Selesai Menonton Layangan Putus!

3 hari masa diambil untuk selesai menonton kesemua episode Layangan putus di WeTv. Sanggup langgan WeTv selama sebulan dengan bayaran RM7.90 sahaja. Cerita yang viral sampai kaum Adam minta drama Layangan Putus ini berhenti disiarkan.

Selesai Menonton Layangan Putus!
Layangan Putus merupakan kisah benar yang dikongsikan oleh Mommy ASF di media sosial. Mengisahkan seorang suami yang bernama Aris Pratama Sugarda yang dilakonkan oleh Reza Rahadian yang curang dengan seorang cikgu psikologi kanak-kanak yang bernama Lydia Permata Danira (Anya Geraldine). Hubungan sulit antara Aris dan Lydia mula dihidu oleh isteri Aris iaitu Kinan Aripurnami (Putri Marino) selepas Aris mula berubah iaitu suka menipu, balik kerja lewat malam dengan alasan kerja yang banyak dan juga sukar dihubungi

! Spoiler Alert !

First of all, sis terkejut tengok ada beberapa adegan atas katil dalam drama Layangan Putus ni. Dah tahu drama ni sesuai ditonton oleh seseorang yang berumur 17 tahun dan ke atas. Ingatkan kiss scene je yang ada, sekali lebih daripada itu ya 😂 Sejak bila ya drama Indonesia ada babak-babak atas katil macam tu? Aku dah lah lama tak tengok drama Indonesia. Sekali tengok, ambik kau. Cepat-cepat dilajukan. Tak sanggup nak tengok.

Jujur aku cakap, sepanjang tengok Layangan Putus ni memang penat tahan mulut daripada berkata-kata perkara yang tak elok atau senang cerita tahan daripada maki Aris dengan Lydia. Tapi ada terlepas jugalah sebab geram sangat! Si Aris punya menipu tu rasa nak cili kan saja mulut dia. Tak bersalah langsung tipu isteri yang tengah sarat mengandung.

Selesai Menonton Layangan Putus!
Tapi, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Firasat seorang isteri tak pernah salah kan? Itu orang lain yang cakaplah. Orang lain yang bergelar isteri. Aku tak tahulah kesahihannya memandangkan aku masih belum bergelar seorang isteri 😂 Tapi, aku rasa firasat isteri tu memang betul sebab ada dalam kenalan aku yang mengalami perkara yang sama dan memang betul suaminya curang. 

Aris ni depan isteri, pijak semut tak mati. Tapi belakang isteri, bermain cinta dengan Lydia. Paling tak boleh terima bila Aris bawa Lydia pergi Cappadocia. Cappadocia tu impian Kinan untuk naik belon panas dengan suami dia. Tapi last-last si suami pergi Cappadocia dengan Lydia. Bertambah-tambah broken heart Kinan.

Selesai Menonton Layangan Putus!
Tak boleh bayang kalau aku yang berada di tempat Kinan. Mengandung dan dicurangi, lepas tu anak yang dikandung meninggal dunia pulak. Double triple dugaan yang diterima oleh Kinan. Boleh meroyan. Suami curang, anak yang dikandung meninggal, nasib baik Kinan dan Aris ada anak lagi seorang yang bernama Raya. At least, Raya menjadi sumber kekuatan Kinan untuk teruskan hidup. 

Last but not least, moga-moga para isteri dan suami semuanya tak mengalami apa yang Kinan alami. Sebelum nak curang tu, fikirlah dulu pasangan masing-masing. Ingat Allah, ingat pasangan, ingat anak-anak. Kalau suami isteri bercerai, pasti memberi kesan kepada anak-anak. Nauzubillahminzalik. Moga-moga dijauhkan dari kita semua. Biarlah berlaku dalam drama je. Nak tonton Layangan Putus ni boleh tonton di WeTv ataupun iflix. Selamat menonton! 

17 comments

  1. Kesiannya Kinan.
    Memang penuh nilai dan pengajaran kisahnya ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak amie, nanti kak amie try lah tengok hehehe

      Delete
  2. dah lama rasanya tak layan drama ni. busy ngan kerja bagai. nmpk jln cerita tu mcm menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham kak awadah, saya pun tengok masa sebelum tidur, nasib baik lah setiap episode tu dalam 30 minit macam tuuu je hehehe

      Delete
  3. Belum layan lagi drama ni. Risau emo terlebih. Kalau drama cerita rekaan kurang sikit emonya. Ini kisah benar, memang betul betul emolah penonton kan. Macam tak patut je ada scene yang tak sepatutnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betul jugak kak fiza, sebab based on true story kann, kalau rekaan, memang tak rasa pape sangat hehehe. Itulah, saya rasa pun macam tak patut >.<

      Delete
  4. tak pernah layan drama ni. nanti meroyan pulak haha. suka layan thai drama lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk benor tuu sampai meroyan hahahaha. Saya tak pernah lagi tengok drama thai, tak tahu drama apa yang best hehehe

      Delete
  5. sbb tu 17+ kott ada adegan terlampau rupanye.. 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya patut 18+ ke atas baru betul wak hahaha, saya yang umur 25 ni pun tak sanggup nak tengok >.<

      Delete
  6. ehhh drama dari negara seberang keee hahahahah ingatkan drama malaysiaaa, akibat baca tajuk and plot tanpa tgk barisan pelakon 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, dulu saya ingat drama Malaysia jugak, tapi bila tengok pelakon baru tahuuuu drama dari negara sebarang rupanya hahaha

      Delete
  7. Aiguuu... sis gigih nak tengok sebab nak menangiS. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA sebab nak menangis eh, tapi ada jugaklah scene yang menitikkan air mata gituuuuu

      Delete
  8. Tak sanggup nak tengok. Nanti lagi bertambah takut nak kahwin. Huhu

    ReplyDelete
  9. Layan drama ni time ongoing. Memang geram gila tunggu everyweek !

    ReplyDelete
  10. Terseksa emosi tengok cerita ni. Rasa nak hempuk-hempuk je screen handphone. Rawrrrr. Automatik bertukar jadi Nala (Lion King).

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)