Homemade Brownies Cookies

Setelah sekian lama mengidam nak makan brownies cookies, akhirnya dapat juga makan. Homemade brownies cookies by shopee. Aku tak kuasa nak buat cookies bilamana alat kelengkapan nak buat cookies tak cukup di rumah sewa ni. Jadi, kita sebagai warganegara Malaysia haruslah support local business di shopee.

Lagipun, aku memang dah selalu membeli brownies cookies dekat seller di shopee ni. Tak tahulah dah kali keberapa aku repeat order. Masa intern tempoh hari, kawan-kawan yang satu tempat praktikal dengan aku pun join order sekali bila aku bawa brownies cookies tu di office. Dah macam promoter dah rasanya kikiki. Harga pun murah which is RM7.50 sahaja. Tapi size kecil lah. Jangan expect besar gedabak. Tapi ngam ngamlah sumbat sekeping dalam satu mulut.

Homemade Brownies Cookies
Tak hancur langsung! Memang seller bungkus elok-elok. Sikit pun tak pecah cookies ni. Aku beli 2 botol sebab nak cukupkan fee shipping RM15. Bolehlah buat stok mengunyah sambil buat kerja yang tak pernah habis ni. Sambil tengok drama korea pun boleh. 

Sekali hadap je terus habis sebotol. Tengok tengok dah licin isi dalam bekas. Bagi aku, brownies cookies ni tak manis sangat. Kiranya kenalah dengan citarasa aku. Mungkin lain orang, lain rasanya kan? Tapi bagi aku okey dah dengan rasa macam ni. Berbaloi untuk aku membeli sekali sekala. Nak beli boleh beli disini: https://click.accesstra.de/go/CDivW5di

12 comments

  1. brownies cookies camni sedap oo. beli kat mana2 pun sedap!

    ReplyDelete
  2. Bole try juga nnt ni.. Buat kudap2 kan sambil tgk cite korea haha

    ReplyDelete
  3. kalau sedap berapa rege pun kita layan heheheh

    ReplyDelete
  4. stok kunyah2 best ni! kdg bosan ngadap keje kan.. baik mkn brownies.. haa gituu.. haha

    ReplyDelete
  5. Brownies dibuat biskut. Baguslah tidak manis sangat.

    ReplyDelete
  6. kalau saya pun tak kuasa nak buat. Sebab tak pandai. lainlah kalau pandai, auto rajin. Hihi..harga boleh tahan murah.Okaylah kan buat kudapan. Elok sampai tak pecah lagilah okay, kan. Okay nak terjah shopee. TQ share

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Tiqah! Rindunya. Sorry akak lama tak jengah ke mari.
    Harap Tiqah baik-baik sahaja.

    Oohhh I love brownies cookies! Selalu akan terbabas makan banyak punyalah :)

    ReplyDelete
  8. murah...
    ammi lama dah tak buat cookies sbb MALAS. MALAS nak keluarkan mixer, MALAS nak keluarkan barang yang park dlm oven (gitulah nasib duduk rumah kecik...kena maximisekan penggunaan ruang)..

    ReplyDelete
  9. best nampak haha. nak trylah beli. kita pun malas nak buat sendiri. Nanti nak kena basuh lagi perkakasa semua tu :'(( baik beli je hahaa

    ReplyDelete
  10. Hi, nanti bagi details ye.. awak jadi top komentator kt blog akak untuk 2021

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)