ni. Saya pun suka Park Seo Joon. Boleh geng dengan ecah :)
ReplyDelete