Minggu Pertama Went Well!

Salam hujung minggu teman temanku di alam maya! Kalau dulu duduk di Terengganu, Jumaat dan Sabtu dah weekend. Sekarang duduk Putrajaya, Sabtu dan Ahad lah weekendnya. Hari Jumaat hari yang paling ditunggu-tunggu sebab hari terakhir bekerja sebelum cuti hujung minggu. Dulu tak kerja, hari hari cuti! Sekarang, duk menghitung hari bila nak weekend HAHAHA.

Minggu Pertama Went Well!
Alhamdulillah dah lima hari bekerja, semuanya masih berjalan dengan lancar. Kerja aku santai santai sahaja. Sebetulnya, aku masuk kerja ni under program MySTEP. Tahu tak MySTEP itu apa benda? Sedikit info, MySTEP ini adalah program yang diumumkan oleh Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam ataupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Program dalam Belanjawan 2021.

Senang cerita, aku join program MySTEP dengan kontrak 3 bulan sampai 31 Disember 2021. Kalau belanjawan 2022 akan datang masih ada peruntukan untuk program MySTEP ini, kemungkinan kontrak aku akan disambung. Kalau tak ada peruntukan untuk Belanjawan 2022, mungkin habis sampai 31 Disember 2021 ini sahaja.

Kenapa kerja kalau kontrak 3 bulan je? Berbalik kepada entri sebelum ini, aku terima sebab nak cari pengalaman walaupun gaji tak berapa tinggi huhuhu. Malas nak mention berapa gaji yang dapat, kalau korang google, mungkin nanti korang akan jumpa berapa gaji yang dibayar bagi pekerja bawah program MySTEP ini.

Jadi, kerja apa aku buat? Macam aku cakap tadi, kerja aku santai santai sahaja. Santai macam mana? Santai pun tetap ada penatnya. Normal. Kerja aku merekod data sahaja. Hehehe. Memang 100% dengan komputer. Jadi dekat sini lah penatnya. Penat mata dan tengkuk duk buat kerja dengan komputer. Nak rekod data pun boleh tahan banyak juga, tapi buat masa sekarang, aku tak diajar lagi untuk guna sistem yang akan aku rekod data tu. Sepanjang seminggu aku kerja, aku hanya check semakan kerja-kerja orang sebelum ini. Semak dari segi ejaan, shortform dan sebagainya. Kesalahan kesalahan ni nampak simple kan? Tapi boleh tahan banyak juga silapnya. 

In shaa Allah minggu depan baru start guna sistem. Jadi, lepas dah guna sistem, barulah bermula kerja-kerja merekod data. Setiap hari kena ada target, 80 data ke 100 data ke 120 data ke nak kena submit dekat ketua. Untuk setiap satu data bukan ada satu benda sahaja nak kena tengok. Banyak benda nak kena tengok. Jadi, bayanglah nak kena siapkan sama ada 80 atau 100 atau 120 data dalam setiap hari. 

Kalau tak sempat siap dekat office, boleh bawa balik rumah dan submit sebelum pukul 10.00 malam. Tapi moga moga, Nur Atiqah Najihah dapat siapkan rekod data sebelum habis kerja pukul 5 petang. Aamiin. Sejak kerja, pukul 10 lebih dah belayar ke alam mimpi teman-teman.

Sampai rumah, mandi, makan, solat Maghrib & Isyak dan gosok baju yang nak dipakai esok hari. Masuk bilik, baring baring terus terlelap. Sedar sedar alarm pukul 6 pagi bunyi kikiki. Blogging? Memang tak nampak bayanglah kalau hari kerja. Hari cuti hujung minggulah baru boleh blogging. Memang tak sempat langsung nak buka laptop untuk blogging. Aku kagum ya dengan wanita yang dah kahwin, dah ada anak-anak, kerja lagi, macam mana ya mereka uruskan kehidupan seharian? Penat dia ya Allah. 

Bukan mengeluh tau, ini aku sekadar bercerita. Aku ada banyak benda untuk diceritakan tapi tak mampu nak cerita satu satu dekat blog ni. Yang mana boleh cerita, aku tulis. Yang tak boleh, aku simpan sendiri hehehehe. 

Maaf ya yang mana aku tak sempat komen. Kadang-kadang aku baca melalui telefon, tapi tak boleh komen. In shaa Allah nanti aku blogwalking blog korang semua. Nak buka blog guna komputer office pun tak best sebab meja aku dekat laluan orang lalu lalang. Nanti semua pakat tengok >.<

22 comments

  1. Yeay Atiqah muncul balik cerita pengalaman kerja.
    Takpelah nanti ada peluang yang lebih baik. Insya Allah. Kutip pengalaman dahulu.
    Ya akak pun kagum orang yang kahwin, kerja, urusan rumahtangga.

    ReplyDelete
  2. semoga baik2 je utk atiqah..
    bab gosok baju tu kan.. akk cdngkan gosok 5 psng/helai sekaligus..
    gosok ari ahad petang/malam.. blh jimatkan masa..
    akk sllu buat camtu.. hehe..

    mmg penat keje ni.. akk pon kul9 dh ngntok..
    nt lama2 dh kalih la tu.. =)

    ReplyDelete
  3. Mcm seronok ja life tiqah sekarang...tak apalah bab gaji tu,org kata cari pengalaman dulu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki atiqah.. Mcm akk dulu join Train&Place dr job malaysia. 3 bulan training dpt elaun skit..ok lah utk bujang ms tu. pastu dpt keje tetap di Plus Expressway.. masa tu under customer service.. Tu cerita 15tahun dulu..hehe

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan untuk Atiqah bekerja.

    ReplyDelete
  6. oh kat Putrajaya skrg ni
    takpe Tikah pengalaman tu penting
    nanti senang

    ReplyDelete
  7. Selamat bekerja Tiqah. Tak kisahlah kerja kontrak sekalipun. Pengalaman kerja tu yang mahal sebenarnya. Selagi boleh ciduk ilmu, ciduk cukup2. Nanti kalau kena panggil kerja tempat lain senang nak goreng kalau inteviewers tanya soalan. Hi3.

    ReplyDelete
  8. Syukurlah semoga okay je. Takpe, cari pengalaman kerja jauh jauh sikit. Why not kan. Contract 3 bulan ada gaji pun dah okay. Nanti cari pengalaman baru lagi

    ReplyDelete
  9. As someone yang dah lama kerja, meh sini akak bagi 2 tips:
    1. Jangan blogging dekat opis
    2. Jangan reveal socmed pada orang opis. IG, Blog etc.
    You can thank me later. Good luck dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni betul. Lagi-lagi bila guna network ofis. Diorang boleh pantau apa yang kita buat.

      Plus walaupun kerja kita dah setel, still jangan bermedia sosial dalam waktu kerja. Ada mata-mata yang sentiasa memerhati. 🙄

      Delete
    2. Tiba tiba rasa tak selamat guna nama sendiri untuk social media dan blog

      Delete
  10. walau apap pun kena semangat bekerja AN!
    betul..tu AN pengalaman penting walau kontrak..

    xpe ade masa blh bloging ya!

    ReplyDelete
  11. Kerja ofis pun best walaupun duk mengadap komputer.

    ReplyDelete
  12. saya faham perasaan tu. sejak dah kerja ni rutin dah macam orang tua. mesti nak tidur awal. selalu tengok jam nak balik xD

    ReplyDelete
  13. Teringat intern dulu, pukul 830 pagi dah tunggu bas, 10 pagi baru sampai office, pukul 630 balik kerja, pukul 830 baru sampai rumah. Memang tak fikir apa lah memang mandi makan tidur

    ReplyDelete
  14. hai, nanti share lah macam mana cara nak apply mystep tu..

    ReplyDelete
  15. Hi tiqah, boleh share ke macam mana apply mystep. Dalam resume nak letak apa eh. Heee have a nice dayyy

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, nak tnya pendapat, saya dapat mystep di putrajaya juga, cmna kos hidup disana ya? Gaji mystep boleh cover?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf diatas kelewatan membalas komen cik nurul, tapi bagi saya yang tak ada komitment tinggi, in shaa Allah cukup. Komitment saya setakat ni bilik sewa dan duit minyak tumpang kereta kawan pergi kerja. Kalau sebelum ni saya naik bas (percuma) tapi start 01/01/2023 dah kena bayar RM1 sekali naik. Tapi setakat ni Alhamdulillah masih cukup untuk tampung diri saya sendiri.

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)