Sabtu lepas tiba-tiba housemate ajak keluar cari makan untuk breakfast sekali lunch (brunch). Ingatkan nak pergi area Putrajayalah, sekali ajak pergi Negeri Sembilan! Nasib baik tak jauh mana pun Putrajaya dengan Negeri Sembilan tu.
Google punya Google, last-last sekali kami pergi kedai Gulai Omak Den. Tak jauh pun, dalam 30-40 minit dah sampai. Tak jauhlah bagi aku sebab bukan aku yang drive hehehe. Tapi housemate aku pun cakap tak jauh. Bertolak dalam pukul 10 pagi macam tu dan sampai dalam pukul 10.40 pagi. Bertapa sekejap dalam kereta sebab kedai buka pukul 11.30 pagi.
Rupa-rupanya dah ramai yang menunggu juga. Dalam 4 ke 5 buah kereta yang menunggu sama macam kami menunggu kedai tu buka. Lepas pagar kedai buka, terus keluar semua orang dari kereta masing-masing.
Masuk kedai terus pergi kaunter sebab kena order dan bayar terus di kaunter. Aku dan housemate kongsi lauk sahaja sebab tak berniat nak makan banyak pun. Buat raso-raso gitu. Kami order nasi putih 2, daging masak salai, ayam goreng dan sayur. Air percuma. Air boleh refiil banyak kali. Aku ambil air sirap. Air masak pun ada disediakan juga
Aku lupa nak ambil gambar menu tapi kedai Gulai Omak Den ni ada banyak jenis lauk yang ditawarkan. Ada ayam kampung, udang dan sebagainya. Kalau tak silap, harga daging masak salai ni RM12.00, ayam goreng RM5.00, ayam kampung a la carte RM15.00 (besar) dan lain-lain.
Bagi aku yang bukan penggemar pedas, benda pertama yang aku rasa ialah rasa pedas! Pedas tapi sedap! Tapi aku tak habis makan sebab kenyang dengan air. Dua kali suap nasi, sekali teguk air sirap. Itu kalau buat depan ayah aku, confirm kena marah dan bebel sebab makan sambil selang-seli dengan air. Tapi nak buat macam mana, memang pedas. Aku dahlah terletak banyak kuah dia sebab housemate cakap tak pedas, sekali noh pedas. Nak letak kicap pun tak ada kicap. So kita makan jelah sambil selang-seli teguk air. Apa-apapun bolehlah makan dalam suasana kampung macam tu.
Gulai Omak Den
Kampung Felda Lbj, 71350 Labu, Negeri Sembilan
014-262 9477
Buka pada setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 11.30 pagi hingga 4.00 petang sahaja.
Boleh waze Gulai Omak Den. Terus sampai!
masak lemak cili api nogori memang wajib pedas hehheh
ReplyDeleteboleh try ni bila ammi balik Seremban.
ReplyDeletemasakan n9 mmg kono podeh barulah ngam
mcm pernah dgr..tapi x ingat kat mana.
ReplyDeleteleh cuba try nanti ni
masak lemak nogori memang pedas la. bestnya tempat makan macam tu santai je.
ReplyDeletesedapnya, terus kecur liur ^^
ReplyDeleteSedapnyaa
ReplyDeleteKita dok Nismilan pun tak ponah sampai laie. Kalau saya pun beli share berdua je lauk pauk tu.
ReplyDelete