Poster Keselamatan Pengubatan Part II

Kalau sesiapa yang masih ingat dalam entri lepas, aku ada minta pendapat korang semua pasal poster yang bertemakan Keselamatan Pengubatan kan, jadi hari ini posternya sudah siap! Bukan poster rasmi lagi sebab kakak ketiga aku tak tengok teliti lagi.

Punyalah gigih tanya korang apa yang perlu aku letak dalam poster, sekali kakak aku cakap buat simple simple je. Semalam dia buat seorang diri. Hari ini aku pula buat seorang diri. Lepas dah tengok poster yang dihasilkan kakak aku macam mana, aku buat poster versi aku sendiri.

Poster Keselamatan Pengubatan Part II
Ini yang kakak ketiga aku buat. Seringkas yang mungkin sebab dia dah malas. Janji hantar je dia cakap.

Poster Keselamatan Pengubatan Part II
Ini yang aku buat. First komen dari kakak aku, dia cakap macam poster budak-budak. Meriah betul posternya HAHAHA. Kakak aku cakap macam poster budak-budak tapi suruh reserved poster aku buat ni. Takut aku terbagi kepada housemate padahal aku tengok housemates aku tak ada yang buat pun. Macam kakak aku je yang bersungguh sungguh buat hehehe. Mungkin nak dapat markah kot? Aku pun tak pasti.

Aku pun tak ada idea sangat nak buat poster yang tema Keselamatan Pengubatan ni. Kalau tema merdeka banyak bendalah juga boleh letak kan tapi ni poster pasal ubat. Memang tak tahu manalah jawabnya huhuhu.

Pendapat korang macam mana? Any idea untuk ditambah atau dibuang? Colorful sangat ke? Bagi pembaca yang berumur 35 dan ke atas, bila tengok poster kedua ni rasa okey ke tak okey? Boleh serap tak maklumat yang ada dalam poster tu ke dalam diri korang? Atau rasa terganggu dengan penggunaan warna yang terlalu banyak? Jangan segan silu untuk komen ya. Sementara masih ada masa, bolehlah aku edit lagi mana-mana yang patut. Submission 15 September 2021 ni. Terima kasih ya yang sudi komen!

19 comments

  1. kalau auntie, auntie suka yang cartoon2 sikit. catchy pada auntie. not too direct. ehh.. boleh gitu ye. hehehe

    ReplyDelete
  2. Bagi iolls yang dah 30-an ni.. suka yang meriah tu. Sebab macam kiut gitu. boleh tarik minat anak-anak untuk makan ubat jugak.

    ReplyDelete
  3. Rasanya ok je AN..erm..dah lama x create atau buat poster mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Yang atas nampak standart, untuk kegunaan rasmi contonya dilaman web sesuai, tapi bawah tu menarik untuk public baca dengan sekali tengok... macam sayalah... sesuai untuk poster.

    ReplyDelete
  5. kakak atiqah buat okay je. Suka ringkas dan sampai message tu. Cuma kalau belakang tambah fancy sikit okay kot.
    Yang atiqah buat tu, okay dah. Cantik dan ceria.

    ReplyDelete
  6. Sekali ringkas sahaja mesej tapi mudah difahami.
    Ok warna ceria, tulisan nampak Atiqah buat. Cuma orang dalam no 4 nampak macam menguap masa mula tengok. Haha.

    ReplyDelete
  7. both poster pun ok. tapi kalau yang second buang icon kapsul pakai cape tu ok. poster catchy lagi bagus sebab hospital tempat yang suram, at least tengok warna-warni ceria sikit

    ReplyDelete
  8. yg 1st tu agk formal tp ok!
    yg 2nd tu ok santai2.. comel!
    dua2 pon ok ade 2versi gitu.. hehe

    ReplyDelete
  9. Dua-duanya suka Kak Amie tengok. Tapi yang pertama tu lebih rasmi,ringkas, mudah difaham dan tak banyak aksesori.

    ReplyDelete
  10. Kedua-duanya okey dan cantik bagi akak. Tapi kalau tanya akak poster mana yang boleh pancing perhatian, akak prefer yang kedua. Target audiens lebih luas. Budak-budak akan suka... mak bapak budak pun akan tertarik sama :)

    ReplyDelete
  11. Cunnn... dua2 ok. Skrg ni poster2 klau ada kartun mmg menarik dan sentiasa di ingatan bila org tgk

    ReplyDelete
  12. Yang atikah buat tu okay je, cuma saya rasa background kena tukar yang nampak gah dan profesional sedikit. sebab yang 5B Betul Betul tu dah banyak colour dah

    ReplyDelete
  13. cantik dua2..tp akk suka yg 1st sbb ringkas & direct..

    ReplyDelete
  14. Jenis akak, kalau info penting, akak suka direct je.. ringkas macam atas tu terus.. tapi kalau yang bawah tu.. lagi ceria...Akak tertarik pada kedua duanyaaaa la.. hahhaa

    ReplyDelete
  15. Ika suka something yang colourful. menarik mata ni sikit nak baca info :)

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)