21 March 2022 haritu housemates tiba-tiba ajak makan malam sama-sama. Tiberr sangat hahaha. Kami berempat tak permah makan malam dekat luar bersama-sama. Dalam rumah tu pernahlah. Mula-mula aku tak nak pergi sebab dah beli lauk untuk makan malam nanti, just masak nasi je nanti bila balik kerja. Tapi bila fikirkan balik, join jelah sekali mereka bertiga sebab bukan selalu kan. Gituh.
Sampai rumah dalam pukul 5 petang, solat asar then tunggu housemate lagi seorang belum sampai rumah. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 5.30 petang jugaklah naik grab pergi MyViets, Ayer 8. Dekat je. Tambang grab RM7.00. Aku macam terkejut jugak sebab ingatkan nak pergi makan malam dekat kedai masakan Melayu, rupanya nak pergi makan dekat MyViets. Aku dah lah tak pernah makan. First time! Tapi bedal jelah. Nanti sampai, tengoklah menu apa yang ada kan.
Aku order menu simple je sebab nak buat alas perut je. Lauk dah beli dah, nanti balik rumah nak makan nasi lagi. Mahu kembung perut aku nanti.
Makanan pertama yang sampai lepas siap order. Kena order melalui QR Code yang disediakan. Kiranya scan QR Code then nanti automatik dia akan bawa kita ke link untuk order makanan. Kalau tak silap aku, nama menu ni Grilled Marinated Chicken with Lemongrass and Lime Leaf. Harga mungkin RM15.90. Maafkan aku kalau salah sebab dah lupa resit letak mana.
Aku dengan housemate yang tak makan sayur ternganga kejap bila makanan ni sampai HAHAHA. Sebab penuh sayur! Kami bukan tak makan sayur tapi ada sesetengah sayur je yang makan. Paling tak suka taugeh! Housemate cakap sedap. Ayam pun sedap. Aku try rasa ayam and memang sedap. Ayam apa je yang tak sedap kan? Hihihi.
Makanan kedua yang sampai iaitu Summer Rolls with Prawns and Crabsticks. Harga aku tak ingat. Tapi bawah RM13 kalau tak silap. Yang ni pun not bad. Tapi sos dia tak berapa sedap dan sikit. Satu mangkuk kecil tu mana cukup kalau nak cicah dengan 6 summer rolls tu. Sudahnya makan gitu je. Tak cicah cicah sos dah.
Atas: Chicken Dumpling (10 pieces)
Bawah: Famous Salted Egg Prawns with Rice
Harga aku tak ingat. Ni housemate yang sama order dua makanan ni. Dia memang kelaparan sebab dari pagi tak makan-makan sebab kerja banyak. Untuk kedua-dua makanan ni, dia cakap sedap! Berbaloi makan dan bayar dengan harga yang mahal 😂 Kiranya puas hatilah makan. Tak sia-sia dia kelaparan dari pagi hari.
Dan yang terakhir aku ambil ialah Butter Chicken Wings. Makanan yang aku order. Kalau tak silap harga dalam RM11.99. Dalam menu tulis wings, tapi aku dapat 2 ketul wings dan 2 ketul paha yang kecil. Tak kisah pun sebab dua-dua aku makan. And paling penting sedap! Makan time panas-panas lagi sedap! Tapi keciwa sikit sebab size dia kecil sangat :') Dah macam ayam kepci pulak kikiki.
Ada satu lagi makanan yang aku tak ambil gambar sebab lambat gila sampai! Frust housemate ketiga aku tunggu! Member dahlah penat balik kerja, dia sampai dekat kedai tu pun dalam pukul 6.15 petang macam tu. Kami bertiga dah sampai dalam pukul 5.40 petang dah. Siap boleh sembang-sembang, gelak-gelak, selfie sekeping dua. Tapi makanan dia tak sampai-sampai, sampailah aku tanya. Itupun tak sampai on the spot. Dalam 30 minit kemudian, baru sampai!
Secara keseluruhan, kami berempat berpuas hatilah dengan makanan yang dihidangkan. Housemates cakap sekali sekala makan makanan yang mahal hehehe. Next time, makan makanan lain pulak!
orang Vietnam memang suka makan sayur. sebab tu kot badan cantik. huhu. sayang jugak summer rolls tu sos kurang sedap
ReplyDeletePeha ayam yg kecik tu bahagian sayap, hurmm, cam siku ayam la kot, hehehe.
ReplyDeleteNampak sedap. Terus rasa macam kebulur ni.. 😂.. bukan lapar dah ni.. hehe..
ReplyDeleteMasakan Vietnam ni sedap kalau pandai pilih apa nak makan lagipun makanan dorang sihat...banyak sayur2..
ReplyDeletemakanan vietnam memang banyak ulaman, kalau nak buat makan saja-saja oklah kot kalau nk makan sebab lapar atau macam tak kenyang je nengok kecik2 gitu hahhaha
ReplyDeleteYang makanan roll macam popia tu saya pernah rasa.. Isteri saya beli.. Sedaplah juga
ReplyDeleteAkak suka sayur especially taugeh!Selamat menyambut Ramadhan Tiqah.
ReplyDeleteSuka juga makanan Vietnam. Rasa sihat makan banyak ulam dan sayur. Hehe.
ReplyDeletennti wak bgtau kawan sekerja vietnam kat sini ye.. hehehe
ReplyDeleteMakanan vietnam ni x sah klu x makan vietnamese rolls hahah... Gg penting sos cicah tu...
ReplyDeleteSesekali orang ajak, kita join lah jugak kan. Makan nasi moreh nanti pun boleh. Sedap sedap menu Vietnam food. Sedih tengok saiz ayam tu. Entah entah drummet kot bukan paha. Suka makanan vietnam ni banyak sayur, saya pencinta sayur dah tentu suka. hehehe...
ReplyDeleteSelamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa Atiqah :)
ReplyDeletePergh!! Servis lambat gila tu.. memang boleh buat mood spoil.. kesian dekat housemate tu..
ReplyDeleteKalau Mrs. A pergi resto yang ada makanan vietnam pun tetap order nasi heehehee
ReplyDeleteSelamat HAri raya tiqah :) lama dia sepi ni
ReplyDeleteTak pernah makan lg
ReplyDelete