Menjadi seorang juruwang tu merupakan salah satu cita-cita aku masa kecil. Betul ya, sikit tak tipu. Aku suka betul bila teman family pergi shopping barang dapur dan sampai giliran family aku untuk bayar, aku akan tengok cashier scan setiap satu barang yang dibeli. Tengok cashier tekan tekan mesin wang tu aku rasa macam WOW!
Sekarang dah jarang main games sebab kekangan masa, cumanya bila boring sangat, aku akan main Sudoku tapi jaranglah sebab aku ni boleh tahan loadingnya bila main Sudoku HAHAHA. Tengok kakak aku main Sudoku senang gila, bila time aku, me be like what is this? Tapi kejap, Sudoku ni dikira adik beradik dengan game matematik jugak kan?
Mengasah Bakat dan Minda Diri Sendiri dengan Game Matematik bersama Calculators.org
Jadi, sesiapa nak asah bakat dan minda dengan game Matematik macam aku boleh pergi website Calculators.org. Banyak sangat game matematik tapi bagi aku tak adalah susah sangat pun, simple sahaja. Tapi bila dah berkait dengan pengiraan ni haruslah ada masanya. Kalau lambat memang kalah teruslah. Tapi tak apa, boleh cuba banyak kali sampai mahir. Tak ada masalah! Dalam banyak-banyak games, ada beberapa games yang menarik perhatian aku antaranya ialah:
Bersesuaian dengan cita-cita sejak kecil, mestilah wajib aku main game ni HAHAHA. Cita-cita dulu nak jadi cashier tapi tak kesampaian so jadi cashier dalam game pun bolehlah!
Game ni simple je sebab just tekan-tekan nilai barang yang dibeli oleh customer. Tapi permulaan nak main tu aku pening sikit part pulangkan baki. Tapi bila dah main lama-lama dah okay dah. Tapi tak syok mana sebab tekan keyboard aje, nak tekan mesin duit yang betul! Baru feel gitu.
Game ni pun salah satu game aku suka main. Walaupun simple tapi bila otak dah berkarat, makan masa jugak nak jawab sesetengah soalan. Nak nak soalan yang jawapan dia jadi (-). Tapi best! Boleh ajar adik-adik atau macam aku ni ajar anak saudara yang baru nak belajar mengira pun boleh. Tapi yang lebihnya si mak cik saudaranya HAHAHA. Anak buah aku jawab sekejap je terus tengok aku je yang jawab.
So game ni macam ini sahaja. Tapi tapi tapi, game ni ada masanya. Lambat jawab memang kalah terus. Awal awal memang simple calculation je dia bagi, tapi bila dah lama tu memang makin susah soalannya. Tapi ralik main game ni. Aku pun tak tahu hahaha.
Banyak je game lain yang menarik lagi tapi bagi aku game crazy math game ni pun dah cukup best sebab game ni ada masa yang ditetapkan so dia mengasah otak aku untuk berfikir dengan pantas dalam masa 5 saat! Sekali sekala boleh lah cuci otak yang dah berkarat ni. Tapi janganlah sampai stress pulak. Main games untuk hilangkan stress, tapi makin bertambah stress pulak bila tak boleh jawab soalannya. Ya, itulah aku 😂
alamak..MY buka otak matematik..takut nak main game gini
ReplyDeleteSaya suka matematik! Kalau sudoku best bila main beli buku tu haha
ReplyDeleteNak kena banyak berfikir matematik.. aduh . Hihi
ReplyDeletelama tak main memang sah tak dpt kira. haha
ReplyDeletelama x buat kira-kira hahhaa... takut nnt stress main game yg bakal gagal je ni hahah
ReplyDeleteJadi seronok sambil main games boleh tingkatkan ilmu matematik kan.
ReplyDelete