Renew Domain Blog di NetKL Selepas Setahun

Ya Allah, tahu tahu dah dua bulan ya aku tak update blog since 29 March lepas. Penyakit malas makin menjadi-jadi masa bulan puasa, sampai terbawa-bawa ke bulan syawal. Inipun dah masuk penghujung syawal dah. Sekejap je masa berlalu. 

Aku ada baca komen Kak Ret yang wish "Selamat Hari Raya, lama budak ni menghilang." Maafkan saya Kak Ret hahaha. Aku Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk hidup di muka bumi ini dan dikurniakan kesihatan yang baik baik selalu. Rutin harian aku masih sama seperti dulu. Tak ada apa-apa yang berubah pun kecuali tempat duduk aku. Aku pindah meja sebelah selepas partner meja sebelah dah berhenti kerja. Aku pindah sebab tempat tu tertutup kiri kanan. Tempat aku yang lama tutup belah kri je which is pemisah antara meja aku dengan meja sebelah. Belah kanan terlopong tak ada tutup tutup. So macam tak ada privasi. Aku dahlah suka bersila atas kerusi, kadang-kadang waktu rehat aku tidur. So, lepas partner meja sebelah berhenti, aku terus pindah sebelum orang lain masuk. Nasib baik pegawai tak bising, siap sokong lagi kikiki. 

Penangan dua bulan tinggal blog, memang kaw-kaw pageview blog jatuh. Target nak capai 1 USD setiap hari pun memang ke laut china selatan lah jawabnya! Kalau ikutkan hati, memang banyak benda nak diceritakan. Iyelah dah dua bulan ditinggalkan. Kalau rumah ni memang berhabuk lah. Siap bersawang kot. Tapi tak apa, kita cerita mana yang penting jelah, iyedok? 

Tapi apa-apapun aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali aku walaupun kenal melalui blog sahaja. Aku minta maaf andaikata ada terkasar bahasa, terlebih bicara. Nasib baik sempat wish sebelum syawal habis walaupun hari ini dah masuk 27 syawal 😂 Penangan dua tahun tak beraya, sampai sekarang masih ada yang buat open house kan? Aku tak ada dijemput, tapi tengok story kawan-kawan lah. Ada yang masih rancak ziarah-menziarahi kawan-kawan atau sedara mara mereka. 

Back to the main topic! Pejam celik pejam celik dah cukup setahun masa berlalu. Tahu tahu dapat email daripada NetKL suruh renew domain blog sebelum 09 June. Sekejap sungguh ya masa berlalu. Rasa macam baru haritu beli domain, tup tup dah kena renew domain blog. 

Renew Domain Blog di NetKL Selepas Setahun
Berbaloilah RM65.00 untuk setahun. Dulu RM45.00 setahun, tapi since NetKL umumkan harga baru domain bermula 01 September 2021, jadilah RM50.00. Lagi RM15.00 untuk id protection. So total bersih jadilah RM65.00. Salah satu investment untuk blog. Tapi itulah, nak kena rajin update bloglah lepas ni. Renew awal tak kalut! Walaupun gaji lambat lagi, tapi renew jelah awal awal untuk mengelakkan berlaku masalah pada website. Sampai bertemu di lain entri! In shaa Allah. Selamat Hari Raya Aidilfitri! 💜 

13 comments

  1. Dah sampai target tak tu, nak dapat USD1 sehari?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Bila dah renew dah legakan.

    ReplyDelete
  3. Rasa macam baru je Atiqah tukar domain. Dah sampai setahun dah ye. Hehe..

    ReplyDelete
  4. aah kan..bab renew domain ni...rasa cepat nau masa berlalu

    ReplyDelete
  5. welcome back. selamat hari raya.. :)

    ReplyDelete
  6. Itulah terfikir ke mana Atiqah menghilang.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan Atiqah untuk blogging.

    ReplyDelete
  8. Ingatkan hilang mano... Tahniah dah renew domain. Keep blogging... Moga tercapai impian 1usd setiap hari! Salam Aidilfitri jugak.. Maaf salah silap....

    ReplyDelete
  9. Selamat raya Tikah
    patuttt sepi lamaaa

    ReplyDelete
  10. Akak punya bulan depan kena renew kalau tak silap. hu3.
    BTW, lama betol menghilang yaaa..

    ReplyDelete
  11. Okaylah Harga tu utk setahun kan. Kena rajin update blog ni supaya tk rasa rugi bayar xD

    ReplyDelete
  12. dah makin mahal kan tapi utk jana income dari blog, mmg berbaloi

    ReplyDelete
  13. Senang renew awal tak kalut. Makin lama macam makin mahal lak domain sekarang ni. Bertabahlah kita membayarnya.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)