Hadiah Top Komentator 2021 Selamat Sampai!

Alhamdulillah tak sangka ya nama aku masih tersenarai dalam kalangan top komentator bagi tahun 2021 walaupun start bulan Oktober 2021 aku dah mula jadi chipsmore. Kejap ada dan sekejap tak ada. Since Oktober 2021, dah jarang jarang tinggalkan komen di blog-blog yang selalu aku lawati tanpa jemu suatu ketika dahulu. I am so sad :(

Terkejut dapat email dari Kak Amie yang minta details aku untuk pengeposan hadiah. Dan terkejut lagi sekali bila baca komen Kak Nona di facebook aku. Maaf ya, memang lama sangat aku tak singgah. Alasan cliche aku ialah 'kurang kerajinan'. Dan aku nak tambah lagi satu, line internet dekat sini tak berapa nak laju. Aku pun pelik. Dekat Terengganu lagi laju! 

Hadiah Top Komentator 2021 Selamat Sampai!
Apa-apapun thank you Kak Amie dan Kak Nona untuk hadiah yang dikirimkan! Dah sampai minggu lepas tapi baru berpeluang untuk update hari ini. Terkejut ya tengok parcel Kak Amie sebab besar! Kak Amie bagi kain batik, kerongsang, keychain dan beg duit sebagai tanda penghargaan menjadi top komentator pada tahun 2021 di blog Kak Amie.

Special diterbangkan dari negeri Sabah ke Putrajaya. Merentasi Laut China Selatan (eh betul ke?) Maaf lah bab geografi ni lemah sikit hihihi. Kak Amie macam tahu tahu je saya tengah survey kain batik dekat shopee tup tup dapat kain batik dari Kak Amie. Walaupun tak reti pakai kain batik, tapi biasanya kain batik ni aku buat alas bantal. Tak pun masa tengah period. Tapi nanti bolehlah slow-slow belajar cara-cara memakai kain batik.

Hadiah Top Komentator 2021 Selamat Sampai!
Kak Nona pula kirimkan face mask, pocket prayer mat with compass dan kopiko coffee low acid. Maaf ya Kak Nona sebab coffee tu saya bagi dekat housemate. Saya tak minum coffee >.< Housemate saya review cakap sedap! Apa-apapun thank you very much Kak Nona dan Kak Amie. Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Aamiin aamiin ya rabbal alamin 💖

10 comments

  1. Alhamdulillah, jadi biskut pun nama terlekat juga. Hehe. Kira banyak komen sampai boleh tampung masa hilang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Masih ada rezeki. It's ok. buat benda at your own pace. utamakan yang penting. take care

    ReplyDelete
  3. Rezeki tak pernah salah alamat. Alhamdulillah..Tahniah Atiqah :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillahhh.. tahniahh.. selamat jugak sampai.. Terima kasih sekali lagi ye singgah blog akak..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Kiriman selamat sampai.
    Happy blogging Atiqah.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)