Selamat Hari Lahir kepada Dia yang Pernah Hadir Walau Hanya Seketika

Pejam celik pejam celik tinggal 2 hari je lagi sebelum kita melangkah masuk ke tahun baru mengikut kalendar Masihi iaitu tahun 2022. Cepat ya masa berlalu. Aku rasa macam baru habis intern 24 Januari tempoh hari, know know dah 29 Disember dah. Tulat dah 01 Januari 2022. 

Walaupun bakal melangkah masuk ke tahun 2022, tiada apa yang bakal berubah. Kehidupan masih sama seperti tahun 2021. Yang berubah hanyalah usia kikiki. Rindu nak blogging macam dulu. Kita baca je komen-komen yang ditinggalkan oleh bloggers tapi tak sempat lagi nak blogwalking. Penyakit M menguasai diri. Bila dah berbaring atas katil, memang malas sungguh nak buka laptop.

Okey rasa macam dah jauh sangat dari tajuk asal entri ni. Just nak create satu entry sempena mengingati hari kelahiran arwah mak aku pada hari ini iaitu 29 Disember. Kalau arwah mak masih ada, dah berumur 66 tahun. Dah kategori warga emas. Kalau dulu selalu orang salah anggap aku ni sebagai cucu kepada mak aku padahal aku anak dia. Mak aku pun kadang iye kan aje bila orang tanya ''Cucu ke?" 

Selamat Hari Lahir kepada Dia yang Pernah Hadir Walau Hanya Seketika
Apa-apapun, Selamat Hari Lahir kepada ibuku yang pernah hadir walau hanya untuk seketika. Seketika yang penuh makna, seketika yang sangat berharga, seketika yang tak dapat kujumpa jika engkau tiada di dunia. Semoga berbahagia disana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

Hasfiah Othman,
29 Disember 1954 - 15 Julai 2009

We miss you always 💖

18 comments

  1. Akk dulu dgn arwah Pak, beza umur 49 tahun. Memang macam cucu :D
    Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa ibu ayah kita & menempatkan roh mereka dikalangan para solihin aamin.

    ReplyDelete
  2. Ingat siapa si dia tadi.
    Hanya kenangan yang menemani. Al-Fatihah untuk arwah ibu Atiqah.

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah kuhadiahkan buat Arwah Hasfiah Othman..

    Dah 12 tahun tapi mesti rasa macam baru semalam, kan.

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah untuk arwah ibu Atiqah...kemangan yg sungguh bermakna, dikenang sepjg hayat..

    ReplyDelete
  5. kita sedekah kah fatihah banyak2 kat arwah mak kita k... Semoga roh nya bersemadi dengan tenang... rindu mak juga!! huhuwaaaa ;(

    ReplyDelete
  6. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  7. Ingatan itu akan tetap kekal.
    Semoga Allah ampuni dosa-dosa arwah dan tempatkan arwah bersama sama mereka yang beriman. Aaamiinnn...

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah untuk arwah ibu. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah telah dibaca buat Hasfiah Othman ibunda AN semoga bahagia di alam sana.
    Touching Mrs. A baca teringat kat arwah Abah dan Mil.

    ReplyDelete
  10. alfatihah untuk ibu. teringat pula pada arwah ayah yang dh tak ada.

    ReplyDelete
  11. alfatihah untuk arwah ibu najihah. selamat tahun baru juga :)

    ReplyDelete
  12. Al Fatihah. Semoga diampunkans egala dosa arwah dan dilapangkan kuburnya... Amin..
    Happy New Year.. Moga tahun baru membawa sejuta kebaikan..

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah untuk arwah Ibu..
    Happy New Year Atiqah...

    ReplyDelete
  14. Semoga rohnya dicucuri Allah.. muda lagi 66 tahun .. muda serahun Dari arwah mak mama

    ReplyDelete
  15. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  16. alfatihah utk arwah ibu atiqah.. =')

    ReplyDelete
  17. Al-fatihah untuk arwah mak tiqah. ^^

    ReplyDelete
  18. Al-fatihah untuk arwah ibu Atiqah. Ada jugaklah memori. Mak akak meninggal masa umur akak setahun, memori pun takde. last-last membesar kurang kasih sayang

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)