Korean Drama: D.P. (Deserter Pursuit)

Korean Drama: D.P. (Deserter Pursuit)
Tajuk: D.P (Deserter Pursuit)
Genre: Violence, Sex, Language, Suicide
Jumlah episod: 6 episod
Pelakon: Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun, Son Suk Ku

Sinopsis:
 
Prebet An Ju Ho merupakan seorang askar. Dia seorang yang pendiam, tenang tetapi tidak fleksibel. Sarjan Park Beom Gu menawarkan An Ju Ho untuk menjadi D.P. setelah memerhatikan kegigihan dan kemampuan An Ju Ho. An Ju Ho terpilih menjadi D.P. dan misi mencari askar yang lari daripada kem ketenteraan bermula. An Ju Ho bekerjasama dengan Koperal Han Ho Yeol dalam misi membawa balik askar yang lari.

!Spoiler Alert!

My Review: 

Best! Recommended! Drama korea yang mengisahkan kehidupan manusia di dalam kem ketenteraan. Kisah dia pasal An Ju Ho masuk askar dan terpilih menjadi deserter pursuit. Deserter pursuit ni tugas dia mencari dan membawa pulang askar-askar yang lari daripada kem ketenteraan. 

Ramai ya askar yang lari daripada kem ketenteraan dan sebab mereka semua melarikan diri adalah kerana diBULI. Isu buli ni aku rasa di semua peringkat ada. Dari zaman sekolah rendah sampai ke sekolah menengah dan seterusnya. Memang akan sentiasa ada isu buli membuli ni. Jadi, dalam drama D.P. ni memang kesemua askar yang melarikan diri daripada kem ketenteraan adalah kerana tidak tahan dibuli oleh askar-askar lain. 

Senior dan junior. Dalam kem ketenteraan An Ju Ho masuk ni pun tak terlepas daripada sistem senior dan junior. Yang senior buli junior. Junior sesama junior tak dapat nak tolong kawan-kawan mereka yang dibuli sebab takut mereka juga akan dibuli. Pihak atasan pun tahu tapi tak ada tindakan yang diambil.

Bagi aku, jadi D.P. ni tugas yang agak berat sebab nak keluar mencari askar yang lari tu bukan senang. Macam macam benda nak kena tempuh. Kalau askar yang lari tu jenis boleh dibawa berbincang memang tak ada masalah. Tapi cuba bayangkan kalau dapat askar yang melawan dan agresif. Nyawa menjadi pertaruhan. 

Dalam episod 1, An Ju Ho tak berjaya membawa pulang askar yang larikan diri sebab rakan sepasukan dia iaitu Park Sung Woo sangatlah tidak bertanggungjawab. Seronok memang seronok dapat keluar daripada kem ketenteraan, tapi Sung Woo ni duk ajak An Ju Ho pergi club. Dah pergi club, mesti mabuk mabuk. Kesudahannya, askar yang sepatutnya mereka cari dah bunuh diri. Itu yang An Ju Ho sangat kesalkan. 

Tapi nasib baik, episod 2 dan seterusnya Park Sung Woo dah tiada. Kiranya Park Sung Woo tu cameo sahaja. Park Sung Woo digantikan dengan Koperal Han Ho Yeol (lelaki pakai jaket biru dalam poster diatas). Koperal Han Ho Yeol ni memang baik walaupun muka dia macam orang tak ada perasaan.

Memang best tengok An Ju Ho berpasukan dengan Koperal Han Ho Yeol dalam misi membawa pulang askar yang melarikan diri. Jangan ingat drama aksi tak ada scene yang menyedihkan ya. Harus ada!

Episod 4, 5 dan 6 mengisahkan pasal askar yang bernama Cho Suk Bong. Cho Suk Bong ni satu bilik dengan An Ju Ho. Memang rapatlah dengan An Ju Ho. Dan Cho Suk Bong juga merupakan salah seorang askar yang turut dibuli. Memang teruk ya dia dibuli. Aku tak boleh bayang panas dia macam mana bila askar yang membuli Cho Suk Bong tu bakar bulu kemaluan Cho Suk Bong.

Siapa je tak mengalami tekanan perasaan kalau dibuli kan? Begitulah yang terjadi pada Cho Suk Bong. Dia berdendam dengan dua orang askar yang membuli dia. Seorang askar dah selamat keluar dari kem ketenteraan (kiranya dah habis berkhidmat) dan lagi seorang masih berada dalam kem ketenteraan lagi. Cho Suk Bong lari dari kem ketenteraan sebab nak bunuh askar yang dah selamat keluar tu.

Kena tengok macam mana An Ju Ho dan Koperal Han Ho Yeol cuba menyelamatkan Cho Suk Bong daripada membunuh askar tersebut. Aku yang tengok ni rasa kasihan gila dengan An Ju Ho sebab macam macam benda berlaku pada diri dia semata-mata nak selamatkan Cho Suk Bong. Nak tahu macam mana pengakhiran Cho Suk Bong? Berjaya atau tidak dia membunuh askar yang pernah membuli dirinya? Boleh tengok D.P. di Netflix.

32 comments

  1. Boleh layan ni! Nanti nak tengoklah. Tapi pengakhirannya tak tergantung kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa macam tak tergantung hahahaha

      Delete
    2. Okey... nanti kalau tergantung akak murung sebab jenis tak suka fikir hahaha

      Delete
  2. Kes buli dimana mana. Tak kuat nak tengok cerita membuli ni. In real pun sampai ada yang maut. Siapa je yang tahan kan. Memang ramailah lari. Dapat bayangkan kesedihan tu dan apa yang disesalkan tu. Pendek je episod drama ni. Okaylah cepat habis tengok, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang tak akan pernah habis kot isu buli ni. Itulah, kadang tu kesian gila tengok orang kena buli tapi kita tak boleh nak tolong sebab nanti kita pun kena. Yup pendek je, 6 episode je, itupun jenuh saya nak habiskan hahaha >.<

      Delete
  3. wahhh bestnya cite camni.. nt nk try layan.. hihi

    ReplyDelete
  4. pendek ya sirinya, 6 episod saja. Bestnya kalau kehidupan sebenar macam tu, boleh balas dendam dekat semua orang yang pernah buli kita. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak sal, 6 episode je. Harap harap ada Season 2 hehehe.
      Itulah, tapi selagi boleh sabar, kita sabar je kak sal. Moga moga Allah balas kepada dia untuk kita. Boleh tak macam tu? Hehehe.

      Delete
    2. Hehe. Entahlah. Lagi baik kalau kita maafkan je. Gituuu -cakap senang la kan-

      Delete
  5. teringat hero ni berlakon jugak dalam prison playbook kan... pun kes pasal dia jd askar jugak...
    menarik jugak nih kalau baca dari reviewnya, mujurlah 6 episod je... nanti lapang boleh layan kat netflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah lah, bila kak dana komen baru teringat yang watak jung hae in ni pun askar dalam prison playbook tuuu. Memang kena dengan diri dia kalau berlakon cerita macam ni kannnn hehehe. Menarikk kak dana, try lah tengok :D

      Delete
  6. ha best kan!!!
    Tapi sayang sikitnya sangat episod nya hehee...
    Macam x puas plak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, 6 episode je, harap harap ada season 2 la hahahaha.

      Delete
  7. Ok, ada few days nak kuarantin ni, tgk netflix pulak la... viu ada, netflix ado.. ehh x bosan kuarantin gini.. Haha..

    Thanks info ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok kak nona, jangan tak tengok hehehe. Macam macam cerita adooo dekat netflix dengan viu tu. Kalau dekat viu, saya tengok police academy. Korean drama. Lawak jugak. Boleh lah menghiburkan hati hahaha.

      Delete
  8. Baru layan monster hunter, nanti nk layan ni pulak la. Jejehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tak monster hunter tu kak nina? Nanti try la tengok kak nina, kot kot kena dengan jiwa kak nina hehehe.

      Delete
  9. Menarik pasal tugas DP. Agak Sung Woo tidak bertanggungjawab sebab itu tidak teruskan tugas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak bertanggungjawab, kapten suruh cari askar lari, dia pi club mabuk mabuk. Si An Ju Ho tu tak boleh nak lawan sebab dia baru lagi kan, so ikut jelah Sung Woo tu buat apa.

      Delete
  10. Wak tak terjebak lagi dengan pengaruh drama-K ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham wak kenapa wak tak terjebak dengan kdrama hehehe

      Delete
  11. ccl tak berapa minat korean drama ni , tapi adik perempuan ccl memang hantu korean drama , ccl akan share link ni untuk dia tengok

    ReplyDelete
  12. mcm menarik.. boleh masuk wishlist nanti

    ReplyDelete
  13. baru tengok ep3..tgk slow2..hehe..sbb tak suka scene buli..rasa geram je..huhu..

    ReplyDelete
  14. Selamat menonton bagi penggemar filem/drama korea.
    Tak reti kak naniey nak komen pasal filem/drama korea ni.

    ReplyDelete
  15. menarik untuk ditonton..tq AN review..nnt nk cari..

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tengok lagi. Kalau Korea buat cerita pasal uniform, memang confirm best.

    ReplyDelete
  17. Alamak ini tak layan lagi sebab last tengok squid game hehe

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)