Adsense Mencanak Naik?

Cuti hujung minggu ni bolehlah create entri banyak banyak dan schedule post. Jadi jangan pelik ya kalau nampak blog berupdate sebab itu semua schedule post kikiki. Tapi kena ligat jugalah kepala otak nak fikir nak update pasal apa kan? Kali ini nak cerita pasal adsense. First of all, tak ada niat nak riak atau menunjuk nunjuk. Sekadar berkongsi kegembiraan tapi dalam masa yang sama, terselit kerisauan.
 
Adsense Mencanak Naik?
Gembira? Pasti. Siapa je tak gembira bila check akaun adsense, tiba tiba earnings mencanak naik! Sumpah demi Allah teman teman, aku terkejut gila khinzir bila aku check akaun adsense hari Rabu lepas, tengok bahagian earnings memang betul betul mencanak naik. Terus aku email Kak Fiza sebab nak dapatkan kepastian.
 
Memang laju Kak Fiza reply, and Kak Fiza pun cakap normal. Cuma risau juga. Kena tengok dua tiga hari earnings kembali biasa atau mantain macam ni. 

Faham tak perasaan gembira tapi terselit kerisauan sebab risaulah macam tiba-tiba sangat earnings melonjak naik ni. Risau sebab takut pihak Google Adsense suspended atau banned akaun adsense aku. Tapi serious talk, memang aku terkejut. Aku rasa aku dah lama tak update blog, pageviews pun 600+ macam tu je dalam sehari, tapi earnings sampai 10 USD.

  1. Hari Selasa: 9.20 USD
  2. Hari Rabu: 7.46 USD
  3. Hari Khamis: 4.88 USD
  4. Hari Jumaat: 4.48 USD 
Tak pernah aku dapat banyak macam ni dalam sehari. Paling banyak pun 1 USD dalam masa sehari. Dulu pernahlah dapat 3 USD. Itupun baru sekali. Walaupun makin lama makin menurun, tapi 4 USD dalam masa sehari tu masih banyak bagi blog aku yang sangatlah newbie.

Aku email juga blogger Sii Nurul semalam dan baru hari ini blogger Nurul reply. Blogger Nurul cakap benda ni normal juga. Walaupun pageviews tak tinggi, tapi boleh jadi earnings tinggi sebab ranking keywords tinggi, content ngam dengan iklan so setiap iklan yang dipaparkan itupun mempunyai nilai yang tinggi juga. 

As long as tak ada dapat email warning atau langgar pantang larang adsense, jangan risau. Itu blogger Nurul lah yang reply email aku hihihi. Aku pun tak boleh nak lega sangat sebab takut tu masih ada. Takut jadi macam Kak Shida yang akaun adsense kena suspended selama satu bulan dan juga Mamapipie yang akaun adsense terus dihapuskan. Jadi siapa ada pengalaman macam aku? Mind to share?

28 comments

  1. Yup! Tak pelik An, sebab ada keywords yang mungkin cpc dia tinggi then iklan yang keluar pun berkaitan. So, peluang besar untuk di klik itu tinggi. Tahniah! An.

    ReplyDelete
  2. Harap tiada apa-apa.
    Apapun alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Wau, banyak naik tu!!Tahniah3.Hi3.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    Rezeki
    Mudah2an terus bertambah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah Atiqah. Lumayan tu Atiqah. Semoga konsisten earnings dapatlah cashout every month nanti.

    ReplyDelete
  6. Ingat akak je alami 'masalah' sama. Sebab last month pv rendah, tapi adsense naik. Akak ingat naik sebab akak block subcategories. Harap tak apa-apa. Awak cakap barulah akak start risau. Haha

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki USD terus bertambah.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, banyak tu, saya kadang 1 sen je sehari haha

    ReplyDelete
  9. earning harian sampai 4usd kira mantop lah. haha. Naim paling tinggi 50 sen ja haha :P

    semoga terus sukses lagi ya.. :)

    ReplyDelete
  10. wahhh tahniah tiqah! su masih jinak merpati dengn adsense ni

    ReplyDelete
  11. Tahniah...rezeki yg tak terduga,kan.

    ReplyDelete
  12. wah tahniah atiqah! semoga terus bersemangat update blog! ^_^

    ReplyDelete
  13. Pada akak pun normal cuma hati2 la..kena make sure traffic yg genuine dan acurate...takut ada yg main tekan je iklan kan...

    ReplyDelete
  14. tahniah...normal tu dan best tengok artikel mana yang naik. Jangan risau kalau tak join mana2 grup yang klik iklan

    ReplyDelete
  15. tahniah tiqah :) rezeki dapat keje kot hehehe

    ReplyDelete
  16. Bestnya income naik mencanak2. Income blog abam kie ni sendu yg amat.

    ReplyDelete
  17. Wah.. kira ok ni..mgkn ada tips?

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, syukur. In sya Allah tak apa apa-apa. Dan semoga terus meningkat pendapatan. Aamiin.

    ReplyDelete
  19. Tahniah AN syukur! kak belum peluang nk dapat nombor sebegitu huhuuu..

    ReplyDelete
  20. Tahniah Atiqah tapi apapun berhati-hati...

    ReplyDelete
  21. macam seronok pula adsense ni, nampaknya saya kena buat jugaklah...

    ReplyDelete
  22. Seronok bukan bila tengok adsense menaik

    ReplyDelete
  23. Seronoknya tengok earning mencanak.. byk tuuuuu..

    ReplyDelete
  24. bestnyaaa. income kita kadang2 4 sen je haha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)