Aku mulakan entri pertama di bulan Januari 2022 dengan lafaz bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum semuanya! Dah masuk 23 Januari ya, baru berkesempatan nak update entri pertama bagi tahun 2022. Busy mengalahkan pak menteri!
Macam aku tulis dalam entri-entri sebelum ni, aku banyak menghabiskan masa dengan berbaring atas katil dan know know dah hari Ahad malam Isnin :') Weekend aku tak pergi mana pun, tapi itulah. Nak buka laptop tu Allah je tahu betapa malasnya diriku kikiki. Sampai berhabuk laptop! Lama sangat dibiarkan terdampar atas lantai.
Apa-apapun Selamat Tahun Baru teman-temanku sekalian! Semoga tahun ini lagi baik daripada tahun tahun sebelum ini. Walaupun baru masuk 23 Januari, dah macam macam dah yang berlaku dalam Malaysia. Ok skip!
Alhamdulillah, kontrak kerja sebagai personel MySTEP aku disambung selama setahun yang bermaksud aku akan kerja sampai 31 Disember 2022. Lega bila kontrak disambung selama setahun. Tapi adakah aku akan kekal sebagai personel MySTEP sampai hujung tahun? Hanya Allah s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui. Tapi buat masa sekarang, aku masih mencari rezeki kais pagi, makan malam sebagai personel MySTEP di Putrajaya.
Di syarikat mana? Bak tajuk lagu Siti Nurhaliza, 'biarlah rahsia'. Menjaga privasi diri aku. Ada dalam 3 ke 4 orang yang hantar email kepada aku dan bertanyakan pengalaman aku bekerja sebagai MySTEP macam mana. Suruh aku kongsikan dalam blog aku. Senang untuk mereka baca. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk menceritakan pengalaman aku sebab malas yang amat.
Dah draft dah sikit sikit tapi tak tahulah bila aku nak siap taip full story. In shaa Allah nanti aku akan publish satu entri berdasarkan pengalaman aku sendiri sebagai personel MySTEP. Sampai ketemu di lain entri! Bye!
Alhamdulillah disambung. Hehe penat sangat kerja sampai tidak larat buka lappy.
ReplyDeleteLama x nampak Atikah ni...mana la dia hilang..sibuk kerja rupanya..selamat tahun baru Atikah
ReplyDeletestay safe dan semoga allah murahkan rezeki selalu. :)
ReplyDeleteSemoga Atiqah sentiasa diberikan keafiaatan dalam menjalankan tugas.
ReplyDeleteselamat tahun baru Atiqah! Alhamdulillah kontrak disambung. selamat bekerja dengan jayanya. take care, stay safe dan semoga Allah permudahkan urusan
ReplyDeleteSelamat tahun baru juga Atikah <3
ReplyDeleteSelamat tahun baru Atiqah.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki Atiqah dapat sambung kontrak.
Selamat tahun baharu 2022 Atiqah.
ReplyDeleteMoga rezeki terus berpihak kepada Atiqah.
Alhamdulillah, good news tu :D
ReplyDeleteMoga tahun baru membawa lebih sinar kejayaan utk Atiqah.
slmt thn baru 2022
ReplyDeleteSelamat tahun baru Tiqah. Okeylah tu disambung kontrak lagi. Rejeki jangan ditolak. Selamat bekerja 😘.
ReplyDelete