Bukan Popia Pisang, Tapi Pisang Cheese

Okey dah setel makan Mr Dakgalbi, dah setel shopping, kita pun pulanglah ke sarang semula. Mata pun dah ngantuk, memang terbayang-bayang keempukan katil je masa tu. Sekali sampai dekat rumah, tak tidur tidur pun. 
 
Sampai rumah, simpan barang yang dibeli tadi dan cuba seluar jeans yang baru dibeli. Susah ya sekarang ni sebab memang tak boleh nak cuba dulu sebelum buat pembayaran. Dahlah tak boleh tukar kalau salah saiz. Memang tawakal je masa beli. Nasib baiklah saiz betul dan memang menepati piawaian aku. Jeans jenis slim fit memang aku suka. Tapi tak adalah ketat sampai kaki tak boleh bernafas. Kalau aku pakai seluar yang betul betul melekat dekat kaki, mahu terbalik biji mata kakak aku. Dia memang marah kalau aku beli seluar jenis gitu.
 
Aku pun tak suka sangat pakai jeans yang terlampau ketat yang memang betul betul melekat dekat kaki. Ibaratnya macam pakai legging. Tahu kan legging macam mana?

Tiba-tiba perut rasa lapar. Padahal memang dah lapar balik masa dalam Mr. Diy tadi. Jadi, bukalah foodpanda. Dilemma. Tak tahu nak makan apa. Last last aku beli pisang cheese. Tak beli dah popia pisang. Kali ni kita beli pisang cheese. Masih berunsurkan pisang. Kalau tunggu kakak aku buat pilihan nak makan apa, memang berjanggutlah jawabnya. Tu aku beli terus pisang cheese. Malas nak fikir lama-lama. Kakak aku pun bukan suka sangat pisang cheese. Last last dia beli sate. Dah lama tak makan sate katanya. 

Hari raya puasa tempoh hari tak merasa makan sate sebab raya berdua dengan aku je dekat rumah sewa. Tak tempah sate. Kalau tidak, memang wajiblah sate tu dalam hidangan raya kami sekeluarga. Aku tak makan sate, tapi makan nasi kapit or better known as nasi himpit. 
 
Bukan Popia Pisang, Tapi Pisang Cheese
Baca review semua cakap sedap gila gila tapi bagi aku lagi sedap pisang cheese di Marang (di rumah kakak kedua aku). Masa cucuk vaksin tempoh hari, memang nak beli juga pisang cheese ni sebab dah lama tak makan, tapi malas nak dengar kakak kedua aku membebel sebab biasalah, harga dalam foodpanda kan mahal.

Kalau pergi beli di kedai, pisang cheese nya harga RM5.00 sahaja. Tapi, dalam foodpanda dia jadi RM8.00. Campur delivery RM5.00, jadilah RM13.00. Jadi, terpaksalah aku batalkan niat untuk beli pisang cheese di Marang tempoh hari demi menyelamatkan tahi telingaku HAHAHAHA
 
Yang aku beli semalam tak berapa kick rasanya tapi okey je buat makan petang sambil sambil tengok drama korea. Harga RM10.50 + delivery RM3+ jadilah RM14+. Ada 12 ketul pisang yang disaluti coklat dan cheese.

Aku memang tak boleh lari dari coklat, coklat dan coklat. Kalau lari pun antara cheese ataupun caramel. Memang minat tiga perisa ni. Tapi paling minat coklat lah. Siapa pernah makan pisang cheese? Sama tak rupanya? Sedap ke tidak? Mungkin aku tak repeat beli dah lepas ni sebab rasa dia okey okey je dan a little bit pricey bila campur dengan harga delivery.

20 comments

  1. popis dr sedap dr pisang cheese! tu ikot tekak akk la.. haha'

    haa marang tu katne? marim bru akk blk marang.. haha..

    ReplyDelete
  2. Fav anak2 kakmim tu banana cheese... lama dh x mkn kena dine in br sedap masih panas berasap kn?

    ReplyDelete
  3. Akak belum jumpa pisang keju yang sedap. Ada dikatakan sedap pun bagi akak biasa sahaja.
    Akak pun minat coklat.

    ReplyDelete
  4. Pernah cuba sekali je pisang cheese+coklat yg kawan beli masa diploma, buatan Kapten Pisang kot? Ok la rasa dia. Tapi nak beli sendiri memang mahal pun. Sampai sekarang tak terbeli lagi lol

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba lagi pisang cheese. Kalau saya lebih suka cheese dan caramel berbanding coklat.

    ReplyDelete
  6. Akak kurang sikit mknan berperisa coklat..cheese pun sama...mungkin dh tua kut..

    ReplyDelete
  7. hahah gelak beso kak ret baca tahi telinga ye :D

    kalau kat gombak ni, pisang cheese melelh kat area umah kakak k ret...
    kadang2 teringin, kita menyinggah.. nasib la x jauh rumah nya tu

    ReplyDelete
  8. Harga delivery tu yang buat mahal tu hahaha. sama lah kalau nak beli shopee. tgok shipping mcm tak berbaloi dengan barang terus malas beli haha

    ReplyDelete
  9. Pernah makan sekali dua. Biasanya makan pisang goreng biasa je kami.

    ReplyDelete
  10. Boleh tahan harganya
    Nyesal kalau tak sedap

    ReplyDelete
  11. Sebab tu kadang2 teringin nak makan sesuatu, nak beli malas nak keluar tapi bila tgk harga kat FP, GF huhuhu. Cancel terus craving tu

    ReplyDelete
  12. Hati awak dah sangkut kat pisang cheese Marang tu, yang lain dari tu tak sedap dah. Aduh kalau akak takdela beli baju or seluar kalau tak boleh try. Cutting pear susah nak cari yang fit sedap

    ReplyDelete
  13. Sedap pisang cheese tapi tak sesekali saja makan.

    ReplyDelete
  14. Lama tak membeli pisang goreng cheese. Begitulah kalau beli food delivery by foodpanda. Bila dah teringin, pejam mata jelah membayarnya. mujur puas hati dengan rasa dia.

    ReplyDelete
  15. sedapnya.. lama mama tak makan ni

    ReplyDelete
  16. Rasanya kak shida baru rasa sekali je pisang cheese ni..lama sgt dah! time bujang dlu..

    ReplyDelete
  17. Pisang goreng cheese memang sedap. Tetapi sbb dekat rumah ni saya sorang je beli, saya tak beli haha, sebab selalu kalau beli saya makan 2 kepingg je. Yang lebih tu tak termakan.

    ReplyDelete
  18. so far x penah jumpa lg yg sedap...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)