Pengalaman Bekerja sebagai Personel Mystep di Putrajaya

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah setahun lebih aku berkhidmat sebagai Personel MySTEP di salah sebuah syarikat kerajaan di Putrajaya. Syarikat apa? Biarlah rahsia bak lagu Siti Nurhaliza. Aku mula berkhidmat pada bulan Oktober 2020 dan kontrak aku masih disambung sehingga June 2023. July 2023? Masih belum ada kepastian. Tapi pegawai cakap mungkin akan disambung. Dengan izin Allah.

Pengalaman Bekerja sebagai Personel Mystep di Putrajaya
Ramai yang email aku dan tanya mengenai pengalaman aku bekerja sebagai MySTEP. Dah lama dah aku nak share tapi itulah mood malas lagi tinggi menguasai diri hehe. Tapi sebetulnya pengalaman bekerja sebagai Personel MySTEP bagi aku tidaklah sesusah mana sebab MySTEP level aku ni dikira level Sijil Pelajaran Malaysia. Kalau level Diploma mungkin akan susah sikit daripada SPM dan Ijazah Sarjana Muda lagi susah sikit dari Diploma? Tapi apa-apapun itu semua bergantung kepada syarikat masing-masing. Semua ada kelebihan dan kekurangannya.

Dulu kerja aku kena merekod data, tapi sekarang data dah habis. Jadi aku cover kerja pentadbiran. Kena scan file, kena urus jemputan untuk sebarang majlis atau program yang dianjurkan di syarikat aku bekerja dan sebagainya. Kadang-kadang tak ada kerja pun ada juga. Penat betul nak kena pura-pura busy bila bos lalu. Tapi serious aku cakap, kerja aku santai-santai sahaja. 

Awal-awal diterima masuk bekerja dulu aku menangis kot. Takut. Takut tak boleh nak buat kerja. Tapi bila masuk tu "Lah, tak berbaloi betul aku menangis haritu." Bazir air mata je menangis sebab takut tak boleh buat kerja padahal kerja tak susah pun. 

Untuk kedatangan, kalau punch in sebelum 7.30 pagi, boleh balik tepat-tepat pukul 4.30 petang. Kalau punch in pukul 8.00 pagi, boleh balik pukul 5.00 petang dan seterusnya. Kalau dulu aku pergi dan balik kerja aku akan naik bas percuma yang disediakan oleh pihak NadiPutra. Tapi masuk 01 Januari 2023, semua perhidmatan bas dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Tapi untuk tahun ni aku masih tak naik bas pergi dan balik kerja sebab aku menumpang kawan yang ada kereta untuk pergi dan balik kerja.

Apa lagi ya nak diceritakan untuk pengalaman bekerja sebagai MySTEP ni ya? Pengalaman aku tak banyak sangat sebab aku buat kerja yang sama sahaja setiap hari. Tak bosan ke? Adalah sikit sikit perasaan bosan tu tapi sementara masih belum dapat kerja lain, aku teruskan saja kerja sebagai MySTEP ni. Janji setiap bulan dapat gaji. Alhamdulillah.

10 comments

  1. Baca pengalaman orang.
    Alhamdulillah Atiqah tidak hadapi masalah di tempat kerja.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Kerja bila mula dari bawah, time dapat tawaran jawatan lebih tinggi nanti Insha Allah akan appreciate kakitangan bawahan sebab kita pernah berada di tempat dieorang. Semoga terus sukses dalam kerjaya!

    ReplyDelete
  3. janji dpt gaji dan pengalaman.. in shaa allah dpt rezeki lain nanti

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... rezeki tu dapat sambung kontrak sampai jun 2023

    ReplyDelete
  5. Faham sangat bila kena pura pura busy tu

    ReplyDelete
  6. Pengalaman tu penting.. Timba pengalaman sebanyaknya agar nanti sudah terbiasa dengan alam pekerjaan.

    ReplyDelete
  7. Pengalaman yang berharga. Susah nak dapat tu.

    ReplyDelete
  8. Sabar je la ye.. Kadang-kadang tu buat kerja pon boleh share kerja dengan kawan-kawan sekerja.hahaha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)