Dah siap makan Mr Dakgalbi, apa lagi, pusing mall lah jawabnya. Alang alang dah keluar kan, kita ronda ronda lah sekejap dalam mall tu. Cari barang apa yang perlu dibeli atau sengaja nak beli. Mula mula pergi F.O.S. Niat tak nak beli apa apa, sekali terbeli jeans. Murah jugalah sebab harga asal RM69.00, tapi bila bayar cuma RM29.00 sahaja. Discount RM40.00!
Next station pergi Watsons. Beli moisturizer jenama Rosken. Aku memang pengguna setia moisturizer ni, memang dah banyak tube aku pakai. Memang best dan ngam dengan muka aku. Siapa pernah pakai dan memang tengah guna moisturizer ni? Angkat tangan, kita geng! Hehehe.
Keluar Watsons, housemates ajak pusing dalam Mr. Diy. Salah satu tempat 'berhantu' selain kedai Eco. Awal awal memang tak ada apa pun nak dibeli, tapi bila dah masuk, memang penuh satu troli 😂 Habis RM 80.00 shopping dekat Mr. Diy. Ini barang aku dan kakak akulah. Beli lanyard, sticky notes, bulu ayam, sepit rambut, karpet bulu bulu, bantal buat alas duduk dan lain-lain lagi.
Ini barang aku. Dua benda ni saja dah RM40.00. Tapi tak menyesal lah beli sebab memang best bila dah guna. Karpet bulu bulu warna coklat tu RM26+ dan bantal warna ungu tu RM13+. Selama ni aku blogging, memang direct duduk atas lantai. Atas tiles. Dan memang sakit ya tulang punggungku bila duduk lama lama tak ada alas.
Dah lama nak beli tapi tak terasa nak beli. Tapi pergi Mr. Diy semalam, laju je tangan ambil dua benda ni. Karpet tu memang lembut gila wei. Syok duk gosok gosok kaki atas karpet hahaha. Memang lembut, serious tak tipu. Aku mula mula tak perasan pun karpet ni, tapi housemate pi tunjuk. Kita pun cepat cepat pergi scan barcode sebab nak sahih harga, sekali tengok RM 26+. Kira masih boleh diterima, terus letak dalam troli sebab tak banyak dah karpet ni dekat rak. Warna putih banyak, tapi tak nak lah ambil warna putih. Takutlah aku ada tumpahkan makanan, jenuh nak hilangkan nanti >.<
Harap harap tak sakit tulang punggung lepas ni kikiki. Dan harap harap bantal ungu ni tahan lama lah ya. Aku bukan berat sangat, jadi jangan nak kempis ke bocor ke awal sangat.
Selamat menyopink
ReplyDeleteBestnya berjalan ke Mall. Saya guna Rosken juga untuk tapak kaki pecah2. Memang bagus..Sekarang dah habis tak sempat lagi nak tambah stok baru.
ReplyDeleteBest ya shopping
ReplyDeleteuii... macam bantal alas akad nikah pengantin
ReplyDeletehehe. Shopping sokmo deh hehe
ReplyDeleteDapat membeli ni, walaupun duit keluar tapi satu kepuasan kan
ReplyDeleteMurahnyaaaa FOS buat sales ke?? Pernah guna rosken ni best tapi nanti nak repeat. sekrang saja tukar guna yang lain. tak sebest macam rosken.
ReplyDeletePerempuan dan shopping tak dpt dipisahkan heheh dapat pegnag2 pun dah okay even tak beli
Hehe harap digunakan lama.
ReplyDeleteAkak pun ada benda hendak beli di DIY tapi tahan dahulu.
Pernah nampak alas bontot tu kat MR. DIY. Siap ada yang tebal lagi. Tak terbeli time tu sebab dah lebih bajet. 😂
ReplyDeleteSyoknya shopping. Nak jugak masuk mall. Tapi macam malas jer😅.
ReplyDeletelamanya xmasuk ktcc mall.. huu..
ReplyDeletebestnya FOS ade sale.. nk kena terjah ni.. shopping baju skit.. haha
diy mmg bersaka.. jgn arap blh kuar dgn brng skit.. hihi
Bestnya dapat pergi shopping.
ReplyDeleteAmboi bershopping sakan dia.. hehehe
ReplyDeleteLepas ni save duit sikit beli meja ye tiqah. Lama2 membongkok kat bawah akan menyebabkan sakit belakang, tengkuk, bahu nanti
ReplyDeleteEh jelesnya. Akak tak jejak mall lagi sejak dah complete 2 dos ni. Baguslah duduk atas kusyen. Kang kempis punggung tu. Haha. Gurau je jangan marah
ReplyDeleteAlahai bestnya sopink. Dah tak ingat berapa lama tak jejak mall sejak PKP.
ReplyDeleteRindu nak masuk watsons. Lama tak belek belek barang kat Watsons. Mr.DIY baru je melawat haritu. Tu pun tak membelek sangat. Beli mana yang perlu je. Best dok atas karpet gebu tu. Memang jenuh nak cuci kalau warna putih. Warna pun akan berubah nanti.
ReplyDeleteKalau saya masuk watson confirm saya akan stay lama dan terbeli benda yang tak perlu juga hahaha. Tengok bantal lapik bontoh tu baru teringat nak beli tetapi asyik lupa haha
ReplyDeleteMasuk kedai mana mana pun ika mesti rambang mata and tak boleh conntrol hahaha masalah besar jugak T.T
ReplyDeleteopis sy dkt dgn Mr. DIY ni. time rehat mesti rs nk msk hehehehe
ReplyDelete