Hari jumaat lepas pergi FamilyMart untuk beli makanan tengah hari. Dah tak berapa suka pergi cafe company sebab lauk yang sama sahaja dimasak setiap hari. Kadang-kadang tepu otak fikir nak makan apa. Memang boleh hafal lauk yang cafe masak setiap hari. Ini bukan aku seorang sahaja ya yang cakap pasal ni, even staff lain pun ada merungut benda yang sama.
Alang-alang rehat hari Jumaat panjang, jadi aku pun pergilah FamilyMart. Mujurlah dekat je FamilyMart tu. Jalan kaki dalam 3 atau 4 minit dah sampai. Duduk termenung depan rak makanan sebab tak tahu jugak nak makan apa HAHAHA. Last-last ambil Golden Salted Egg Chahan.
Itulah golden salted egg chahan yang berharga RM6.20. Kecil sahaja portionnya. Dan tak cukup. Lepas makan tu aku masih rasa lapar ya teman teman sebab sikit 😂 Udang pun 2 ekor je, size besar sikit daripada udang kering kikiki.
Overall, bagi aku rasa dia sedap. Memang rasalah salted egg tu. Bagi first time makan macam aku, memang boleh diterima oleh anak tekak. Kalau tak boleh terima, memang tak habis aku makan. Tapi makanan dari FamilyMart semua sedap sedap kot? Jaranglah tak sedap (in my opinion lah). Tak dilupakan original pudding which is my favorite pudding! Sedap gila! Manis! Tapi pricey sikit. Harga pun RM6.20. Dah sama mahal dengan Golden Salted Egg Chahan tadi hahaha.
Size pun kecil sahaja. Bagi aku memang tak puas lah makan. Benda sedap kot, tapi size kecil. Nak beli banyak bekas kang nanti pokai aku HAHAHA. Jarang jarang sekali bolehlah beli. Serious talk, memang sedap! Pudding dia lembut. Memang tak menyesal beli walaupun harga yahudi kah! Next time boleh beli pudding perisa lain pulak sebab kalau tak silap aku pudding FamilyMart ni ada dalam 2 atau 3 jenis. Kalau tak silaplah.
Nota jemari: Apa makanan favorite korang kalau singgah FamilyMart? Mind to share? Nanti bolehlah aku try sekali hehehe
Tak pernah masuk sendiri lagi. Hehe. Biasa kirim oden je.. nak kena masuk sendiri ni baru puas hati..
ReplyDeleteDuhduh... Puding tu mengoda. Akak pun suka makan puding.
ReplyDeleteHahaha... Kalau dah hari² lauk yang sama, mana tak nya tepu otak fikir nak makan apa. Kan?
spicy macaroni dengan salted egg chicken popcorn
ReplyDeleteSudahlah sedikit, sedap pula ye Atiqah. Memang kena repeat lagilah jawabnya.
ReplyDeletenampak sedap nasi dan puding tu. mama tak penah cuba lagi
ReplyDeleteMemang jemu kalau menu yang sama je kan. Eloklah ubah selera sesekali. Nampak sedap pulak nasi goreng, porsi sikit memang takleh share ni. Belum pernah lagi rasa puding FM. Setakat ni suka corndog kot.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera...
ReplyDeleteDah lama tak pergi family mart. Pernah cuba beberapa makanan je.
ReplyDeletefamily mart ni macam eco 2 tapi versi food lah . kluar mesti berbag bag
ReplyDeleteAkak paling suka puding tu 😋💕. Pernah cuba makan yang nasi2 ni. Tapi macam tak kena pada tekak lah 😂.
ReplyDeletePaling suka beli onigiri..
ReplyDeleteNasi tu nampak menarik.. tapi comel sangat..