Cashout AdSense Buat Kali Pertama

Dah lama dah tak cakap pasal AdSense. Last cakap pasal AdSense dekat entri sini. Kunun nak capai 1 USD setiap hari. Kununlah. Tapi tak pernah capai pun 1 USD setiap hari. Berbelas-belas sen je yang dapat capai setiap hari. Tapi okeylah. Blog pun sendu. Update pun jarang-jarang sekali. Mana mahunya nak capai 1 USD setiap hari.

Cashout AdSense Buat Kali Pertama

Tapi lepas setahun lebih AdSense diluluskan, akhirnya 22 Januari 2023 yang lepas, akaun AdSense aku berjaya mencapai tahap minimum yang ditetapkan oleh pihak Google iaitu sebanyak 100 USD. Setahun lebih ya teman-teman. Kalau blogger lain mungkin memerlukan masa dalam 1-3 bulan je untuk capai 100 USD kan? 

Kalau aku ni agak lamalah juga untuk capai. Tapi tak apalah sebab AdSense ni bukan sumber utama pendapatan aku. Dia jatuh kepada side income. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak apa. Bila pula nak cashout AdSense buat kali kedua? Tunggulah tahun depan bulan Disember mungkin?

Join giveaway -- Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin & NHHM

17 comments

  1. Alhamdulillah. Baik lambat daripada tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak wina, lambat pun tetap rezeki. Boleh lah buat belanja lain hehehe

      Delete
  2. alhamdulillah..congrats! ok la tu...side income sapa nak kasi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Boleh belanja beli barang lain, tak payah usik duit gaji hehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah... lambat pun ada juga. lepas nak beli baju raya tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat beli baju raya ammi, habis beli baju kerja je hahaha

      Delete
  4. tahniah.. kita jauh lagi perjalanan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you nurin! Takpe, nanti sampai masa, cukuplah 100 USD tu.

      Delete
  5. wahh bestnyaaaa. dah lama xcashout. nak dapat 1 sen tu ya allah. bersabar ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA saya faham perasan tuuuuu! Memang kena banyak bersabar ><

      Delete
  6. hahahahaa kita pun baru capai 100 usd tiqah oiii , biasa la blogger yg jarang update2 sangat... gitu la kan hehehe pape pun tahniah.. dapat gak duit beli eskrem :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh samalah kita kak ret! Kannn, jarang jarang sekali update, memang lambat lah. Kannnnnn! Lepas lah shopping baju sikit hehehe

      Delete
  7. Alhamdulillah, kita ni tak tahu lagi bila nak apply....mungkin tahun depan bulan Disember, mungkin? ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ambik masa dulu. Nanti dah stabil bolehlah apply :P

      Delete
  8. Alhamdulillah... cepat atau lambat ada juga kan.. Semoga dimurahkan rezeki selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nurul, alhamdulillah ada juga.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin. Moga Nurul dilimpahkan rezeki selalu juga ;)

      Delete
  9. Tahniah, takpe kita belajar slow slow kan

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)