Tahun Ketiga Belas

Tahun Ketiga Belas

Assalamualaikum semuanya! Lama betul menghilang. Last post 29 May dan sekarang dah 15 July. Tak ada niat untuk menghilangkan diri, kekangan masa dan idea untuk update blog dan ditambah dengan ujian di mana hujung bulan June, aku berdepan dengan masalah peribadi yang sangat tak mampu untuk aku luahkan di sini. Tak nak olah panjang lebar, nanti nangis lagi HAHAHA. Nanti habis kering air mata aku. Dahlah setiap malam menangis sampai tertidur :')

Macam biasa bila sampai tarikh 15 July, maka bertambah lagi ulang tahun kematian arwah ibu aku. Tahun ni cukup tiga belas tahun arwah ibu aku pergi tinggalkan aku semua. Sekejap je masa berlalu. Memang sekejap sungguh. Sekarang pergi kerja pun rasa cepat sungguh hari berlalu. Mula mula monday blues, eh eh tahu tahu dah hari Jumaat dah! Dunia akhir zaman kan? Sebulan rasa macam seminggu, seminggu rasa macam sehari.

Kalau orang tanya aku, apa kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup aku, aku akan jawab tarikh 15 July 2009 merupakan tarikh kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup aku. Kehilangan seorang ibu yang merupakan syurga aku, penguat semangat aku memang cukup pahit sekali. Sampai sekarang masih terasa kehilangan dirinya. 

Jealous ya teman teman bila tengok kawan-kawan atau housemates yang masih ada emak, ibu, mama, mommy. Setiap malam video call tanya khabar masing-masing, tanya apa yang berlaku hari ini, makan apa, sihat ke tidak dan sebagainya. Kita pendam seorang diri jelah. Nak share masalah dengan adik beradik pun rasa macam buang tabiat pulak sebab memang jaranglah share masalah dengan adik beradik hehehe.

Bukan tak redha, cuma terkilan tak sempat nak berjasa dengan arwah ibu sebab arwah ibu pergi tinggalkan aku masa aku berumur 12 tahun. Tapi itu semua kerja Allah, tak ada apa yang dapat aku lakukan kecuali berdoa banyak banyak untuk arwah ibu aku supaya Allah ampunkan segala dosa-dosanya, dilapangkan kuburnya dan dijauhkan seksa Mungkar dan Nangkir. 

Rasa nak menangis pulak HAHAHA. Rindu hanya Allah saja yang tahu. Rindu nak dengar suara arwah ibu. Zaman dulu tak ada telefon canggih, tak ada nak record video ke apa ke. Hanya ada gambar je yang jadi tempat lepaskan kerinduan.

Itupun kebanyakan gambar dah banyak rosak sebab kena makan dek anai-anai. Ada beberapa je yang sempat ambil untuk dijadikan simpanan. Okay teman-teman, sebelum empangan air mata pecah, baiklah aku berhenti disini dulu. Sampai ketemu di lain entri!

Al-Fatihah Hasfiah Othman,
29 Dec 1954 - 15 July 2009
11.15 pagi @ Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

7 comments

  1. Al-Fatihah untuk arwah ibu Atiqah.
    Moga arwah ditempatkan bersama orang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  2. Alfatihah untuk arwah ibu AN~
    akak juga rasa mcm tu, kalau kak pun kehilangan mak xtahu laa ape prasaan masa tu..dun worry AN sentiasa berdoa untuk arwah emak ye :)

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah kuhadiahkan buat Hasfiah Othman, ratu hati Atiqah.

    ReplyDelete
  4. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

    ReplyDelete
  5. Semoga arwah tenang di sana. Insha Allah pahala sentiasa berjalan jika doa anak solehah.. :)

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah. Memang dah redha. Cuma menanggung rasa rindu itu yang tersangat perit.

    ReplyDelete
  7. Menanggung rindu yang tak berpenghujung tu memang sakit. Keep strong Atiqah.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)