Assalamualaikum teman-teman! Kembali bersiaran pada pagi ini bersama diriku. Betul-betul berhabuk blog aku sekarang ni, jengah blog gitu-gitu aje. Itupun buka melalui telefon. Bukan tak ada masa tapi yang sebetulnya tak ada mood. Nak menulis ni memerlukan mood, baru idea datang mencurah-curah. Kalau tak ada mood, memang dalam draft lah jawabnya post yang nak publish tu.
Okay short story, harini nak cerita pengalaman berkayak selepas beberapa belas tahun tak berkayak. Seingat aku, last aku berkayak semasa aku Tingkatan 1 atau 2 mungkin? Itupun kena paksa join aktiviti kayak dengan cikgu pengiring. Aktiviti berkayak ni bukanlah aktiviti yang dirancang, dia tiba-tiba "jom kayak" by my housemates. Dah tepu otak tak tahu nak pergi mana, nak pergi mall pun dah kebosanan, jadi, kita pergilah buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Biar terbakar kalori dalam badan gitu.
Mulanya nak pergi berkayak dekat Kelab Tasik Putrajaya, tapi dah full booking. Ingatkan boleh walk-in tapi kena booking dulu. Search google, tiba-tiba teringat macam pernah nampak orang berkayak dekat Sisiran Floria, Putrajaya. Terus call dan kemudian staff mereka cakap boleh walk-in sahaja. Tak payah booking. Jadi kami terus pergi Sisiran Floria.
Boleh call: 011-5552 7110
Dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Harga RM15.00 untuk kayak double selama 1 jam.
Sesungguhnya sangat tenang ya dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah. Walaupun sedikit pening sebab berombak, tapi ketenangan tu tetap ada. Rasa macam hilang sekejap kesedihan atau masalah yang ada dalam hidup.
Kami berempat tak berani nak pergi jauh-jauh sebab takut terlajak jauh nanti kang. Lagi satu takut bertembung dengan kapal cruise, staff mereka pun ada pesan jangan melebihi border yang mereka telah tetapkan. Mereka pun ada ajar cara nak pegang paddle, nak kayuh ke kiri macam mana, ke kanan macam mana. So jangan risau, memang semua diajar. Staff pun friendly.
Aku siap tanya pernah tak orang jatuh dalam air tu, staff cakap tak akan jatuhnya. Dia siap goncang lagi boat kayak aku tu nak membuktikan tak akan jatuhnya dalam air HAHAHA. Aku cuak weh sebab aku tak pandai berenang! Even pakai jaket keselamatan pun aku tak yakin kalau misal kata aku terjatuh dalam air.
Oh ya, jangan lupa pakai sunscreen ya kalau tak nak kulit jadi hitam. Add-on spek hitam pun lagi boek! Bolehlah bergaya ambil gambar masa tengah berkayak. Lenguh tangan itu pasti. Tapi bukan selalu kan? Sekali sekala aje. Tapi kalau sesiapa berminat memang setiap minggu bolehlah pergi main. Tak ada masalah.
Aku suka boat kayak dekat Sisiran Floria ni sebab tak bocor jadi memang tak basah. Aku basah sikit sikit sebab partner boat merangkap housemate aku tu terkayuh kuat so air merecik kena pada aku yang dekat belakang tapi small matter!
Aku suka duduk bawah jambatan sebab teduh dan berangin! Memang hilang peluh. Mula-mula nak ambil untuk 2 jam tapi itulah 1 jam pun aku dah exhausted! HAHAHAHA. Nasib baiklah tak ambil 2 jam. Kalau tak memang pengsanlah aku dalam boat kayak tu nanti. Repeat? YES. Next story aku berkayak dengan rakan sekerja pulak sempena birthday aku 10 Oktober tempoh hari. Nanti aku cerita di lain hari. Bye!
Nota jemari: Nak upload video berkayak tapi tak boleh pulak.
Serius ke takkan jatuh?
ReplyDeleteHAHAHA confirm tak akan jatuh kak SK!
Deletehahahaha kalau dia goncang kayak tu I dah menjerit dah sebab tak reti berenang jugak. Dulu pakai jaket pun tenggelam gak haha
ReplyDeleteKita samalah ana, sama sama tenggelam, jaket keselamatan yang timbul, orangnya duk dalam air hahaha
DeleteSeronoknya! Haha kalau berdua kuat sedikit boleh kayuh jauh.
ReplyDeleteMemang penat tapi puas.
Betul Kak Wina, kalau berdua ok sikit, kalau sorang letih, sorang boleh kayuh. Betul betul puas!
Deletebestnya berkayak! akk xpernah rs lg berkayak tu camne..
ReplyDeletetp kalo tgk air rs takut.. haha..
Wah best2... Kita x pernah main kayak wak... Mcm awak jgk la takut klu terjatuh hahahdhaa..
ReplyDeleteBestnya! Kalau akak pun takut jatuh walaupun suka air sebab malas kang kena tukar baju pulak. dah lama tak berkayak. best jugak ni
ReplyDeleteSyok juga berkayak ni. Tulah, risau betul jatuh sebab kita tak pandai berenang. Kalau diyakini tak jatuh okaylah kan. Lega sikit dengar. Nanti boleh cuba berkayak kat sini.
ReplyDeleteBestnya dapat berkayak. Akak x reti berenang. Tapi kalau ada life jacket, jauh mendayungnya. Hi3.
ReplyDelete