Milka & Daim Chocolate. Siapa pernah makan? Aku? First time beli dan makan. Aku tertipu sebab ingatkan Cadbury & Daim, sekali bila sampai Milka & Daim rupanya. First time dengar milka. Packaging pun lebih kurang dengan cadbury. Cuba google google pasal coklat milka dan terjumpa yang menyatakan milka ni dari company yang sama dengan cadbury. So sebab itu kot packaging dia lebih kurang je?
Aku beli bulan Julai tempoh hari rasanya, tapi semalam baru makan. Beli di shopee sekali dengan coklat Daim. Tak boleh pergi Langkawi untuk borong coklat, kita borong dalam shopee jelah. Cara cakap macam dah pernah jejak Langkawi ye, padahal hakikatnya tak pernah. Kakak ketiga aku tak sempat nak bawa aku pergi jalan jalan di Langkawi, tiba-tiba covid melanda. Bila nak pergi? Teman pun tak tahu hehehe. Harga untuk satu bar ni kalau tak silap aku RM 4.60.
Sedap ke tidak? Mestilah sedap. Manis dia orang terengganu cakap meleting leting. Manis do'oh. Bayangkan coklat cadbury yang memang dah manis tu ditambah lagi dengan coklat daim. Kiranya double manis! Bila gigit, boleh rasa ketulan ketulan kecil coklat daim di bahagian dalam. Memang rasa la ketulan ketulan coklat daim tu. Aku baru makan satu baris, itupun mulut tak henti henti zikir manis manis manis. Bila nak habis pun aku tak tahulah memandangkan coklat ni sangat manis. Memang jenuh jugalah nak habiskan ni.
Kakak aku dengan housemates sah sah tak nak makan nanti bila aku cakap manis sangat. Boleh tak kalau aku cakap tak manis, biar mereka pakat rasa sikit sorang dulu. Sekurang-kurangnya cepatlah sikit habis coklat aku daripada terperap dalam peti sejuk lama lama kikiki. Cukuplah sekali ni merasa. Next time tak beli dah rasanya. Kalau beli pun, beli coklat daim je terus. Tak payah nak beli yang ada gabungan gabungan coklat lain pula.
Sedapnyaa coklat
ReplyDeleteKak ret suka milka ni.. Tp x suka daim hahaha..
ReplyDeletepengalaman kak Sal sebagai seorang kakak , if akak tengok makanan tu tak habis, benda tu tak sedap or rasa tak kena. sebab kalau sedap, adik-adik or anak-anak sedara akak mesti dah makan habis. hehehe
ReplyDeleteakak kalau coklat manis sgt tak gemo, udah tua ni kan....
ReplyDeletekadang oreo si aiyan tu tingin nak makan bila rasa seketul pun cepat2 minum air kosong... manis sangat memang tak berapa gemo
Haha makan sikit2 lama2 habis la tu..akak pun surrender kalau manis sgt..
ReplyDeletecoklat daim tu keras, kurang gemar..belum pernah cuba coklat ni..
ReplyDeletebulan ni Langkawi dah dibuka utk tourist as pilot travel bubble..boleh pi..
Kadang banyak produk macam tiruvasi tapi sebenarnya under company sama je cuma nama lain. Dah confused kat situ. Agaknya milka = dairy milk, hehehe... coklat dan manis berpisah tiada. Saya pun sekali makan tak sampai satu baris. Rasa satu bahagian kecil tu lepas tu simpan balik.
ReplyDeleteIni yang rasa nak beli daim gak. Nak ke Langkawi entah bila lah kan.
Tak try lagi yang ni. Disebabkan nama dia Milka akak tak beli pun 😅. Sekarang ni, akak kena stop kejap makan coklat. Sebabnya, coklat Cadbury bubbles hari tu baru kemarin akak pulun habiskan.Punya lah lama amik masa nak bagi licin😂.
ReplyDeleteNampak sedap . Tapi itu lah .ramai yg review cakap manis sangat . Kena makan sikit boleh la
ReplyDeleteKalau double manis tak berani nak cuba. Tak de tukang perabih. Hehe.. banyak kali nak beli coklat kat shopee tapi takut cair.. Nanti la nak checkout semula..
ReplyDeletepernh mkn juga coklat milka tp yg oreo..btul tu skali pandang mcm yg cadbury
ReplyDeleteMilka memang famous kat luar negara. Manis tu mungkin sebab Daim kot? Saya kalau makan Daim memang kena banyak minum air. Tak selesa mulut.
ReplyDeletePertama kali nampak Milka ni, ingat cadburry
ReplyDeleteSama lah kita, saya pun makan coklat takkan cepat habis. Akan lama juga dalam peti ais tu
ReplyDeleteWak kira beruntunglah sebab tak makan cekolat
ReplyDeleteKalau manis sangat ni macam hilang sikit nikmat sedapnya tu..bagi kak PC la..
ReplyDeletesekali pandang mmg nmpk cadbury.. haha
ReplyDelete2x pandang oh bukan rupanya.. ekeke..
kalo dabel manis letim2 mmg akk xkn mkn la.. tkottt nk try.. hihi
Malam-malam terjaga dari tidur... Tadi tak sempat nak makan, perut terasa lapar. Bukak peti ais, ada pula coklat cadbury, jamahlah sedikit untuk alas perut sebelum pagi memunculkan diri.. Hehe
ReplyDeleteAbe kie suka makan coklat musim bah. Sejuk2 tu kalau mamah coklat akan terasa tenaga kembali segar. Heaven sgt!
ReplyDeleteHaah nampak macam bungkusan daripada Cadbury. Kadang-kadang kena cuba dahulu supaya pasti tidak payah beli lagi.
ReplyDeleteCoklat ni, manis ke tak, boleh jadi booster untuk mommies like Aien keep energetic sepanjang pagi.. Mesti mahu manis baru boleh go! Gituuu
ReplyDeleteDapat rasakan kemanisannya yang amat tu .. fuhh. fuhhhhh....! Bagi je dorang rasa . hehehee...cakap x manis sgt... Kikiki
ReplyDeleteni kalau anak kemanakan saya nampak coklat mcm ni, mmg minta acik dorg ni belikan..
ReplyDeleteowh dri company yg sama rupnya.. patut lah pakcaging lebih kurang..
ReplyDeleteSebut MILKA belum rasa lagi. Tapi kalau DAIM, kami satu rumah memang hantu DAIM!
ReplyDeleteCoklat daim memang aku tak boleh nak makan sangat. Manis betul rasa dia. Cadbury gagah lagi.
ReplyDeleteLepas tengok ni terus teringat nampak dalam peti ais ada laaa. haha tapi tak teringin nak makan pun sebab nama milka tu mcm pelik tak pernah dengar.kalau ada lagi saya try rasa
ReplyDeletesaja depa buat manis kalau dak x berhenti pula msk ke mulut tu kan hahaaa ^_^
ReplyDeleteMilka ni memang agak manis kan... akak pernah rasa, juling berputar biji mata sekejap sebab tak expect manis begitu.
ReplyDeleteDua2 coklat ni rasa manis betul.. hihi. Tp daim memang manis amat. Dh try ke cadbury? Hihi
ReplyDeletePernah makan jenama Milka ni tapi yang kosonb je tak silap.Mesti sedap tu ada campuran Daim. Yumms yumms
ReplyDeleteNyummmsss dah try dh sedap hehe
ReplyDelete