09 Februari gaji, 09 Februari juga aku beli template blog baru! Tekan tekan tekan dah siap! Semudah ABC. Sebetulnya dah lama dah aku add to cart beberapa jenis template blog di Etsy, tapi memandangkan template yang menduduki carta pertama di hati aku harganya agak mahal iaitu sekitar RM109.00, jadi aku proceed beli template yang berada di tempat kedua iaitu template blog sekarang. Harga pun tak mahal iaitu sekitar RM40.00 sahaja.
Edit situ sini sana sikit dah siap. Tak susah sangat pun nak edit html template ni. Tak banyak benda yang perlu ditukarkan pun. Sangat menyenangkan! Tapi sekarang ni aku tengah dalam proses pembaharuan. Eceh pembaharuan kunun. Aku tengah kemaskini entri yang lama, yang mana patut dipadam, yang mana patut dikemaskini dan sebagainya. Lama sangat tak buat maintenance blog, so tengah tak ada kerja ni bolehlah selit kejap kejap tengok blog.
Kawan kawan cakap gigih betul edit entri lama tu, banyak kot! Almost 270+ entri. Tapi tak apa. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Gituuu. Buat sikit-sikit, lama-lama nanti siaplah. Benda tak rushing pun. Bukan kena keluarkan duit pun, so kita santai-santai saja. Tak tahulah apa beza template lama dengan template baru ni. Konsep dia macam sama, cuma adalah yang berbeza sedikit. Aku kekalkan penggunaan warna pink dalam blog ni walaupun aku tak minat pink 😂
Dah tukar template ni kan, harap-harap tak ganggulah AdSense atau pageviews blog. Sebab aku ada baca ada sesetengah blogger bila tukar template baru habis jatuh menjunam pageviews blog mereka. Ghisau juga. Pageviews tak berapa nak rancak sangat, kalau jatuh menjunam terpaksalah tukar template lama :')
Semalam masa tengah mengedit blog pun risau sekejap sebab iklan tiba-tiba tak ada. Lepas dah setting semula, Alhamdulillah iklan dah ada. Ingatkan kalau tak ada keluar juga dalam masa 2-3 hari ni nak email Sii Nurul atau Kak Fiza. Tapi nampak dah okey, so kita batalkan niat. Tapi kalau tiba-tiba ada masalah, memang mereka berdualah yang aku akan contact terlebih dahulu.
Untuk template baru ni aku paling suka ialah jenis tulisan yang digunakan. Pada pandangan aku nampak cantik dan kemas. Aku buka dan tengok melalui telefon pun macam okey saja. Pembacaan sangat jelas. Tak ada sebarang gangguan untuk membaca entri di blog aku.
Tapi itulah, bloglist pulak ada masalah macam gambar di atas. Puas setting ya tapi tak setel-setel juga. Rasa macam ada missing code tapi tak ingat code apa. Tapi ada sesiapa tahu ke macam mana nak selesaikan?
kalo akk la bab2 ngedit blog ni lgsg xreti! haha
ReplyDeleteni pon dh ok dh ni.. cun!
Saya pun akak boleh lah sikit sikit hahaha, nak edit pun jem kejap otak
DeleteWah ok cantek n kemas template br ni.. ha kita tgu citer update awak lagi heheh..
ReplyDeleteHahahaha kita jarang update sekarang kak ret, kemalasan melanda diri
DeleteIngat siapa nanz tadi dalam blogger reading list.
ReplyDeleteRasa ada yang tambah default/feed ke apa panjang tambahan. Malas buka setting sebab tengok daripada telefon.
HAHAHAHA saya dah tukar jadi atiqah balik dahh. Haah betullah kak wina, kena tambah default/feed something macam tu tapi saya tak ingat apa ayat penuh dia apa >.<
DeleteAda hajat juga nak tukar template blog. Tapi, bila kenangkan banyak kod nak kena godek terus auto jadi malas. Ha3😂
ReplyDeleteblog cantik, kemas, ringan, senang dibaca. heee
ReplyDeletelawa, kemas...
ReplyDeleteammi sejenis malas betul nak tukar template.. skrg ni macam nak cari template yg ada older & newer post.. ammi punya takde macam leceh pulak
lawa kemas. ingatkan nak kekalkan font lama. suka font yang tu lagi hehe. btw, font ni ok kalau baca dekat phone. kalau lappy dia jadi kecik
ReplyDeleteTemplate lama dan baru dua2 pun cantikkk! Welcome back! lama tak nampak
ReplyDelete