Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Kematian

Bersesuaian dengan surah Ali' Imran ayat 185 yang membawa maksud:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Setiap Yang Hidup Pasti Akan Merasai Kematian
Begitulah roda hidup mahkluk yang bernyawa. Nyawa yang hanya diberi pinjaman oleh Allah sebelum akhirnya akan dimatikan bila sampai masanya. Terkesan dengan pemergian arwah ayah housemate aku yang meninggal dunia Selasa minggu lepas selepas bertarung hebat dengan beberapa jenis penyakit yang akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga tercinta.

14 tahun yang lalu aku dah melalui fasa-fasa kesedihan di mana arwah ibu aku pergi buat selama-lamanya dan beberapa hari yang lepas aku turut terkesan dengan kesedihan yang dilalui oleh housemate aku. Jujur aku cakap, aku tak reti nak comfort seseorang. Tapi apa yang boleh aku lakukan, aku dengar segala luahan hati dia, bagi kata-kata semangat dan yakinkan dia bahawa arwah sudah tenang di alam barzakh sana dan arwah dah tak perlu menanggung sebarang kesakitan lagi sebagaimana arwah tanggung semasa masih hidup.

Rindu kepada orang yang sudah tiada di dunia ini memang berat untuk diungkapkan apalagi orang itu ibu bapa kita. Terlalu sulit untuk digambarkan perasaan merindui seseorang yang sudah berada di alam yang berbeza dengan kita. Hanya doa yang mampu dikirimkan sebagai pengganti rindu kepada dia yang sudah jauh dari dunia ini bersama linangan air mata. Rindu yang tak akan pernah habis, tak akan pernah berkurang sampai ajal menjemputku nanti.

Miss you ma!

Al-fatihah Hasfiah Othman.

5 comments

  1. benar. sy pun sudah merasai kehilangan. rasa sakit sangat

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailahirajiun. Benar hanya kenangan yang akan menghiasi minda. Bagi akak pula arwah datuk dan nenek yang sudah pergi memang akan teringat setiap perkara dilakukan.

    ReplyDelete
  3. "Rindu kepada orang yang sudah tiada di dunia ini memang berat untuk diungkapkan..." Amatlah benar.

    ReplyDelete
  4. Betul tuh.. Al Fatihah...Sy rindu arwah atok 😭

    ReplyDelete
  5. rindu pd mereka yg telah tiada amatlah berat menangung rindu

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)