Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya

Cerita dah basi which is hari Ahad lepas yakni Ahad dua minggu lepas, aku sempat menghabiskan waktu pagi dengan berjalan-jalan di Taman Wetland Putrajaya. Memang dah plan nak pergi Taman Wetland sebab nampak banyak good review daripada orang ramai. Yang penting nak masuk Taman Wetland tu tak ada dikenakan fee. Masuk percuma

Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya
credit: google.com

Sedikit info tentang Taman Wetland Putrajaya:

"Taman Wetland Putrajaya terletak di Presint 13 dengan keluasan 335.75 ekar. Taman Wetland dibangunkan selaras dengan matlamat untuk mengekalkan kehijauan serta mewujudkan Green Lung di dalam pembanguunan Putrajaya.''

Selanjutnya boleh baca disini: https://www.ppj.gov.my/second-menu/taman-wetland

Dalam google tulis Taman Wetland dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Tapi masa aku sampai dalam pukul 8.45 pagi, dah ramai orang. Disarankan untuk datang awal pagi sebab cuaca tak berapa panas. Tapi dalam pukul 10 lebih dah mula panas. 

Boleh pilih nak morning walk ke nak sewa basikal ke sewa tramp ke, itu semua bergantung kepada diri sendiri. Tapi bila dah sewa kan, mestilah ada harganya kan? Jangan risau, harga sewaan tak begitu mahal. Tapi ada sedikit perbezaan harga bagi weekdays dan weekend. Weekend mahal sikit tapi tak mahal sangat. Tak jauh mana pun harganya. Yang penting, nak bawa basikal sendiri pun boleh. Tak ada masalah. 

Nak tahu pasal harga sewa di Taman Wetland, boleh baca disini: https://www.ppj.gov.my/second-page/kadar-perkhidmatan-1

Aku tak sewa apa-apa sebab memang nak berjalan-jalan sahaja. Tapi next time kalau pergi lagi, boleh dipertimbangkan juga untuk sewa basikal sebab bila dah berjalan selama 3 jam 4 jam tu agak semput sis.

Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya

Kawasan Taman Wetland ni besar gila. Aku rasa aku pergi tempoh hari tak sampai 50% kawasan taman yang aku jelajah. Jadi jawabnya next time kena pergi lagilah. Suasana yang tenang, udara yang segar. Itu first impressions aku bila sampai di taman. Penuh kehijauan.

Sadly, Look Out Tower tak dapat naik sebab under maintenance. Baru nak tengok keseluruhan taman ni. Tapi nak buat macam mana kan? Tak tahulah bila boleh naik sebab tak ada sebarang kerja-kerja pembaikan pun dijalankan. 

Tapi tak mengapa, kita teruskan berjalan ke tempat seterusnya. Next location ialah tengok swan. Aku pun keliru kejap dengan angsa dan flamingo. Itik pun. Dekat sini boleh tengok ada pelbagai jenis swan yang sedang berehat. Pukul 11 pagi boleh tengok swan makan. Memang lagi ramai swan yang ada waktu makan. Time kami sampai tu dalam pukul 9 lebih. 

Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya
Antara swan swan yang ada di Taman Wetland.

Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya
Ini mereka. Duk sekelompok kat situ. Ada lagi yang lain-lain cumanya yang lain-lain tengah tidur. Yang dalam gambar atas ni je yang tak tidur, sibuk menjilat badan. Nak tunggu sampai waktu makan macam lambat sangat kan, so kami tak tunggu. Maybe lain kali lah tengok swan swan ni semua makan. 

Sebetulnya, tak banyak gambar aku ambil sebab nak menghayati keindahan taman. Ahhh gituu, padahal mengah sebab banyak berjalan. Gambar banyak dalam kamera, tak transfer lagi so upload mana yang ada dalam telefon je.

Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya
Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya
Morning Walk di Taman Wetland Putrajaya
Kita akhiri sesi entri morning walk di Taman Wetland dengan sekeping gambar tuan tanah. Tak pakai mask kejap demi dua tiga empat lima keping gambar. Masa ni pukul 9 lebih pun dah rasa panas. 

Kalau nak isi masa lapang dengan keluarga waktu hujung minggu, bolehlah pertimbangkan Taman Wetland sebagai salah satu tempat untuk family bonding. Boleh picnic. Kami jealous tengok orang Cina and Melayu dengan keluarga masing-masing duk berpicnic. Keluarga kami jauh. Last picnic masa tahun 2009. Last picnic dengan arwah mak sebelum meninggal. Since 2009 sampai lah Disember 2021 memang tak ada picnic dah. Sibuk dengan kehidupan masing masing. But never mind, as long as semua sihat, itu pun dah memadai. Alhamdulillah.

16 comments

  1. Apa khabar tuan tanah? Seronoknya dapat jenjalan dekat tengok beburung & kehijauan kan. Hilang sikit stress kerja 😁.

    ReplyDelete
  2. Lama nya kita x baca kat sini ahhaha...
    Sorry yg amat...
    wah kita gi sana asyik terlepas je nak jejak wetland ni...
    maybe next time lepak sana bole singgah :)

    ReplyDelete
  3. Menarik Wetlands ni tapi akk belum pernah sampai.
    Anyway, taman-taman di Putrajaya masing-masing ada tarikan tersendirikan...

    ReplyDelete
  4. kalau pergi putrajaya memang ada niat nak ke taman wetlands ni tapi tengok macam sunyi je, tak berani nak pergi haha

    ReplyDelete
  5. aduh bestnya kalau dapat jenjalan kat sana pagi-pagi

    ReplyDelete
  6. Selamat beriadah. Putrajaya banyak tempat menarik. Masjid besi, Dataran Putra, Ayer@8. Ada masa singgah lah sana.

    ReplyDelete
  7. Akhirnya ada juga entry atiqah. Dah jarang menaip ye. Luas betul kawasan dia. Puas berjalan. pagi pagi jalan jalan ta jogging pun rasa sihat dah ni. Banyak juga daya tarikan yang ada. Tempat cantik dan ada haiwan haiwan. Memang best datang dengan berpicnic. Betul tu Atiqah, asalkan semua sihat walafiat dah syukur sangat :)

    ReplyDelete
  8. Menarik, bolehlah bawa anak anak masa cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
  9. Akak pun tak sampai lagi. Ala jangan sedih, nanti kita gi piknik situ. Tapi tulah tak larat la nak jalan jauh-jauh. Piknik kat pintu gerbang je boleh? Hehe

    ReplyDelete
  10. Baru muncul Atiqah.
    Hehe bolehlah singgah ini kalau pergi Putrajaya. Suka jalan-jalan tengok pemandangan.

    ReplyDelete
  11. Bestnya.. Tak pernah sampai lagi ke sana..

    ReplyDelete
  12. walaupun saya duduk dekat je dgn putrajaya, tpi rasanya lama betul tk gi taman wetland ni. patutnya haritu masa anak buah balik sini elok bawak diorang jalan2 gi taman ni. mesti seronok dia tgok swan :D

    ReplyDelete
  13. mcm best jgk jalan2 kat taman ni..
    kalo blh panjat tower tu kan lg best.. tp tutup pulak.. hehe

    ReplyDelete
  14. Haiii
    Kak rabiaa singgah sini
    Ada pon new post

    ReplyDelete
  15. Ammi belum pernah sampai lagi..thank you bagi info. boleh cuba masukkan dalam list

    ReplyDelete
  16. Wahh,, ada wetlands dah ek. Dlu la kan. zaman 2010 dlu.. Eh. kenangan benar putrajaya ni

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)