Iced Onde Onde with Toasted Coconut Crunch & Pearls Tealive

Perasaan ingin mencuba dah lama ada bilamana tengok Tealive ada keluarkan menu ni. Tapi macam biasalah tak beli beli sebab takut rasa pelik. Kalau kuih onde onde tu memang kuih kegemaran. Tapi bila daripada kuih menjadi air ni, takut rasa pelik padahal makanan sama saja hehehe.

Iced Onde Onde with Toasted Coconut Crunch & Pearls Tealive
Tealive keluarkan 3 pilihan untuk menu terbaharu iaitu Iced Onde Onde, Onde Onde Yam Balls Smoothie dan Onde Onde Smoothie. Iced Onde Onde menjadi pilihan aku buat kali pertama. Tak ada gambar dari aku sebab tak cantik aku ambil. Kita pinjam gambar pak cik google je lah.

Iced Onde Onde with Toasted Coconut Crunch & Pearls Tealive
Sehari sebelum balik Marang, aku sempat beli air tealive sebab dah lama tak minum. Sekali sekala teringin juga nak minum hehehe. Aku beli 2 jenis air tealive iaitu onde onde dan juga yam yam. Total RM15.30 sahaja untuk 2 air tersebut sebab dapat less RM12.50 (voucher HOTDEALSGF kalau beli di Grabfood). Salah satu sebab aku lagi suka membeli makanan atau minuman di Grabfood sebab setiap bulan ada bagi promo code yang sangat sangat berbaloi (bagi aku).
 
Sedutan pertama air onde onde ni buat aku terkejut sekejap sebab manis. Manis sungguh. Tapi sedap kikiki. Aku suka! Bila dah suka tu, memang tak pelik lah rasanya. Memang sebijik sejibik sama rasa macam makan kuih onde onde. Cuma versi air ni terus telan. Tak payah kunyah. 

Kelapa parut pun sedap. Nasib baik tak tercekik sebab bila sedut air, kelapa parut tu masuk banyak sekaligus dalam mulut. Walaupun air ni dihidangkan bersama boba, tapi nasib tak menyebelahi aku sebab boba dah habis. Makanya digantikan dengan cincau.
 
Sedikit frust bila nampak cincau instead of boba, tapi nak buat macam mana. Salah aku juga sebab order masa kedai dah nak tutup. Tapi never mind, nasib baik cincau tu sedap. Not bad, lembut pun lembut. Overall memang puas hati lah minum air onde onde from tealive ni walaupun agak manis. Next time beli boleh request untuk kurangkan manis dalam minuman, tapi lebihkan dalam senyuman aaaaa gituuu. Hehehehe. 

21 comments

  1. betul, kadang-kadang takut nak cuba menu flavor yang macam pelik-pelik..haha..tapi, lately macam banyak promotion yang buat flavor onde-onde kan

    ReplyDelete
  2. Onde-onde pulak dah.... teringin nak rasa!

    ReplyDelete
  3. Sekarang macam trend pula untuk keluarkan produk berasaskan onde-onde ni.

    ReplyDelete
  4. Wow, lama jugak tak makan ais..sejak sakit tekak haritu..Nampak nice, boleh cuba nanti lepas bebetul dha ok badan ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Hehe akak makan onde-onde tercekik juga. Mungkin minum lancar sahaja masuk perut.

    ReplyDelete
  6. Onde-onde bukan sekadar kuih sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. Ala, tak cuba lagi Atiqah. Tapi memang manis katanya. Nanti kalau beli nak request kurang manis aci tak. hehehe..macam macam dah sekarang si onde onde ni. Terlajak popular.

    ReplyDelete
  8. kalo manis2 ni risau nk try.. tp tu la akk ni jrng sgt minum tealive..
    ada la skali 2 je beli.. haha..

    ReplyDelete
  9. Mcm2 menu 'pelik' yg muncul skrg ni..kt mcd ari tu perisa cempedak..yg ni air onde onde..

    ReplyDelete
  10. belum cuba lg..mcm2 sekrg ni..semua nak flavour onde-onde..

    ReplyDelete
  11. Onde-onde memang trending. Lama gak ni tak minum Tealive. Akak jarang teringin kalau tak nampak, tapi kalau dah lalu masa gi mall memang laju je gi kaunter. Haha

    ReplyDelete
  12. Saya tak pernah cuba tapi nampak sedap

    ReplyDelete
  13. Sampai sekarang tak cuba lagi. Teringin nak beli tapi takut tak kena dengan tekak. 😅

    ReplyDelete
  14. Kak shida suka juga minum tealive tp xpernah order air hit depa..sbb xreti minum air mcm tu..takut xkena tekak..tp kalau AN kate sedap..boleh cuba nnt..

    ReplyDelete
  15. Dah try dah and addicted. Tapi mahal. Haha jadinya kena sekali sekala saja la cuba. haha

    ReplyDelete
  16. Sesekali ok lah. Kalau selalu mau potong kaki. Manis dia tu boleh diterima tekak tak seperti manis yang manis yang kita tak suka. Macam mana eh nak describe. Hehe..

    ReplyDelete
  17. Nak try juga onde onde ni tapi sbb nampak ada boba rasa turn off pulak.

    ReplyDelete
  18. Akak dah try dah. Siyes tak sedap. Hu3.

    Semalam ada buat review jujur sikit pasal air ni.Jemput singgah tau.

    https://www.syuderis.com/2021/10/tea-live-onde-onde-no-more-repeat-order.html

    ReplyDelete
  19. alkisah sy minum lewat sikit air ni. ms sedut tu terus tersedak sebab kelapa tu mcm dah kembang. tu satu hal. bla dah separuh tetiba air x msk mulut. rupanya kelapa ni tersumbat kat tgh2 straw. adehhhh spoil betul mood ms tu. dah lah haus n lapar. hehehe cukuplah minum dua kali je hahaha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)