Tapi bila fikir-fikirkan balik aku terpaksa reject appointment ni sebab aku dapat di Terengganu. Malas nak balik sebab cuti aku limited :') Cuti yang aku dapat sepanjang setahun kontrak ialah 12 hari sahaja. Bermaksud satu bulan satu cuti. Jadi, aku terpaksa reject. Aku simpan cuti untuk hari raya puasa nanti, raya haji dan kecemasan.
Jangan ingat aku anti-booster pula. Aku memang dah niat lama dah nak pergi cucuk booster dekat klinik swasta di Putrajaya ni. Tapi macam biasalah, tak pergi pergi. At least klinik swasta ni dekat lah dengan bilik sewa aku. Tak payahlah aku nak kena balik Terengganu.
Housemate aku yang pergi cucuk booster dulu, tu aku pun fikir baik aku cucuk booster dekat klinik sama dengan housemate aku pergi. Free sahaja. Tapi kena set appointment dululah. Tak boleh nak walk in begitu sahaja.
Tapi satu persoalan yang bermain-main di minda aku, kalau aku reject appointment dalam MySejahtera ni, nanti akan jejaskan apa-apa ke? Contoh dah tak boleh nak cucuk booster dekat tempat lain ke dan sebagainya. Risau juga. Tapi kawan aku cakap tak ada masalah pun kalau reject appointment booster dalam MySejahtera ni dan pergi cucuk dekat tempat lain. Janji cucuk. Gitu. Ada sesiapa tahu ke?
Betullah apa yg kawan Atiqah beritahu tu, cuma tulah, bila dah cancel, mgkin nak tggu appointment yg baru tu, lambat sikit.
ReplyDeletetakpe..kalau tak boleh elak, reject saja. tunggu next appointment. tukar alamat semasa
ReplyDeletepergi je klinik tu sebab nanti dia yang akan update dalam mysejahtera. I punya appointment pun mintak anjak sebab tak sihat sangat nak pergi masa tarikh yang dia bagi tu.
ReplyDeleteklinik tu = klinik housemate pergi cucuk booster hehe
Deleteboleh je pergi sendiri, tapi lambat sikitlah nak update berbanding pergi by appointment yang MyS setkan. Kalau request reschedule dan bagi alamat semasa pun boleh.
ReplyDeleteBoleh je reject, nanti dia akan bagi date lain. Atau boleh walk in mana mana PPV/ Klinik yang ada offer booster walk in. Nanti dorang akan update dalam MySejahtera lepas dapat booster.
ReplyDeletekalau ikut pengalaman kawan-lawan kak PC mereka ada je yang reject malah bukan sekali ada yang dua tiga kali, tapi in sya Allah dan alhamdulillah nanti diberi tarikh baharu.
ReplyDeletekalau dah walk in tu update ya dan kat mana?
ReplyDeleteBaik in shaa Allah, nanti saya update ya :)
DeleteAkak baca komen orang baru tahu boleh buat tempat lain.
ReplyDeleteItulah elok beritahu sudah berpindah mungkin dia akan beri pada tempat dekat Atiqah tinggal.
Reject je.. jiran akak.. dua tiga kali reject.. memula x nak.. lepastu demam.. eh memacam.. Hahaa.. Tapi tetaplah my Sejahtera tu panggil...Memang free kalau cucuk kt memana pun yang ada buat servis cucuk booster nih.. kalo mintak payment tu pelik woo.. Moga dipermudahkan urusanmu dik... Psst.. nak tanya, hadiah dah sampai ke belummm eh.. just nak hapdet aje.. heeehee
ReplyDeletexde mslh kalau reject.. kan ada letak reason kan knp kita reject.. hehhehe
ReplyDeletesaya dapat appointment booster ni tapi tak pergi nanti nak walk in je terus kat situ, sebab dia dah hantar mesej kalau tak dapat hari yg ditetapkan boleh walk in bila free.
ReplyDeletetry pergi walk in dekat klinik yg housemate awak amik tu mana tahu ada rezeki :)
Sy dpt jgk
ReplyDeleteMemandangkan faktor kesihatan sy makin batuk ni sy hold dlu .
Akak sampai ke hari ni tak ada panggil. Tunggu sajalah nampak gayanya.
ReplyDelete