Happy Belated Birthday!

Happy Belated Birthday!
Lama sangat tertangguh entri birthday ni, hari ini baru berkesempatan untuk menaip. Tak apalah tak post exactly on 10 Oktober, janji ada post jugak hehehe. Memang tajuk entri jadi "Happy Belated Birthday" lah jawabnya. 

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih celik) genap 25 tahun usia aku pada 10 Oktober tempoh hari. Dah besar panjang dah ghupanya! Macam tak percaya lagi 5 tahun aku akan berusia 30 tahun! Dah habis belajar dah, dah bekerjaya dah walaupun hanya kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Eh! Yeke? 

Birthday tahun ni lain sikit daripada birthday sebelum-sebelum ni sebab birthday tahun ni disambut dengan kawan-kawan satu tempat kerja. Sebelum-sebelum ni dengan orang lain tapi the rest is history hahaha. Awal pagi kami berempat picnic di tepi tasik sambil makan McDonalds. Aku suka menu breakfast McDonalds! Sebab ada pancake! Sebab ada hashbrown! Lepak lepak sambil makan. 

Happy Belated Birthday!
Aku beli satu slice kek Secret Recipe. My favorite Chocolate Indulgence! Request nak tulis Happy Birthday tapi macam panjang sangat, so staff Secret Recipe pendekkan jadi "HB!" sahaja.

Happy Belated Birthday!
Belon yang kawan aku tiupkan. Sampai sekarang masih ada belon ni. Masih gemok! Tak kempis langsung. Mungkin boleh recycle next birthday pulak ke? Hahaha. 

To my friends: Terima kasih untuk satu hari yang korang habiskan untuk sambut birthday aku. Terima kasih hadiahkan aku sehelai blouse! Terima kasih sebab selalu ada walaupun kita baru start rapat since bulan Julai tempoh hari. Dulu aku sombong tak join group diorang sebab nampak diorang dah ada geng, aku jadi seganlah nak join. Tapi lepas aku broken haritu, aku mula rapat dengan diorang. 

Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila! Ada sesetengah orang cakap, kawan dekat tempat kerja ni hanya setakat di tempat kerja sahaja kan? Tapi bagi aku, dioranglah kawan-kawan aku dalam dan luar tempat kerja. Aku selesa dengan diorang walaupun berbeza usia. Yang penting, jiwa muda!

Happy Belated Birthday!
Sepatutnya ada lagi 2 orang tapi mereka berdua tak dapat join. Kami berlima Mystep. Lagi seorang tu dah bekerja di tempat lain tapi masih berhubungan dengan kami semua. Semoga tahun depan kontrak Mystep kami semua masih disambung walaupun peluang tu sangatlah tipis. Semoga Allah izinkan kami bekerja di bawah bumbung yang sama lagi pada tahun hadapan. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Dah banyak plan ni nak pergi jalan-jalan sama-sama! Cant wait! 

To Najihah: Semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, dipermudah segala urusan dalam kehidupan, pekerjaan, rezeki, jodoh dan kematian, dirahmati dan dilindungi Allah selalu, dikurniakan kesihatan yang baik-baik selalu dan berbahagia selalu! Percayalah rancangan Allah itu yang terbaik untuk dirimu walaupun kadang-kadang ada air mata kesedihan atau kegembiraan yang akan mengiringi setiap langkah perjalanan hidupmu 💖

23 comments

  1. Nasib tak selsema masa masuk blog pagi tadi walaupun berhabuk. Dah dua entri ni, kuranglah sikit habuknya, kan. HB Atiqah Najihah, semoga diberi keafiaatan, berbahagia dan sejahtera selalu, insyaAllah.. Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA nasib baikkk tak selsema kan kak SK. Aamiin amiin ya rabbal alamin, semoga kata-kata yang baik ni berbalik semula kepada kak SK dan keluarga.

      Delete
  2. Amin. Seronok dapat buat rakan sekerja jadi rakan rapat di luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak wina, at least tak adalah saya keseorangan di putrajaya ni hahahaha

      Delete
  3. Hepi belated bday tiqah.. Igt x k ret citer opismet kita yg mcm tiqah tu, hahaa dia pun terpaksa la geng2 ngan kakak2 yg dah usia ni tp nasib baik kakak2 ni masih lg berjiwa muda remaja kekdahnya hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuuu kak ret! HAHAHAHA yang penting jiwa muda remaja tu kak ret, boleh jadi kawan walaupun berbeza usia gituuuuu

      Delete
  4. Happy Belated Birthday!!!! Semoga terus dilimpahkan rezeki dan kuat semangat dalam kehidupan.. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin! Terima kasih kak nona! <3

      Delete
  5. hepi belated birthday Tiqa. Semoga terus sukses dalam kerjaya, persahabatan dan jumpa pengganti yang lebih baik. jangan jadi akak, broken sampai musnahkan diri. u stay strong dan happy selalu ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin! Terima kasih kak sal! Semoga kata-kata ni berbalik semula kepada kak sal! Keep strong too kak sal! <3

      Delete
  6. Happy belated birthday Atiqah! Seronok ada kawan kawan meraikan sama. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan serta dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak fiza! Terima kasih atas ucapannya, semoga kata-kata ini berbalik semula kepada kak fiza dan keluarga! <3

      Delete
  7. Happy birthday, Atiqah. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Terima kasih jannah! <3

      Delete
  8. hi october baby! saya birthday 7/10 haritu hehehe! kita sebaya xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy belated birthday to you! Beza 3 hari je kita kan hahaha

      Delete
  9. hepi belated besday cik tiqah tuuh., ;p

    ReplyDelete
  10. Tahun ni kita sambut lagi meriah okies. janji makan sedap lagi tau...

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)